Cara Bolehkan Blog Dapat Ranking Alexa
Ranking Alexa Malaysia Tidak Dipaparkan
Tetapi, ada rakan blogger yang susah hati, apabila mereka dah daftar dengan Alexa, tiada angka atau ranking Alexa blog mereka dipaparkan. Terutama untuk ranking Alexa yang menunjukkan kedudukan berdasarkan negara. Untuk itu, saya akan beritahu cara dan sebab mengapa angka atau ranking itu tidak muncul selepas diletakkan widget paparan Alexa Rank dalam blog.Pertama sekali, anda perlu daftarkan blog anda, dan claim site terlebih dahulu. Ikuti langkah yang saya paparkan di bawah ini, dan jangan risau ehhh .. perkhidmatan ini adalah percuma (perkhidmatan asas).
Daftar dan Login Alexa
Anda perlu login ke Alexa.com di pautan ini - http://www.alexa.com. Jika belum pernah daftar, anda boleh terus daftar dengan mudah menggunakan akaun Facebook anda; atau boleh sahaja mendaftar percuma menggunakan email. Apabila dah daftar, paparan di bawah akan keluar.
Claim Blog Anda
Setelah anda masuk ke akaun Alexa yang telah anda dibuat, maka seterusnya anda perlu masukkan blog anda untuk diindeks oleh Alexa. Untuk itu, anda perlu claim blog anda dengan memasukkan kod tertentu di dalam blog anda.Klik bahagian Dashboard dalam Alexa. Paparan di bawah akan keluar. Jika belum ada blog, maka ia akan kosong, jika dah ada blog yang didaftarkan seperti saya ... maka paparan di bawah ini akan keluar. Ia akan senaraikan blog-blog yang telah anda daftarkan dalam Alexa untuk menerima ranking.



Anda perlu claim sebagai menunjukkan blog atau laman web tersebut adalah milik dan kendalian anda. Paparan seperti di bawah akan keluar untuk memberitahu cara anda boleh claim blog anda bagi diberikan ranking Alexa.
Ada dua pilihan diberikan kepada anda. Untuk blogspot, saya syorkan ambil pilihan kedua (option 2).

Claim Blog Dengan 3 Cara Diberikan
Dalam pilihan kedua, ditunjukkan 3 cara berbeza untuk anda letakkan verification ID Alexa blog anda ke dalam HTML. ID Alexa tersebut perlu diletakkan di bahagian atas head blog anda seperti yang ditunjukkan Pilih mana-mana yang sesuai tetapi saya syorkan anda letakkan cara nombor 2 yang saya birukan seperti di bawah ini.
Buka dashboard blogspot anda, klik bahagian template, dan edit HTML. Masukkan kod tadi dalam blog anda. Selesai dimasukkan anda perlu ke dashboard Alexa tadi, dan klik Verify My Id. Apabila dah disahkan, ia akan keluar satu paparan pengesahan bawah butang tadi (lihat gambar di atas). Malah, butang claimed juga akan kelihatan di bahagian atas. Kemudian klik butang Continue.
Jangan Lupa Masukkan Malaysia
Paparan di bawah akan keluar. Isikan semua butiran yang disediakan, termasuklah Alexa Traffik Rank in Country - pilih Malaysia. Untuk Public Contact Information, masukkan butiran yang anda rasa selamat nak diberikan. Cukup sekadar letak nama anda di Site Owner (letak nama sama dengan Google Profile). Masukkan juga nama bandar, negeri serta poskod. Juga letakkan butiran Country dan email (sama dengan email untuk blog anda lebih baik).
Dari pengalaman saya, jika blog anda memang ada trafik tinggi yang cukup baik, maka akan cepatlah anda nampak ranking blog anda. Jika tidak, ia akan ambil masa sedikit.
Seandainya blog anda menjadi seperti di bawah ini, jangan risau ehh .. ini menunjukkan bahawa blog anda belum ada cukup trafik yang membolehkan ia berada di dalam ranking terutama ranking Malaysia. Usaha lebih lagi untuk tingkatkan trafik bagi melihat angka-angka yang lebih kecil dipaparkan.

Entri ini ditulis sebagai mengubat keresahan seorang rakan blogger yang bertanyakan pada saya di Page blog ini di Facebook.

Semoga entri ini dapat mencerahkan pemahaman mengenai ranking Alexa yang penting bagi menunjukkan kekuatan blog anda - terutama untuk pengiklan.
Update: Sekarang dah ada update terbaru, dan saya dah buat post terbaru berkaitan bagaimana nak daftarkan blog guna Alexa di sini -Cara Daftar Blog Dalam Alexa Rank Versi 2014 Ia percuma.
Nice sharing :)
ReplyDeleteterima kasih HH :) sangat membantu. dah tak risau lagi. hehe
ReplyDeleteSama-sama, terima kasih kerana sudi bertanya ... seronok dengan mereka yang mahu mencari ilmu ni ..
Deletemakin bnyk ilmu dikongsikan, makin ramai yg akan suka jadikan blog ni sbgai tempat rujukan :)
ReplyDeletepenting ke alexa ni..saya tak pernah tahu sgt...
ReplyDeletePenting kalau nak dapat job/event/iklan best2 .... kalau ranking tinggi setara dengan akhbar online Malaysia ni .. leh la anda letak harga iklan dalam blog .. sampai ribu seminggu pun boleh.
Deleteranking alexa sy makin turun ada lahhuhuhu
ReplyDeleteWah baru jumpa info ni. Thanks kerana kongsikan di sini...
ReplyDeletePanduan yang sangat berguna....
ReplyDeleteInfo yang menarik untuk semua terutama untuk blogger baru..
ReplyDeleteterima kasih atas infonya sangat bagus entri ini untuk blogger baru
ReplyDeletePenerangan yang begitu detail, awesome!
ReplyDeleteSudah lama tak check alexa.. hehe
ReplyDeletesemoga boleh dipraktikkan......nice info..
ReplyDeleteTerima kasih infomasi yang berguna.
ReplyDeletealexa, salah satu tools untuk advertiser cari blog popular kat malaysia ni. thanks atas tutorial ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah jadi.
ReplyDeletebaru je buat beberapa ari lepas hehe
ReplyDeletekadang2 konfius gak dgn ranking alexa ni.. haha
ReplyDeletebagus tutorial yang senang difahami..
ReplyDeleteSehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari PORTAL ILMU
tak ada yang free dah....baru nak buat...cet..
ReplyDeleteSaya bagi kat atas tu memang free
Deletekalau ambik free trial kan? nanti lepas free tuh kena bayar setiap bulan ke ?
ReplyDeleteSaya guna ni memang free sejak bertahun dah ... tak pernah kena paksa ambil mana-mana yang kena bayar. Yang saya beri ni memang free.
DeleteAssalammualaikum,
ReplyDeleteSaya nak tanya sekarang plan tu memang dah takde yg free ke? basic pon alexa dah kenakan bayaran. Or ada alternatif lain yg boleh tengok ranking blog kita selain alexa?
Terima kasih :)
Saya masih gunakan yang FREE .. ada .. saya ada terangkan dalam entri ini - http://www.hasrulhassan.com/2014/05/cara-daftar-blog-dalam-alexa-rank-2014.html
DeleteBahagian bawah entri di atas kat ada tu .. link ...hoho ... ENTRI LAIN YANG MUNGKIN BERKAITAN .. hoho ...
Terima kasih at
ReplyDeleteTerima kasih atas penerangan yang diberikan. Cukup bagus untuk newbie seperti saya.
ReplyDeleteTerima kasih untuk entri ini. Sangat membantu. Memang dah lama tercari-cari :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.