Meriam buluh Kampung Talang Kuala Kangsar, bukan sebarang meriam buluh. Ia meriam buluh gergasi. Ia meriam buluh yang telah berinovasi. Ia meriam buluh yang paling kuat bunyinya di Malaysia (mungkin) tetapi pasti di tebing Sungai Perak, terutama daerah Kuala Kangsar.

Meriam buluh Kampung Talang memang terkenal di Perak. Dentumannya menggegarkan dan membingitkan telinga. Bahan pembakar bukan sedikit, kabaid yang digunakan ada yang sampai setengah kilo. Jadi memang bunyi gegak gempita.

Meriam Buluh Kampung Talang Kuala Kangsar

Meriam buluh Kampung Talang, Kuala Kangsar, Perak
Meriam Buluh Kg Talang Kuala Kangsar

Setiap tahun di bulan Ramadhan terutama di akhir bulan, menjadi tradisi penduduk setempat 'bermain' dengan meriam buluh. Malah, adamasa ada ketika pertandingan diadakan antara kampung di tebingan Sungai Perak. Ia akan berlansung sama dengan memasang pelita atau pertandingan panjut yang diadakan.

Jika anda ada kesempatan nanti, boleh jejaki meriam buluh ini ketika bulan Ramadhan di Kuala Kangsar. Rasai sendiri bingit bunyi yang menggegarkan jantung ini.

Dan meriam paling jaguh boleh anda perhatikan di Jambatan Victoria.

Dan awas, meriam ini hanya boleh dimainkan di kawasan Kuala Kangsar, Perak sahaja.
Sungai Perak dari Jambatan Victoria, Kuala Kangsar, Perak

Video Tembakan Meriam Buluh Kg Talang, Kuala Kangsar 2013




Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement