Tanyalah blogger masakan yang sering jadi mangsa.
Tanyalah blogger travel yang sering kena cilok gambar mereka.
Tanyalah blogger kekeluargaan yang cover sesuatu event dengan detail.
Mereka pernah jadi mangsa oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Majalah Curi Gambar Kreatif Blogger
Salah satu sebab sesebuah blog jadi terkenal adalah disebabkan gambar-gambar cantik serta kreatif yang mereka kongsikan. Walaupun gambar sudah terang-terang ada watermarks, namun masih ada segelintir yang ambil tanpa kebenaran dan langsung tidak berikan kredit pada empunya gambar.Maka, seeloknya fikir sebelum anda mahu ambil apa-apa artikel, gambar, cerita, mahupun nak print screen sesuatu. Kerana adakala tindakan ini akan mengundang padah, dan paling tidak manis ia memberikan tanggapan negatif kepada blogger Malaysia secara amnya, justeru juga kepada para pemilik majalah dan wartawan yang tanpa rasa segan silu ambil hasil kerja dan karya para blogger Malaysia.
Masing-Masing Mesti Ada Rasa Tanggungjawab dan Hormat
Masing-masing patut tahu. Tak perlu nak diasuh dan diajar. Saling hormati, saling bertanggungjawab. Majalah nak ambil karya blogger hebat, sila berikan penghargaan sepatutnya. Blogger yang cilok artikel juga perlu bertindak serupa. Kalau ada persefahaman begini, tak jadi masalah apa pun benda bermanfaat nak dikongsi, akan dapat terima saham yang baik darinya, in Sha Allah.Di bawah ini antara cerita mengenai blogger yang telah 'diperalat' oleh wartawan dan majalah tertentu di Malaysia. Baca dengan tenang, dan hormati pendapat yang diberikan.
Usah Perlekeh Blogger Masakan - Blog Kak Fauziah Samad
Dah. Jom senyum dan kita bersihkan apa yang dah dipalit kekotoran.
Bila mengenangkan perkara mcm nilah, risau nak upload gambar anak2 buah di blog... takut disalahgunakan.. teringat 1 komen pembaca blog masakan Azlita Aziz ttg isu ini, bilamana gambar anaknya disalahguna untk mndpt keuntungan
ReplyDeleteorang ingat..sebab benda tu di internet boleh suka suka ambil tanpa kebenaran tanpa kredit pulak tu..
ReplyDeletediorang ni tak tahu lah nak kata bagus tapi curi hasil orang tu tak betul tu. kalau saya gambar yang saya rasa orang akan curi je saya letak watermark ni.
ReplyDeleteBagi je kredit..buat penghargaan..tak susah kan....itu je.
ReplyDeletehai drop here
ReplyDeletewish u happy new year 2014
pernah melalui situasi macam nie.. video yang dibuat sendiri diambil oleh orang lain.. kemudian dia edit seolah2 video dia sendiri...
ReplyDeleteutk kes macam nie apa yang kita boleh report dekat you tube untuk protect copyright.. kemudian pihak you tube akan remove video tu...
isu plagiat ni mmg tak pernah habis.. kesian blogger jadi mangsa..
ReplyDeleteTulah ada juga terbaca dalam paper, padahal reporter pun sama cilok
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.