Apa yang ada pada blogger baru yang tidak ada pada blogger lama? Haaa ... sapa boleh jawab? Kalau tak boleh nak jawab sekarang, cuba imbau balik masa mula-mula buat blog dulu. Apa yang ada pada diri ketika mula-mula hasilkan blog? Tak kiralah blog blogspot ke, blog wordpress ke, blog hosting sendiri ke ... ingat kembali semasa blog sudah tersedia siap dibina.

Masih lagi tak berapa nak ingat?

Uhh ... kalau tak ingat, tu tandanya dah nyanyuk la sangat.

Oklah. Tak ingat, tak boleh paksa untuk ingat. Maka, saya nak bagitahu ... sebab saya masih ingat lagi.

Blogger Baru Ada Apa?

Blogger baru ada passion, ada keghairahan. Itu entiti utama yang membezakan seorang blogger yang dah lama ada dalam dunia blog Malaysia. Erkkk blogger lama pun masih ada ghairah ehh? Ya memang ada, tapi ghairah dia lain macam dah, tak sehangat dulu, masa mula-mula berblog.
Blogger Baru Ada Apa?
Blogger yang dah lama ni dah pandai pilih-pilih, almaklumlah ... ilmu blogging mereka dah banyak, jadi ghairah mereka ada main pilih-pilih. Kalau bab kontest SEO macam Custom Made Sticker Kereta ... mereka ni memang ligat berfikir.

Nak membezakan dengan blogger baru, mereka rembat segala peluang. Tak kiralah apa, mereka mahu blog mereka berada di hadapan. Mereka ghairah nak pintas blogger lain, terutama blogger-blogger yang dah lama dalam dunia blog.

Mereka ghairah menghasilkan entri setiap hari, ghairah blogwalking, ghairah join giveaway dan segmen bagai-bagai. Blogger baru tak kira waktu, tak kira masa ... bila idea datang, terus tulis dan terbitkan. Mereka ghairah nak dapatkan trafik dan pembaca bertali arus.

Inilah semangat blogger baru yang kurang nak ada pada blogger lama. Yelah, blogger baru sedang nak bernafas ... walhal blogger lama dah boleh berenang kuak lentang. Blogger baru akan cari peluang setiap ceruk, mereka juga cepat mesra dengan blogger-blogger lain.

Kagum dengan semangat, keghairahan yang ada pada blogger baru ... yang saya sendiri dah makin kurang makin hari ... makin minggu.



15 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betol-betol...blogger baru ni memang semangat dalam blogging..bila dah dua tahun dalam blog...dah malas dah buat semua tu..hehe

    ReplyDelete
  2. betul tu. itulah yang berlaku sehingga ada blog itu berbulan-bulan tak berupdate.

    From,

    Nasz

    www.nasznadzeri.com

    ReplyDelete
  3. betul-betul.. lagi2 blogger baru mcm saya yg xsampai sebulan dah tukar domain baru. hehe. jempu2 singgah www.ianfaizal.com

    ReplyDelete
  4. hehehe... zaman ms mula 2012 dlu semangat dan ghairah jgk...tp thun ni masuk 2thun biasa2 je.. :)

    ReplyDelete
  5. memang banyak perbezaan di antara blogger baru dan blogger lama, cara penulisan maya pun kita boleh kenal... ^_^

    ReplyDelete
  6. perubahan tu nampak jugak...hehehe...tapi masih cuba jadi blogger "baru" skrg ni...kekalkan momentum :)

    ReplyDelete
  7. betul ah tu... skrg nak update 1 entri sehari pun susah bak hang Y__Y

    ReplyDelete
  8. Lama baru sama sahaja. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Bloh otai macam sifu selalu menjadi rujukan saya. :-)

    ReplyDelete
  9. Hahaha.. teringat kembali time mula2 dulu. Tp bab join GA tu time awal2 dulu saya x sangat.. :)

    ReplyDelete
  10. setuju. Sekarang dah malas nak buat entry walaupun rajin BW T_T huhu... cer bg tips nk tingkat rasa ghairah tu ngee

    ReplyDelete
  11. blogger baru ada banyak benda nak ditulis. sedangkan blogger lama dah hampir kehabisan idea nak menulis. rasanya semua kesah hidup, kesah mati dan kesah alam sana dah ditulisnya.

    ReplyDelete
  12. yeah... betul tu.. blogger2 baru sekarang ni rajin betul...

    ReplyDelete
  13. saya pun masih baru lagi dalam dunia blog ni HH

    ReplyDelete
  14. Semoga Tuan OH terus mencurahkan idea...anda adalah yang terbaik buat kami.

    ReplyDelete
  15. Rasa macam blogger baru la pulak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement