14 Januari 2013

Watermarks Cacatkan Gambar

As-Salam. Gambar dalam entri memang boleh menarik perhatian pengunjung dan memberikan kesan seronok pada sesebuah entri. Ia mencatikkan cerita yang ada, disamping memberi satu bukti akan kesahihan sesebuah penceritaan dalam blog. Namun, masalah timbul apabila ada yang salah guna gambar dalam blog untuk tujuan nakal. Dan pilihan yang sering dipilih oleh kebanyakkan blogger adalah dengan meletakkan watermarks pada gambar tersebut.

Mungkin pada sesetengah orang ia bukan isu besar tetapi kalau dah menjadi seperti ini - Kalau Dah Dasar Bangsat, Bangsat Juga .... tentu ia bukan lagi satu perkara yang perlu dipandang remeh. Keuntungan diraih oleh orang lain hasil usaha penat lelah kita yang memikirkan cara dan kekreativiti. Jalan mudah untuk orang lain, tetapi yang jerih adalah orang lain.

Watermarks Cacatkan Gambar Dalam Blog

Namun, penggunaan watermarks dikatakan oleh sesetengah blogger sebagai mencacatkan originaliti sesebuah gambar. Visual gambar sebenar jadi terganggu dek kerana adanya watermarks ini. Namun, pada yang lain, mereka katakan inilah cara paling mujarab untuk memastikan gambar itu tidak disalahguna selain memberitahu akan siapa pemilik asal gambar tersebut.

Gambar Tanpa Waterwarks


Foto Siti Nurhaliza Cantik Bertudung di Usia 34 Tahun


Watermarks digunakan sebagai salah satu cara untuk melindungi kreativiti si pemilik gambar atau si penangkap gambar (photog). Gambar yang cantik tentu sahaja menjadi perhatian ramai. Ia juga digunakan sebagai salah satu bentuk mempromosikan hasil kreativiti - yang banyak dipraktikkan oleh jurugambar, baik profesional mahupun amatur.

Bagi HH, watermarks masih relevan untuk memastikan gambar-gambar itu diberikan kredit sepatutnya kepada empunya. Namun, sebagai langkah untuk tidak mencacatkan keadaan atau visual gambar sebenar, HH cadangkan agar watermarks diletakkan di kedudukan yang tidak memberikan impak besar pada keadaan gambar tersebut.

Boleh juga dipraktikkan dengan meletakkan watermarks itu dalam keadaan halusinasi atau dalam keadaan kurang jelas. Boleh juga dipraktikkan diletakkan watermarks itu dengan saiz yang kecil agar tidak terlalu menyerlah sehingga mengganggu keseluruhan visual gambar.

Contoh Watermarks Untuk Gambar Dalam Blog


Watermarks Foto Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan
Watermarks Gambar Fatin Suhana Blogger Cantik
Watermarks Foto Ikan Laga

Bagaimana Buat Watermarks

Banyak blog ada tutorial khas untuk buat watermarks ini, malah ada juga blogger yang menyediakan perkhidmatan merekacipta watermarks untuk blogger. Anda boleh cari sendiri dan Google, namun .... untuk memudahkan anda belajar cara letak watermarks untuk gambar, boleh sahaja baca entri rakan blogger HH berikut:


Semoga dapat membantu rakan blogger yang ingin lindungi gambar cun kacak mereka dari kena salah guna oleh mereka yang sangat jahat ..hahahahaha....


p.s: Usyarlah blog HH - hasrulphoto.blogspot.com untuk tengok hasil tangkapan lensa .... huhuhuuu... 
 

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

18 Komen Watermarks Cacatkan Gambar

erk..watermark kak jie paling senang nak buat
utk permulaan bagi blogger
tp kak jie guna watermark photoshop



kebanyakkan gambar kt blog adalah milik sendiri,sebab tu letak watermark.

Thanks utk perkongsian ini.. Itulah.. Zam menghadapi perkara yg sama bila nak hasilkan watermark.. Nak buat wm yg meliputi sebahagian besar gambar @ tindih wm di tgh2 gmbr, mcm merosakkan gambar tu.. buat wm yg kecil, letak di sisi tepi gambar, org boleh padam dgn clone stamps atau crops gmbr utk buang wm .. aptb

Terbaik! :D

Memang dah lama cari tutorial ni. Akhirnya ada juga orang yang sudi berkongsi. Terima kasih banyak-banyak Tuan HH.


Semoga Allah membalas balik jasa Tuan HH dengan memberkati kehidupannya.....

Saya wajibkan setiap gambar saya ada watermarks oleh kerana gmbr2 saya pernah diambil drpd blog saya tanpa kebenaran dan org tu claim sbg gmbr dia. Sejak tu saya mmg xpenah lupa utk letak watermarks utk setiap gmbr saya...baik diblog, Facebook mahupun twitter. Demi untk keselamatan juga sebenarnya

watermarks memang wajib kita miliki, setiap gambar yang saya upload dalam blog, saya usahakan kena ada watermark :)

azhar zulkafli delete Januari 15, 2013

utk keselamatan....... manusia nie suka ambil tanpa kebenaran...kalau pic biasa takpe...buat pic yg memalukan...pastu diedit...bahaya juga tu.....

hehee thnks promote entry rien.. lala~ watermark mmg pnting.. sebab ada sesetengah org ska ambil tnpa kebenaran n menjual hasil tgn org lain.. :)

Bagi saya tidaklah mencacatkan malah dapat melindungi gambar hasil karya kita daripada digunakan oleh org lain... :)

Yup.. saya pun menggunakan photoscape untuk buat watermark.. simple tapi cantik.. :)

Watermark ade jer tp tak cun... nak yg mcm mat gebu tu... simple... letak tgh gambar pun tak cacatkan gambar... tp yg x letak sbnrnya sbb malas... hehehe...

assalamualaikum hh...mmg terbaik...;)

photoshop... Dah pernah kena pengalaman buruk bila orang lain ciplak gambar serta artikel, pastu wat macam hak sendiri.. 100% copy..

Kebanyakan dlu hmbar2 di blog main letak je watermatk, skrg bila tgk balik alahai teruknya rada..hehee

Hehehe.. :) ada yang bagi pendpat 'cacatkan' ... jangan terkejut sbb ia dari seorang jurugambar profesional DUNIA

Siti Anirah .. anggap ia sebagai satu sedekah. Tak boleh nak halang dah ...cuma berikan yang terbaik je.

Malas .. tak leh nak buat apa laaa

nak guna photoshop tak hebat sgt. saya guna photoscape

Terima Kasih atas perkongsian. Nak sangat belajar buat benda ni. Dan terima Kasih bagi link entri yang relevan.

Salam ziarah http://lobam.my


EmoticonEmoticon