Blogger Brado Kapak Penuh Misteri

Klik sini untuk TIPS TEMUDUGA
Saya amat berhati-hati dalam menulis mengenai Brado Kapak penuh misteri ini. Bukan apa, sejak dua menjak ini, nama blogger ini menjadi perhatian ramai, terutama berkaitan isu #MH370. Mulanya hangat dibincang dan didebatkan menerusi Facebook, namun akhirnya Brado Kapak buat satu blog khas untuk kisah #MH370 ini.

Saya ni bukan pandai sangat bab sejarah, apatah lagi bila nak meneliti satu persatu dengan kasar dan halus. Saya dah tua untuk melakukan perkara sedemikian. Tapi memang hebatlah blogger Brado Kapak ni.

Identiti Brado Kapak Penuh Misteri

Gambar blogger Brado Kapak

Gambar blogger Brado Kapak. Blogger ini ada hadir di Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2014). Tak sempat saya nak menegur, cuma sempat berbalas senyuman tatkala gambarnya diambil oleh seseorang. Secara jujurnya, saya tidak mengenali siapa Brado Kapak ini. Malah saya tak pernah singgah dan baca blog yang ditulis olehnya.

Blog Brado Kapak anda boleh akses di sini - http://bradokapak.blogspot.com/

Tetapi untuk isu #MH370, ada satu blog lain yang diwujudkan. Dan ianya dibuat selepas Brado Kapak pulang dari SBB2014. Dan tak disangka, dalam tempoh secepat kurang sebulan, blog baru tersebut dah cecah lebih 3 juta pageviews! Dengan purata, setiap kali saya singgah ... akan nampak lebih daripada 200 pengunjung serentak sedang membaca blog hasil perkongsian Brado Kapak ni.

Blog yang saya maksudkan boleh diakses di sini - http://dramaraja.blogspot.com/

Ini yang membuatkan saya kagum. Kagum dengan cara bagaimana Brado Kapak telah menggunakan pengetahuannya, kemahirannya menulis sesuatu penuh misteri lalu menjemput orang asing yang sebelum ini tidak pernah mengenalinya membaca blognya setiap hari (panjang pulak ayat ni ..) ....


Hebat tak? Saya nak dapatkan 10 pun mengah dibuatnya. Dan blogger muda ini melakukannya dalam jangkamasa cukup singkat. Mungkin saya tidak perasan sebelum ini, kerana blogger ini lebih suka bercerita mengenai segala sesuatu daripada Facebook.

Siapa Sebenarnya Brado Kapak?

Sekarang, mungkin ada tertanya ... siapakah blogger Brado Kapak ini? Brado Kapak menggelarkan dirinya sebagai Pengkaji Ilmu Akhir Zaman ..... :) Mungkin ramai yang dok mencari gambar serta foto berkaitan Brado Kapak .. kan kan?

Semenjak isu #MH370 hangat diperkatakan sana sini, Brado Kapak telah menjadi perhatian ramai. Jika nak tahu, cubalah anda cari blogger ini dalam gambar-gambar di bawah ini .. ... jeng jeng jeng ....

Gambar blogger Brado Kapak

Blogger Brado Kapak memang penuh misteri, makin misteri selepas namanya makin bertambah dikenali seantero Malaysia yang cuba mencari kebenaran di sebalik apa yang berlaku kepada kehilangan #MH370.
Tak ramai yang mengenali blogger ini, malah di kalangan blogger sendiri pun ada yang tak berapa nak cam wajahnya. Memang misterilah tu .. kan ... 

Apapun, buat semua rakan blogger dan pengunjung budiman .... cuba lihat bagaimana blogger ini menulis sesuatu yang akhirnya menarik perhatian ramai. Mungkin ada sesuatu yang boleh dipelajari dan diguna-pakai.

p.s: Dengarnya Brado Kapak akan akhiri zaman bujangnya tidak lama lagi, Semoga bahagia dan berkekalan, jika sudi jemputlah saya .... 



Post a Comment

22 Comments

  1. Brado Kapak nak kahwin dahhh! Jodoh blogger jugak tu :D

    ReplyDelete
  2. Tahniah. Bro Hh apa kurangnya. hebat juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uhh tak terbanding saya dengan Brado Kapak ni ...

      Delete
  3. Teknik penulisan amat penting untuk menarik perhatian serta cara persembahan..misteriii...

    ReplyDelete
  4. beliau seorang yang friendly dan banyak ilmu dicurahkan...dia pernah mengajar saya memasang iklan H12 di blog....saya suka teknik penulisan dan penggalian rahsia MH370 yang beliau tulis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai gak terkesima .. bab pasal tulis MH370 tu kena ada banyak ilmu dan sumber .. bukan mudah nak tulis camtu, lagi berani.

      Delete
  5. Saya suka baca blog beliau. baca je... tapi....
    Saya pm sifu ek

    ReplyDelete
  6. saya pun selalu baca blog dia and follow dia di fb..dia mmg hebat...

    ReplyDelete
  7. mula kenal dia masa baca pasal MH370 tu. Baru 'terbuka' mata tentang isu global sekarang dan kaitannya dengan sejarah dulu. Hanya orang yang benar2 faham akan tahu maksud yang disampaikan yang penuh misteri. Saya masih cuba memahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ENtri-entri sarat gitu memang kena baca dengan berhati-hati

      Delete
  8. pernah terdengar tapi tak tau pulak dia adalah blogger misteri!

    ReplyDelete
  9. Yang pakai jersi Barcelona dan name tagnya BK :)

    ReplyDelete
  10. salam...tapi saya fikir dia seorang oportunis..

    ReplyDelete
  11. salam...tapi saya fikir dia seorang oportunis..

    ReplyDelete
  12. sejujurnya saye terbaca entry nih sebab saye nak tahu siapa bradokapak.. saye memang terpukau dengan penulisannya.. dengan sumber fakta yang sukar dipertikaikan.. walaumacammana pun kita kena berhati-hati kerana manusia selalu membuat kesilapan.. jangan terlalu taksub.

    ReplyDelete
  13. Saya mmg tepukau dgn setiap penulisan beliau. Even I'm starting know him after reading about MH370. Namun setelah baca bnyk tulisan2 beliau spt Hikayat Duka Sultan Tidak Bertakhta dan bnyk lg, saya sgt tersentuh..dan minda mula berminat untuk mengetahui isu global...
    BK, teruskan b'karya...

    ReplyDelete
  14. Sy memang suka misteri.BK@dramaraja pnuh misteri.krn misterilah membuat org terbuka mata dan sgala pancaindera.hehe

    ReplyDelete
  15. Tulisan brado kapak berlainan dgn yang dulu dulu. Tulisan dulu dulu kelihatan lebih ikhlas. Bagi mereka yang faham, tulisan BK terdahulu terdapat banyak rahsia dan kualitinya jauh lebih baik dari tulisan MH370. Walau apa pun, tulisan BK jauh mendahului blogger lain.

    ReplyDelete
  16. Brado. Kami kawan. Tak rapat tapi dekat. Jauh tapi rapat. Heheheh

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.