Latar diri saya. Buat mereka yang tak tahu, sejak daripada sekolah rendah lagi, saya memang skema orangnya. Dan sebab saya skema, saya dilantik jadi pengawas sekolah, walaupun baru 6 hari saya bersekolah di sekolah tersebut tanpa kenal sesiapa kecuali ketua umum (rakan sekampung). Dan disebabkan saya skema, saya jarang nak buat onar kat sekolah. Dan kerana saya skema, alhamdulillah, rekod 3 tahun saya pegang sebagai satu-satunya pelajar yang dapat 5A dalam UPSR di sekolah tersebut.
Eh, bukan masuk bakul angkut sendiri. Ini kenyataan. Asbab skema.
Mengapa Saya Skema?
Masuk sekolah menengah, saya masih ada ciri-ciri skema walaupun masuk dalam geng kaki buli (buli-buli sayang gitu). Oleh kerana skemanya saya, saya jadi Ketua Kadet Bomba, yang ahlinya hampir 80 peratus adalah semua pelajar tingkatan 4 dan 5 masa tu. Pelajar tingkatan satu sampai tiga ada la beberapa kerat ... itupun terpaksa. Dan kerana skema jugalah, saya berjaya bawa pasukan kadet saya tu, yang rata-rata member baik dapat naik juara dalam pertandingan kawad kaki masa sukan tahunan.
Dan dalam tahun yang sama, saya sebagai bendahari Persatuan Bahasa Mandarin sekolah, dapat bawa ahli-ahli persatuan sekali dengan cikgu Amoi cantik jelita lagi seksi beriadah dan buat lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands.
Skip bahagian belajar kat USM.
Jika Tidak Skema, Penulisan Saya Dianggap Sampah
Skema juga telah membawa saya diterima bekerja sebagai Pegawai Penyelidik di USM Kejuruteraan, walhal pada masa itu, saya hanyalah seorang pam atendam yang bantu isi minyak ke dalam tangki kereta orang lain. Tanpa temuduga, tanpa lihat sijil kelulusan, gara-gara skemanya saya.Kemudian. Saya malas nak skema lagi.. sehinggalah......
"What rubbish do you send me to read?"
"Apa yang you tulis ni? Ini semua sampah .... tulis balik. Macam orang tak ada kelulusan."
"Kalau macam ini yang you tulis dan bagi pada saya ... budak sekolah menengah pun lebih baik ..."
"Keluar .. i dont want to see your face selagi you tak berikan satu benda yang worth to read ..."
Tersentak saya. Tak pernah orang marah dan 'keji' saya sampai sebegitu di depan orang lain. Kalau ikut hati .... haishhh ... tapi itulah pengajaran yang telah membuatkan saya mesti menulis dengan baik. Apa yang saya tulis perlu disampaikan dengan sempurna. Kalau setakat menulis, tetapi zero akan isinya .. apa guna.
Bekas sifu, mentor dan juga boss saya. Dia yang ajar saya bagaimana tahu menulis dengan baik dan betul. Bagaimana mahu menyampaikan maksud dan orang menerima dan membacanya penuh gembira.
Kalau tidak saya kena marah dan diherdik, mungkin gaya bahasa saya tidak skema seperti yang anda baca sekarang (skema sangat ke??).
Untuk info, saya dulunya bekerja sebagai pegawai penyelidik dan bantu pelajar master serta PHD untuk tulis tesis mereka. Kerja yang sangat berat dan memenatkan. Bayangkan jika anda tersilap dan salah stulis tesis yang bermuka surat 200 ..... kena tulis semula ... tak ke naya? Nak lagi naya .. kena tulis dalam masa kurang seminggu, walhal untuk jadikan 200 muka surat tu ambil masa lebih 6 bulan!
Saya bukan blogger popular yang ada ramai pengikut. Mereka yang baca blog saya pun atas sebab tertentu bukan sengaja datang kerana nak lihat saya berceloteh ntah apa-apa. Saya tidak ada aura sebegitu. Saya bukan blogger lain yang bila tulis kisah lihat batu tergolek atas jalan, mereka akan terjah sehingga ratusan online serentak.
Dalam blog mungkin saya tulis agak skema, tapi in Sha Allah di luar saya cuba jadi seorang rakan yang mudah didampingi tak kiralah anak gadis, teruna, dara, janda, isteri orang, lelaki orang atau lelaki bujang ... gulppp ....
Cubalah tanya sesiapa yang hadir #SBB2014 - Sepetang Bersama Blogger.
dulu saya tulis dalam bloq macam " aquww.. xpe..."
ReplyDeletetapi bila saya sedar saya sendiri menyampah nak baca
saya mula tulis dengan keadaan jelas bukan baku bukan skema :)
sama la kita, sekarang tengah praktis menulis dengan jelas
DeleteHehe... Ingat ke guna bahasa skema sebab nak jaga SEO :D
ReplyDeleteEhemm.. SEO tu salah satulah .. kuang kuang kuang ... :P
Deletefrankly speaking sy suka baca blog ni sebab gaya penyampaian yg skema tersebut wee :)
ReplyDeleteSaya xde masalah dengan penulisan dalam blog nie.. malah ayat2 macam dalam blog nie la yang saya jadikan sumber rujukan. Pandangan saya, ayat2 yg digunakan dalam blog nie merupakan ayat2 standard x tau la macam mana datangnya perkataan 'skema'..
ReplyDeletewaaahh.. hebatnya tuliskan thesis student.. Tolong tulis thesis PhD saya juga boleh? Hehehe..
ReplyDeleteNadot .... sy tolong betulkan je ... leh Google beberapa artikel ilmiah saya kalau mahu ...
Deletebagus gak jd skema ni :))
ReplyDeletesaya lebih suka baca entri yang skema daripada entri yang berserabut...nak baca pun susah...
ReplyDeleteHehehe.. masing2 ada pandangannya ...
DeleteAbg HH mmg sempoi orgnya.. saya salute.. :)
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeleteselamat pagi
singgah pagi
Tulisan melambangkan pemikiran kita yang menjarakkan kita dengan penulis lain.
ReplyDeleteSrgalanya dah terjawab.. kih3
ReplyDeleteSkema takper janji rock
Rock .. bersih punya Rock ehhh
Deleteamboi "lihat batu tergolek atas jalan"
ReplyDeletetau dah ni cakap pasal siapa haha
skema itu hebat abg HH =) keep blogging, jgn endah org bagi koment negatif, anggap je asam garam kehidupan. i know u strong
ReplyDeleteBella Luna .. terima kasih kerana memberikan dorongan dan sokongan selama ini.
Deleteayat skema tu menjaga nahu bahasa kita dan bukan mencampuradukkan bahasa....nanti tak faham .....
ReplyDeleteRupanya Sifu HH ada pengalaman yang amat luas dan begitu hebat sekali: )
ReplyDeletekau pakai bahasa rojak.. aku report kat KP.. hehehhehe...
ReplyDeletekeep it up bro... aku follow! :)
kebetulan ni. hampir sama. saya pengerusi kadet bomba. tahun yang sama juga berjaya memenangkan kadet bomba tersebut
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.