Langkau ke kandungan utama

Blogger Hiburan Rembat Artikel Wartawan

Perghh, keluar akhbar tu - blogger hiburan rembat artikel wartawan! Nampaknya, isu ini yang sebenarnya dah lama berlaku dalam dunia blog Malaysia sudah mula diketengahkan. Bukan sekali dua dah cerita mengenai blogger ambil jalan mudah ambil sumber tanpa kredit ini dipaparkan di selit-selit akhbar media arus perdana.
Isu blogger ambil artikel wartawan

Blogger Hiburan Rembat Artikel Wartawan

Harapnya janganlah jadi perang antara wartawan dengan blogger. Sebenarnya kerjasama boleh sahaja terjalin antara blogger dengan wartawan, serius boleh, sepertimana saya pernah bekerjasama dengan wartawan yang juga seorang blogger - Mazidul Akmal Sidek dan juga pengacara jelita - Rina Salleh.

Blogger Malaysia Masih Cetek Pengetahuan

Apa yang berlaku adalah blogger Malaysia masih lagi cetek pengetahuan mengenai etika dan cara betul berblog, semuanya terpengaruh kerana mahu jana pendapatan menerusi trafik blog. Ya, saya memang tidak menyangkal bahawa trafik blog itu penting, tetapi biarlah dilakukan dengan cara yang disenangi semua orang.

Elakkan ambil kesempatan hasil dari kerja orang lain yang penat jerih mendapatkan cerita. Paling tidak, sila karang entri sendiri dan berikan kredit yang sepatutnya. Anda sebagai blogger tentu akan rasa marah kalau entri dicuri, dan entri yang dicuri itu pula meletup dan berikan kelebihan pada blogger yang mencuri itu. Anda nganga .... yang mencuri itu gumbira ...

Dan lagi, diburukkan pula andai cerita dan kisah yang diambil itu diputar-belitkan. Jadi adu domba la pulak, uhhh apa ni .... kita tulis blog, tulislah benda-benda baik dan elok, sebab ia merupakan 'bukti' apa yang kita sampaikan kepada pengunjung.

Nak tempah saham ke neraka ke? Fikir-fikirkanlah. Kita manusia hidup esok lusa tak tentu hala lagi, jangan semakkan diri dan himpunkan aura tidak elok dalam diri.

Kredit: Kak Ina KL

p.s: Saya sendiri mengaku saya seorang blogger sepenuh masa yang masih lagi belajar cara berblog dengan betul.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. penat wartawan tu tulis, blogger tu cedok camtu je..nak trafik sangat lah tu.

    BalasPadam
  2. akhbar keluarkan rasa tidak puashati mereka pada kertas, begitu juga blogger keluarkan pada blog masing2.
    ada ketikanya wartawan juga lupa etika mereka buat kerja mudah dari google curi gambar blogger, pernah terjadi pada kak kujie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan kak kujie je, ramai lagi .... saya pernah tulis mengenainya sebelum ini.

      Padam
  3. hahah.. jadi blogger bende bende macam ni kena terima lah.. biasa la bende copy paste bro.. hahahah cd pun boleh kena cetak rompak..
    ni lah jadi kalau nk kejar trafik bukan sebb ikhlas.. hahah

    Tetikus.net

    BalasPadam
    Balasan
    1. Copy Paste biar kena cara, bukan tak boleh. Dan kalau boleh, jgn samakan blogger dengan lanun cetak rompak, sbb lanun cetak rompak ni banyaknya gangster ...

      Padam
  4. assalamualaikum hh...macam-macam skg ni masing2 berebut n mengata antara satu sama lain...tentu ada jln penyelesaiannya yg boleh kita lakukan daripada menyalahkan semua pihak...

    BalasPadam
  5. tengoklah.. sampai bila nak copy paste..

    BalasPadam
  6. Bkn susah pun nk letak kredit,bkn kena bayar pun kn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasalnya .... mereka ni liat betul nak letakkan kredit.

      Padam
  7. PG ada juga copy, tapi wajib bagi kredit. tak nak la nanti blogger kena saman. takut pula. :)

    BalasPadam
  8. Hamba pun mengambil sumber dari blog lain juga, tapi perlulah minta kebenaran, jika di benarkan, berilah backlink yang membawa terus ke pautan web yang asal sebagai kredit, artikal blog hamba pun pernah di cedok bulat2 tanpa kredit di berikan...

    BalasPadam
  9. Hadoiii, macam-macam perangai manusia..-.-"

    BalasPadam
  10. uikk.. seriau dengonya.. hope teman tak pernah lupa letak kredit pada berita2 yang diambil dan di copy.. hu3.. (risau terlepas pandang)

    BalasPadam
  11. macam2 karenah manusia ni... nak popular dgn cara yg cepat tanpa mengira dosa pahala.. moga saya terhindar dari gejala mcmni.

    BalasPadam
  12. pernah berlaku.. muja share job utk dye.. then bagi link entri yg muja dh huat utk panduan.. bila baca entri dia tu.. memula ayat dia tukar sikit sikit.. last last tu betuk sebijik ayat muja.. sedeyh giler.. trus determine tanak kongsi pape dah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …