Al Fatihah.

Sebenarnya, saya dah lama mahu terbitkan entri ini setelah mendapat perkhabaran akan kehilangan seorang blogger muda yang cukup disegani ramai. Blogger +shaharil salman telah kembali ke rahmatullah pada 30 Disember 2013 yang lalu. Saya mendapat tahu bahawa rahimahullah Shaharil meninggal dunia akibat langgar lari.
Saya tidak mengenalinya secara dekat, tetapi Shaharil pernah singgah di blog ini dan meninggalkan komen menerusi nama Oh!Puchong. Beliau juga antara blogger yang aktif dengan segmen dan kontes yang saya anjurkan. Malah, beliau pernah menjadi penaja salah satu giveaway yang telah saya buat (klik sini). Bagus bukan? Jadi penaja walaupun hanya RM10 .... murah hati tanpa mengira nilai. Itulah sebab saya katakan bahawa Shaharil bukan insan biasa.

Dan lagi ...
Saya pasti blogger ini memberikan banyak kesan kepada ramai. Seorang yang aktif dalam aktiviti dakwah terutama di UUM; Shaharil antara rakan yang sangat disenangi. Berasal dari Sabah dan telah menetap di Klang, Selangor, merupakan anak sulong daripada lapan adik beradik.

Apa Kata Orang Lain Mengenai Diri Shaharil?

Saya lihat banyak komen-komen serba positif ditinggalkan di wall Facebook beliau. Nyata, dia bukan seorang sahabat dan rakan sebarangan.

Saya tertarik dengan status Facebook yang dikongsikan oleh rakan blogger yang juga hebat - +Nizam Ijam


Paparan di atas hanya sebahagian perkongsian luahan dan kata-kata yang ditujukan buat rahimahullah Shaharil. Nyata apa yang telah dilakukan di dunia ini telah memberikan banyak kebaikan buat semua. Saya pasti ramai akan merinduinya.

Blog Shaharil.com


Blog Shaharil juga bukan blog sebarangan. Malah, Shaharil pernah menang satu kontest yang turut saya sertai dalam group Packet One Malaysia. Penulisan dalam blognya bukan pengisian kosong. Kerana itulah blognya ada menjadi paparan dalam sebuah majalah tempatan (klik sini)

Pergi tak kembali.

Al-Fatihah. Moga penulisan, amal, celoteh, senyuman dan segala kebaikan yang ada pada dirinya memberikan kesudahan yang baik nanti, in Sha Allah. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmatNYA pada Shaharil Salman.




29 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Al-fatihah.. Semoga diletakkan bersama orang yg soleh. Amin :(

    ReplyDelete
  2. oh..ada juga singgah di blog arwah. baru tau arwah sudah tiada.
    Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah...
    AJ pun tak sangka event Deepavali dulu tu kali pertama dan terakhir AJ jumpe allahyarham...
    Nampak keperibadian beliau walau kali pertama jumpe...
    Tak lokek dengan senyuman even malu2 dengan kami....

    http://ayuejean.blogspot.com/2013/12/al-fatihah-blogger-shaharilcom.html

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah untuk arwah.

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah. Semoga dia diingati dengan sifat baik dan murahnya senyumnya.

    ReplyDelete
  6. al-Fatihah untuk arwah dan salam takziah buat keluarga arwah

    ReplyDelete
  7. mg beliau dtempatkan dikalangan org org yg beriman.... al fatihah dan takziah tuk keluarga beliau

    ReplyDelete
  8. Takziah, kenali arwah walaupun tidak rapat.

    ReplyDelete
  9. Al-Fatihah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..amin..ikhlas dari www.tepakku.com

    ReplyDelete
  10. Al Fatihah ke atas Arwah, semoga di tempat di kalangan orang2 soleh di sisinya, amin ya ronn

    ReplyDelete
  11. Moga rohnya dicucuri rahmat!

    ReplyDelete
  12. Ya Allah... sedihnya saya... Tu sebab blogger perlu menulis yang baik2 utk bekalan di sana... Sy sedih sifu... walau saya tak kenal beliau. Hilang sudah permata mutiara dalam kumpulan blogger yang hebat. Moga beliau ditempatkan di kalangan insan2 yang soleh.

    ReplyDelete
  13. al fatihah buat arwah... moga syahid untuknya

    ReplyDelete
  14. Al-fatihah. . Nak buat macam mana ajal dah tiba...

    ReplyDelete
  15. Takziah dan al-fatihah utk arwah. Lagi berita kehilangan yg diterima. Semoga arwah tenang di sana

    ReplyDelete
  16. Al fatihah.. semoga roh arwah dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  17. Al fatihah.. moga roh arwah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman

    ReplyDelete
  18. al-fatihah tuk arwah sharil . arwah baik org nya . senior kt uum . amat terasa dgn kehilangan arwah yg tiba2

    ReplyDelete
  19. Mukanya semang kerap nampak di alam maya. Alfatihah buat arwah.

    ReplyDelete
  20. al fatihah, salah seorang rakan baik saya di UUM juga

    **arwah peramah dan mudah tersenyum bila berjumpa di dlm kelas

    ReplyDelete
  21. alfatihah buat arwah dan keluarga

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Ketahui Cara Menjadi Jutawan PRODUK JENAMA SENDIRI. Diskaun 40% - Terhad!KLIK SINI

Muat Turun 176 Template Copywriting Story-Telling DI SINI. Hanya Copy-Paste Shj.

Advertisement