Baru-baru ini, saya ada kongsikan satu tips SEO Blogspot mengenai URL berulangan. Ramai blogger yang tak berapa nak faham apa yang ingin saya sampaikan. Ia benda mudah je sebenarnya, tapi mungkin sebab saya tak dapat nak cerita dengan baik, itu yang buat ramai keliru dan tak faham.

Oklah, dalam entri kali ini saya cuba berikan contoh sebaik mungkin untuk anda faham mengenai URL berulangan dalam blog.

Tips SEO Blogspot - Contoh URL Berulangan

Katakan anda sedang buka halaman utama blog ini - www.hasrulhassan.com; apa yang anda nampak? Akan kelihatan lebih kurang macam di bawah ini ... ada dua bahagian, utama dan sidebar.
Selalunya, bahagian 1 akan papar entri-entri terkini. Ada sesetengah (malah kebanyakkan) akan papar sehingga 1-3 entri terkini di bahagian 1 (tanpa fungsi readmore), manakala bahagian 2 sering diletakkan entri-entri dengan menggunakan widget tertentu seperti Popular Entries/Posts, Recent Entries/Posts, Most Commented Entries/Posts dan Featured Entries/Posts. Malah ada yang letakkan Posts by Category/Labels.

Apa yang saya maksudkan URL tidak boleh berulangan ialah samada di bahagian 1 dengan bahagian 2 tidak boleh ada URL yang sama sebanyak minima 2 kali, atau dengan kata lain ... pastikan tajuk-tajuk entri di bahagian 1 adalah tidak sama dengan apa yang ada di bahagian 2.

Lihat paparan utama blog saya, ada nampak tak URL atau tajuk entri diulang pada bahagian 2? Ada tak? Tak ada kan? Kecualilah kalau di bahagian 1 ada entri meletup yang berjaya duduki carta entri paling popular untuk minggu ini, jadi ruangan Popular OHBlogger mungkin ada tajuk atau URL tersebut. Namun, ia jarang berlaku. Dan kalau ada pun, ia tidak akan dipaparkan lebih daripada 2 kali!

Lihat ruangan 2, antara Terhangat OHBlogger dengan Popular OHBlogger juga anda tidak akan jumpa entri yang sama. Saya bezakan dengan satu menggunakan widget Terhangat OHBlogger berdasarkan jumlah komen, dan satu lagi gunakan widget Popular OHBlogger berdasarkan entri paling banyak hits dalam sebulan atau all time popular. Cara ini elakkan entri sama dipaparkan di kedua-dua widget tersebut dan juga berlainan dengan paparan yang ada di ruangan 1.

Sekarang, mari lihat untuk Onpage SEO ... iaitu apabila anda baca salah satu entri dipaparkan. Ia akan kelihatan seperti di bawah ini.

Apa yang anda nampak ialah paparan 1 ... ada entri yang ingin anda baca, di bahagian 2 pula tiada kelihatan URL atau tajuk entri tersebut di Popular OHBlogger, kecuali di bahagian Terkini OHBlogger, ada tajuk sama. Masih lagi kekal dengan cirian SEO Onpage, kerana tidak lebih 2 tajuk atau URL sama dipaparkan atau kelihatan dalam blog.

Anda tentu perasan, apabila berada di halaman utama, anda tidak nampak pun widget recent post yang saya gunakan. Ini untuk mengelakkan daripada paparan utama yang sudah ada entri-entri terkini diulang papar pada bahagian sidebar menerusi widget Terkini OHBlogger. Bagaimana saya melakukannya? Saya menggunakan Conditional Tags yang pernah saya ceritakan kepada anda sebelum ini.

Untuk elakkan Popular OHBlogger papar entri yang kemungkinan akan sama dengan Terkini OHBlogger, saya pilih option popular by month atau all time popular di widget Popular Posts.

Macamana? Saya harap anda dah faham berkaitan entri ini - Elak Link Berulangan bagi tujuan SEO Blogspot.



11 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. aiseymen,
    baru tahu tips nie..
    akan dibaik pulih nnti.
    tahnx HH sudi bantu

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Cara ini juga boleh bantu untuk hadkan 100 links pada blog yang pernah saya sebut dalam SEO Blogspot.

      Delete
  3. Assalam
    Terima kasih Tuan HH. Baru mula faham sikit..

    ReplyDelete
  4. Ingatkan bagus letak link berulang dalam 1 page. Rupa-rupanya terbalik. Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  5. owh..puas gua cari cara nk kurang jumlah 100 links..tu terbaik bro

    ReplyDelete
  6. Ok baru tahu hal ni...memang sukar nak ingat kadang2 terduplicate di entri baru tajuk2 yg lepas...

    ReplyDelete
  7. Kalau bab URL berulang memang byk terdapat pada sesebuah blog. Ada entri terkini, recent post, Popular post. Kalau dihitung boleh dpt url berulang dgn entri sama. Mska kenalah ubah ya HH jika ada paparan aeperti ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement