Adakah anda penduduk atau berasal dari Kuala Kangsar? Pernah dengar atau tahu mengenai Jambatan Keretapi Victoria (Victoria Bridge) tak? Kalau tak pernah dengar atau tahu, maka silalah anda ke pekan Karai, di Kuala Kangsar dan cari Victoria Bridge yang saya maksudkan ini. Ia sebuah jambatan yang kaya dengan sejarahnya tersendiri.

Victoria Bridge Mercu Sejarah Kuala Kangsar 

Victoria Bridge merupakan jambatan keretapi antara yang tertua di Malaysia (ketika itu dikenali sebagai Malaya). Jambatan ini merentangi Sungai Perak yang menghubungkan Bandar Diraja Kuala Kangsar. Dibina seawal tahun 1897, jambatan besi ini dirasmikan pada tahun 1900 oleh Almarhum Sultan Perak ketika itu - Sultan Idris Shah I bersama dengan Residen-General Federated Malay States (FMS) Sir Frank Swettenham. Turut serta adalah Sir John Pickersgill Rodger yang merupakan pemangku Residen British di Perak.
Satu perkara yang menarik mengenai jambatan ini ialah, ia pernah dikatakan sebagai jambatan keretapi terbesar di bahagian Timur di luar India oleh Sir Frank Swettenham. Jambatan ini mempunyai enam batang tiang kukuh dibuat daripada bata merah, dan pernah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Malah, daripada apa yang saya perolehi daripada cerita penduduk tempatan, Victoria Bridge pernah terbelah dua. Ia merupakan jambatan terpenting ketika Perang Dunia Kedua.

Oh ya, lupa pula nak bagitahu, jambatan ini dinamakan Victoria Bridge, mengambil sempena nama Ratu Victoria. Ada dua sebab - pertamanya ketika di awal pembinaan pada tahun 1897, ia merupakan tahun pemerintahan Jubli Intan Ratu Victoria. Keduanya, apabila tamat pembinaan, Afrika Selatan secara seluruhnya telah berada di dalam pemerintahan baginda Ratu.

Struktur binaan Victoria Bridge ini menyerupai jambatan keretapi yang terdapat di Kelantan iaitu Guillemard Bridge dan juga disamakan dengan jambatan terkenal di Sungai Kwai (River Kwai).
Saya dok cerita mengenai Victoria Bridge ini kerana pada 12 Januari 2014, saya telah berkesempatan untuk melihat dan bersama rakan media Rail Tour #VMY2014 RTAM dalam Voluntarism Victoria Bridge Green Day 1Malaysia Clean 1Malaysia Green Program. Ia diadakan di seberang Sungai Perak pekan Karai, dan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia - YB. Dato' Seri Mohamed Nazri Abd Aziz.

Program tersebut telah dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuklah persembahan Hadrah, Sukan Air Tradisional, Pertunjukkan Motorcross, Demo Meriam Buluh, Absailing di tengah Victoria Bridge, persembahan Homeguard serta gotong royong jamuan makan tengahari bersama penduduk setempat.

Nanti, saya kongsikan lagi gambar-gambar menarik semasa program ini, in Sha Allah.

Sumber: Victoria Bridge, Karai, Kuala Kangsar

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement