Adakah anda tahu mengenai program Sepetang Bersama Blogger atau dikenali sebagai SBB? Ia merupakan satu program santai dan ilmiah mengumpulkan blogger-blogger Malaysia. Ini merupakan kali ketiga SBB dijalankan dan merupakan inisiatif dari blogger hebat lagi terkenal - Tuan Amir Hasan ... empunya milik blog Denaihati.com menerusi Denaihati Network. Kali ini, SBB tahun 2014 mendapat tajaan daripada syarikat Yeos Malaysia; yang julung dan pertama kali.

Maka, kali ini program Sepetang Bersama Blogger dikenali sebagai #SBB2014 #SBBYEOS2014 iaitu Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014. Fuh ... komsersil tu!

Tahun lepas, saya dah pasang niat nak pergi ke SBB anjuran Denaihati Network, tetapi atas sebab-sebab tertentu, saya tidak dapat hadir.

Difahamkan penganjuran kali ini lebih menarik kerana ada banyak hadiah untuk blogger yang hadir ditawarkan. Ini merupakan antara daya penarik yang sukar dilepaskan. Tak banyak program ilmu blogger dibuat yang ada tawaran diberikan hadiah kerana hadir. Dah la tu, yuran daftar hanya RM20 seorang!
Sepetang bersama blogger dan yeos

Sepetang Bersama Blogger (SBB) dan Yeos 2014

Untuk info, SBB2014 kali ini diadakan di satu tempat yang penuh nostalgik buat blogger-blogger yang jangkau umur 30-40an. Ia bakal diadakan, in Sha Allah di Saloma Bistro, Jalan Ampang ... kata isteri saya, ia berdekatan dengan KLCC ....:)

Banner #SBB2014 #SBBYEOS2014

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Setelah berbincang dengan isteri dan anak-anak, in Sha Allah saya akan hadir ke SBB2014 kali ini. Saya ingin hadir dengan zero pengetahuan, dan mahu mencedok segala ilmu blogging yang ada. Ramai jemputan blogger hebat seperti Redmummy, Zarul Umbrella, Ben Ashaari, Shafie Bustan dijangka akan hadir. Jadi, memang satu peluang keemasanlah untuk blogger yang baru mahu menapak seperti saya.

Tarikh Tempat dan Masa #SBB2014 #SBBYEOS2014

Sepetang Bersama Blogger dan Yeos bakal diadakan pada Sabtu 8 Mac 2014 di Saloma Bistro bermula dari 10 pagi sehingga 5 petang. Pelbagai hadiah cabutan bertuah disediakan, termasuklah iPhone5, iPad serta pakej pelancongan. Ada juga cabaran affiliate yang menawarkan hadiah wang tunai kepada blogger.

Untuk butiran lebih lanjut, anda boleh semak dan lihat sendiri apa lagi yang bakal anda dapat menerusi #SBB2014 #SBBYEOS2014 (klik).



28 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. jujur dkna cakap, tak rugi ke sana..last year dkna join tapi rezeki tuk tahun nie x da..harap taun depan dapat join sbb2015 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makin teruja nak ke sana nanti. Harap semua perancangan berjalan lancar. In Sha Allah

      Padam
  2. abang HH pergi??? kalau yer, kita jumpa di sana... *_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya dah daftar ... jadi kemungkinan besar akan berada di sana.

      Padam
  3. Wah menarik ni. Tawran hebat. RM20 sahaja tu. :-)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum tuan.
    Blog abang pun hebat juga.Banyak ilmu dari blog abang yang saya cedok.
    Semoga kita dapat bertemu di sana nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, saya pun akan hadir untuk cedok ilmu gak daripada blogger lain yang lebih hebat. Saya ni biasa-biasa je... dah tua .. hahaha

      Padam
  5. memang tak rugi kalau dapat hadirkan diri...

    BalasPadam
  6. Siapa tak datang event blogger ni memang rugi.. yuran penyertaan cuma RM20 je lepas tu berpeluang untuk menang gajet best.. bayar RM20, dapat iPhone 5S, memang best giler..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal, memang rugilah kalau tak datang. Yang bestnya leh dapat ilmu blog percuma tu .... tak terbanding rm20 tu kalau diikutkan.

      Padam
  7. wah seronok la sape dpt pg..hadiah semua grand2..

    BalasPadam
  8. rugi tak datang...

    yeop dok plan nk gi ke tak, sebab tu dok tengok2 hotel murah kat sana.

    mungkin yeop naik bas dr grik.

    BalasPadam
  9. Assalammualaikum..bro HH,

    best lah bro HH dapat gi event macam nie.. mselim3 tak dapat gi macam ada aral aje.. xper lain kali boleh kot.

    mselim3

    BalasPadam
  10. Salam. Boleh tak Tuan OH terangkan dengan lebih lanjut maksud cabaran affiliate yang menawarkan hadiah wang tunai kepada blogger itu.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm saya tak layak nak bicara pasal cabaran affiliate tu, kena semak di blog SBB tu sendiri.... kat situ banyak yang boleh tahu ...

      Padam
  11. waaaahhhh... abang HH datang yea.. leh kita mengambing golek dan menyendol.. hehehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa.. bahasa tak leh tahan tu ... mengambing dan menyendol .... ada cendol pulut tak gamaknya nanti ehh?

      Padam
  12. wah... bnyak program ntk blogger ye =) insyallah kalau ade kesempatan.
    abg HH pergi x?

    BalasPadam
  13. Wahhhh...best best

    Boleh le nanti jumpa masa tu ya..kalau sis tak perasan tegur2 ekk

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah ... :) saya datang .... erkkk .. ok, lihat pada jejaka yang paling gelap .. hahahaha

      Padam
  14. Tak pernah pergi sana. Mungkin tahun ni kena pergi. =)

    ZH Blogger

    BalasPadam
  15. alhamdulillah..dah daftar..tapi segan pun ada.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa nak segan ehhh? Sbb kalau segan .. saya lagilah naik segan .. hehehe

      Padam
  16. Inilah peluang nak bertemu bersama rakan blogger yang selama nie kenal kat alam maya jee

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement