Badan tak berapa sihat. Almaklumlah dah berumur. Umur kita bukan semakin kurang, tetapi semakin meningkat. Ramai kata, jika mahu kesihatan baik biarlah berkat. Maka itu, siapa ada kesempatan kena mencuba makanan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Dapat sihat dan dapat keberkatan.

Bagi umat Islam, jika ikuti pengambilan makanan sepertimana yang dimakan oleh Nabi Muhammad S.A.W; in Sha Allah ada keberkatan dan ganjaran pahala diberikan. Bukan setakat dapat fizikal sihat wal afiat, tetapi juga dapat ganjaran dari segi spiritual dan rohaniah. Untung berganda hanya mengamalkan makanan yang sihat dan lazat pasti.

Makanan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W

Antara makanan sunnah Nabi S.A.W ialah madu.


Saya kalau kesempatan akan dapatkan madu asli di Cameron Highlands. Ada beberapa tempat di Malaysia ini yang mempunyai kualiti madu terbaik. Dan kalau tak silap saya ialah di Cameron Highlands dan di Melaka. Madu yang baik difaktorkan oleh persekitaran yang bersih serta jenis tanaman berbunga yang ada di penempatan koloni lebah madu. Banyak khasiat dan manfaat madu ni.

Kalau saya batuk dan sakit tekak, saya ambil satu sudu madu.
Susu kambing

Makanan sunnah kedua ialah buah kurma atau tamar. Ia bukan sekadar makanan untuk berbuka puasa buat umat Islam tetapi amat digallakan setiap rumah seorang Muslim mesti ada buah kurma ini. Ini antara makanan yang murah dan tahan lama. Jika nak makan buat kurma yang bagus, pilih yang jenis basah dan kalau mahu tahan lama, pilih yang jenis kering. Buah kurma atau tamar banyak serat, bagus untuk penghadaman. Di Malaysia, kurma jenama Yusof Taiyoob adalah yang paling glamor.

Oh, ya bagi mereka yang teringin dapatkan anak, boleh cuba petua kurma dan susu kambing. Dua-dua merupakan makanan dan minuman kegemaran Nabi Muhammad S.A.W.

Ada satu makanan sunnah yang hebat yang dianggap sebagai salah satu ikhtiar ubat segala penyakit. Makanan yang saya maksudkan itu adalah Habbatus Sauda'. Ia juga dikenali sebagai Jintan Hitam. Dalam beberapa hadith, ia dikatakan penyembuh kepada semua jenis penyakit kecuali mati.

Dah banyak produk jual makanan sunnah Nabi S.A.W. Salah satu yang boleh anda cuba ialah produk daripada Natural Herbs iaitu Madu Sunnah.

Madu Sunnah ini adalah campuran kepada beberapa makanan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Makanan yang saya maksudkan itu ialah madu, buah delima, buah kurma dan juga Habbatus Sauda'. Anda boleh mengambil makanan ini dalam bentuk sacet yang mudah.

Berminat nak mencuba? boleh beli sekarang dan makan Madu Sunnah.

Ok, di bawah ini sedikit info untuk anda nak tahu ... lebih-lebih lagi mengenai khasiat yang terkandung berdasarkan kandungan produk ini.

Khasiat Madu, Delima, Kurma dan Habbatus Sauda

Khasiat madu, kurma, delima dan habbatus sauda'

makanan untuk kesihatan mengikut sunnah nabi

Sekali lagi, jika mahu dapatkan produk ini dengan harga menarik, bolehlah dapatkan di sini - http://bit.ly/Op4bV3

Beli sebelum nanti harga promosi tidak lagi diberikan.





6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement