Salah siapa apabila ada pengunjung yang merasa bosan membaca blog anda? Dan bagaimana nak tahu seseorang pengunjung yang singgah ke blog itu bosan dengan apa yang anda paparkan di blog? Memang payah nak tahu mengapa mereka ini bosan baca blog kita ni dik ... tapi kalau secara andaian, boleh je tahu. Nanti saya ceritakan satu persatu, jangan klik pangkah lagi ehhh .. baca sampai habis, in Sha Allah ... anda tak bosan .. hehehe...

Mengapa Mereka Bosan Baca Blog Anda?

Ok, untuk mengetahui samada blog anda membosankan atau tidak, ialah dengan melihat samada blog anda itu mampu mengumpan mereka berada lama di blog anda. Jika sekejap mereka datang dan terus pangkah atau beredar, ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan blog anda - yang mungkin salah satunya tu ialah sebab mereka bosan baca entri yang ada.

Ramai yang tidak suka baca entri meleret. Maka mereka akan pangkah sebelum habis ke penghujung ayat. Mereka akan tinggalkan blog anda, tanpa tinggalkan komen di entri blog anda.

Apabila perkara ini terjadi, ia akan meningkatkan bounce rate. Bounce rate ini merupakan kadar pengunjung yang singgah di blog anda pada awalnya, dan kemudia terus beredar tanpa baca entri lain yang mungkin ada kaitan.
Mengapa Mereka Bosan Baca Blog Anda?

Petua Tahu Blog Membosankan Pengunjung

Nak tengok kadar bounce rate blog anda? Ada dua cara, satu menerusi Alexa, dan satu lagi yang saya syorkan sangat ialah menerusi Google Analytics.

Lihat paparan di bawah ini.

Bounce Rate Tercatat Pada Salah Satu Blog Saya - 17.80%

Mengapa Mereka Bosan Baca Blog Anda?

Bounce Rate Tercatat Pada Blog Ini - 75.31%

Mengapa Mereka Bosan Baca Blog Anda?
Nampak beza tu pada bounce rate, satu rendah dan satu lagi tinggi. Yang bounce rate tinggi tu dari blog ini, jadi kesimpulan mudah .. ramai yang singgah baca satu entri dan kemudian beredar tanpa ragu-ragu.

Berbeza dengan blog saya yang lagi satu tu ... walaupun tak update, tapi pengisian dalam blog itu membuatkan orang gelintar segala ceruk yang membolehkan ia mencatatkan kadar bounce rate yang rendah. Anda boleh semak blog tersebut di sini - ibiasiswa.my

Ia juga menandakan blog anda kurang efisien dalam cuba menyampaikan sesuatu.

Jika Bounce Rate 0%?

Oh ya, sebelum terlupa, kalau blog catat bounce rate 0% ... ini bermakna samada blog anda tiada pengunjung langsung atau blog anda memang penuh informasi yang dicari buat pengunjung pertama.

Bosan baca blog ini berlaku apabila banyak sangat perkara dihimpunkan sekali, ada cerita inilah, ada cerita itulah .. yang tiada kaitan dengan pengunjung itu ketika ia hadir pertama kali dalam blog.

Contoh, katakan pengunjung A singgah sebab dari enjin carian dia nak tengok kisah artis pakai seksi, buka-buka link tersebut ... dapatlah tengok artis tu, tapi satu je gambar ... tak tengok benda lain dah, terus dia pangkah browser. Tak sampai 30 saat!

Selalunya blog yang berjaya capai kadar rendah bounce rate ialah blog yang ada niche - dan kebanyakkan entrinya adalah sangat berkaitan dan mengiurkan untuk dibaca lagi dan lagi.

Ingat kata kunci utama ini, blog yang ada bounce rate tinggi ... adalah blog yang tidak mempunyai niche yang kuat. Blog sepertti ini tidak berjaya memikat pengunjung pertama kali untuk terus baca entri lain. Kesimpulan, blog yang lebih 50% kadar bounce rate adalah blog yang membosankan!

Apa kata anda pula?


25 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Entri tuan kebetulan sama dgn entri saya...cuma sedikit berbeza!
    Selalunya entri2 berkaitan keyword terhangat akan meninggikan bounce rate, walaupun ianya mengundang visitor yg tinggi tapi kunjungan hanya sekejap dan terus berlalu pergi...
    Kalau free...singgah le : http://relakssminda.blogspot.com/2014/02/tingkatkan-pageview-rendahkan-bounce-rate.html

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tuan.
    Ilmu lagi ni.Maklumlah saya budak baru belajar.In shaa allah,cuba menghasilkan entry yang terbaik dalam blog saya

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing tentang bounce rate tu abang HH...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tuan,
    Blog saya kalau ikut Alexa bounce rate 59.5%. Kalau ikut google analytic 2.54%. Yang mana satu lebih tepat? Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut Google Analytics, sbb kalau Alexa ...jika bukan pro akaun ...agak tak betul sikit.

      Pastu kena lihat julat perkiraan, samada seminggu, sebulan ...3 bulan

      Delete
  5. saya dpt bounce rate sekitar 67.52%

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, tak sampai separuh pun bounce rate...Terima kasih atas perkongsian...

    p/s: Blog ni tak membosankan pun...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum hh...satu perkongsian yg menarik...:)

    ReplyDelete
  8. blog sy mungkin mbosankan..huhu..seydihh

    ReplyDelete
  9. Bounce rate tinggi tu bagus ke tak erk? Kurang faham sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tinggi tidak bagus...iaitu jika lebih daripada 50 peratus. Kalau dapat 30-40 peratus dah kira ok.

      Delete
  10. baru semalam baca mengenai boun rate nie..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada je beberapa entri lain mengenai bounce rate ni .. :) kalau rajin bacalah ye ..

      Delete
  11. oo..baru tau..tq nanti nak p tgk jugalah

    ReplyDelete
  12. pengkongsian yang sangat2 bermanfaat. terbaik dari bro HH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ... moga sama-sama kita perbaiki apa yang lemah tu ehhh

      Delete
  13. Peringatan yg baik ni HH.. t kasih.. :)

    ReplyDelete
  14. Nice sharing la bro, tak bosan baca..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement