Ahad, 23 Februari 2014

Tips Dapat Anak Kurma Susu Kambing


Cubalah petua tips dapat anak guna buah kurma dan susu kambing ini. Ada pasangan yang kepingin dapat anak, bila mereka terlalu hendakkan anak, maka berbagai cara dan kaedah dilakukan. Dalam Islam, kita diasuh untuk tidak putus asa, sentiasa ikhtiar dan berusaha dalam mendapatkan sesuatu. Ikhtiar adalah petunjuk bahawa kita tidak pernah lupa bahawa Allah s.w.t Maha Kuasa.

Saya nak kongsikan satu tips atau petua untuk mendapatkan anak, insyaAllah buat mereka yang sedang usaha, boleh lakukan ikhtiar ini.
Tips Dapat Anak Makan Kurma dan Susu Kambing

Tips Dapat Anak Menggunakan Buah Kurma dan Susu Kambing

Petua ini diambil dari rancangan Tanyalah Ustaz,

Ambil segengam buah tamar atau kurma, segengam suami, segengam isteri. Kemudian dicampurkan dengan susu kambing dan anda kisar sehingga hancur. Susu kambing boleh jadi susu segar atau susu kambing yang biasa boleh didapati di pasaraya. Minumlah sekali seorang satu gelas di waktu pagi. Jika boleh, baca ayat berikut:

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..." (Surah Maryam ayat 4-5) 

Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap pagi buat pasangan suami isteri. Pantangnya pula ialah jangan makan atau minum benda berasid contohnya limau, benda-benda yang masam, dan makanan seperti tomyam perlulah dielakkan. Makanan-makanan ini akan membuatkan sel telur sukar melekat pada rahim.

InsyaAllah, menurut ustaz yang memberikan petua ini, dalam masa setahun akan dapat hasilnya.

Cubalah petua dan tips ini, dua-dua adalah makanan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Jika amal, in Sha Allah, dapat berkat dan pahala. Tak rugi, yang penting kita usaha menerusi amal yang baik dan kita ingat bahawa Allah pemberi rezeki Maha Hebat. Apapun boleh terjadi.

p.s: Adik saya dah bertahun kahwin, akhirnya dikurniakan rezeki dapat anak kembar, in Sha Allah, anda juga boleh.


Kongsi dan Sebarkan

Baca Juga

Tips Dapat Anak Kurma Susu Kambing
4/ 5
Oleh

Update Terkini via Email

Suka dengan artikel di atas? Daftar percuma email anda untuk melanggan. Langganan diuruskan oleh Feedburner, dan ianya selamat.

17 komen

Tulis komen
avatar
17 Januari, 2012 15:29 delete

moga sapa yg mengamalkannya akan berjaya dpt anak... =)

Reply
avatar
17 Januari, 2012 15:38 delete

perkongsian petua yg sungguh menarik...

Reply
avatar
17 Januari, 2012 15:39 delete

oo..nnt klu da kawen kene elak kan mknn berasid le ye..;)

Reply
avatar
17 Januari, 2012 16:09 delete

Terima Kasih HH..petua yang saya cari...saya nak mencuba...ikhtiar...saya & suami teringin nak anak...tapi belum ada rezeki lagi...doakan kami ye...^__^

Reply
avatar
17 Januari, 2012 16:38 delete

elok ikut petua camni! yang penting kita ikhtiar..

Reply
avatar
17 Januari, 2012 16:58 delete

@CIK MAY Bukan tak boleh, tapi buat pasangan yang mencari petua untuk dapatkan anak, kena amalkan petua pantang tu

Reply
avatar
17 Januari, 2012 16:59 delete

@Makwe Kintan"Ya Allah Ya Tuhanku, Moga kau berikan rezeki yang baik dari sisiMu untuk pasangan ini"

Reply
avatar
17 Januari, 2012 18:20 delete

Dari Ustaz Hamizi
pernah berkursus dgn dia dulu
byk petua2 dari ustaz ni

Reply
avatar
17 Januari, 2012 21:54 delete

hmm... bagus tips ni.. tp saya dah ada :-) saya biasa minum madu..

Reply
avatar
27 Januari, 2012 23:44 delete

as salam, mintak kebenaran utk copy content ni tempek kat blog saya ye.. tq :) http://ttcjurnal.blogspot.com

Reply
avatar
20 April, 2012 13:38 delete

akhirnya sy jumpa juga petua ni...terlalu inginkan anak...sy dan suami akan cuba tanpa putus asa..doakan utk kami...

Reply
avatar
03 Mei, 2012 21:38 delete

trimass...sy ada ikut program tanyala ustaz time tu tp telupa surah apa..

Reply
avatar
23 Februari, 2014 14:31 delete

In Sha Allah .. usaha itu penting ...

Reply
avatar
21 Mac, 2014 00:13 delete

In Sha Allah, siapa yang berusaha nak dapatkan anak boleh cuba cara ni.

Reply
avatar
13 November, 2015 21:25 delete

alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui, kan !
nice sharing

Reply

[Peringatan Ikhlas]

Mana-mana komen yang didapati melanggar polisi Blogger akan dipadam serta-merta. Setiap komen yang ditulis adalah tanggungjawab penulis komen. Untuk mendapatkan info peluang pengiklanan dan maklum balas boleh email (blogger.hasrulhassan[@]gmail.com).