Membuat sesebuah entri yang akan dibaca oleh ramai memang susah. Setakat tulis dan dibiarkan begitu, memang mudah. Tetapi andai mahu blog dikunjungi dan dibaca memerlukan blog anda menyampaikan kandungan blog yang bermutu, sesuai dengan apa yang dicari oleh pengunjung dan pembaca.

Namun, bukan semua blogger punyai idea yang mengalir macam air. Ada masa, fasa kekeringan idea akan tiba. Jadi, bagaimana seorang blogger boleh memastikan blognya tidak kering dengan entri yang baru? Saya akan kongsikan 5 idea untuk buat entri dalam blog yang mungkin boleh dijadikan sebagai satu nota tambahan apabila kekeringan idea.

5 Idea Menulis Entri Bagi Blogger Malaysia

Panduan menulis blog - 5 idea menulis entri

Pertama
Kalau seronok orang singgah blog kita, kita juga mesti seronokkan diri untuk singgah blog orang lain. Mereka layak untuk menerima kunjungan anda setelah mereka singgah di blog anda, apatah lagi mereka yang sudi komen dan respon terhadap entri anda. Dan bila and amasuk blog orang lain, pasti akan ada entri yang menarik minat anda ... dan terasa nak ulas .... sebab ruangan komen agak terhad....jadi anda buat jadi entri.

Kedua
Layan blog2 yang popular, lihat gaya penyampaian yang ada. Kadangkala isinya simple je ... tapi sebab olahan ... entri tu jadi beberapa perenggan. Kita singgah blog popular ... bukan setakat baca entri tapi cuba juga fahami cara dan kaji serba sedikit. Tips ini Ben Ashaari pernah bagitahu.

Ketiga
Selalukan diri layan perbincangan dalam forum2 yang anda suka. Forum begini kadangkala mengumpulkan segala sumber, jadi gunakan sumber itu, olah sendiri dan jadikan entri dalam blog.

Keempat
Berinteraksi dengan blogger lain. Macam yang saya pernah buat ... ada blogger bertanya .. anda jawablah ..jadikan satu entri. Mudah kan?

Kelima
Cuba buat research sendiri, cari bahan dari sumber luaran. Type je kata kunci yang anda ingin cari .. Google ... dan nah .. anda pasti jumpa dan dapat. Jadikan entri. Tapi harus ingat, bila buat entri, kreditkan atau beri backlink kepada empunya artikel/penulisan/gambar asal. Jangan lupa .. ini sangat penting sebagai tanda anda menghargai kerja orang tu .. 

Ok .. rasanya itu je dapat diperah dari minda saya yang dah suku abad ini. Mungkin ada blogger lain boleh berikan tips lain. :) Ramai lagi yang hebat dan sentiasa berkarya dalam blog. Cuba tanya mereka juga .... :)


15 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih kerana berkongsi cara..memang abg hasrul cara lah...

    ReplyDelete
  2. 5 idea yang bagus untk blogger.

    Tumpang tanya.Boleh beritahu cara atau link cara untuk buat widgedts sebelah kiri?
    Yang widgeds tergantung.

    Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

    Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

    ReplyDelete
  3. @FARISZ@AZ.Com Salam.. boleh lihat entri saya yang ini:

    http://hasrulhassan.blogspot.com/2011/03/soal-hh-buat-facebook-kecik-di-tepi.html

    ReplyDelete
  4. Yied jarang ber'forum... Tak suka sangat ber'forum.. Tapi suka ber'twitter.. Hehe...

    New Post: Header Percuma Untuk Pembaca Blog Yiedpozi.com

    ReplyDelete
  5. penuh info!! like ittt!!
    alaaaa..selalu merendah diri kann!!
    satu peribadi yang weiyda salute tau dgn HH ni..
    semoga perkongsian ini mmbawa seribu keberkatan
    pada HH..YAAA!!aminnn..



    hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    ReplyDelete
  6. Thanks for the tips!! Its really helps!(^_^)

    ReplyDelete
  7. nice tips. every blogger should remember that!!

    ReplyDelete
  8. tips yg simple dan bermanfaat.Rasanya para blogger kebanyakannya memang dah tahu,cuma tak mahu explore dan terapkan.Ini dikira peringatan yang menyedarkan semua.Tq

    5 Makanan Penawar Kecewa

    ReplyDelete
  9. Syukran..syukran..syukran.. Tuan HH yang memahami :)

    Sekarang terasa seperti kembali bernyawa

    ReplyDelete
  10. bagus bro..mmg tngh kering idea skang ni..hu3

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement