Apabila ada masalah pada blog anda, atau sesuatu blog yang lain, atau mungkin website yang sering anda kunjungi, berhati-hati ... mungkin ada malware yang berbahaya, atau mungkin blog anda telah dijangkiti sesuatu yang tidak sepatutnya berada di blog anda. Maka anda perlu kaedah untuk ketahui samada blog itu selamat atau tidak, terutamanya blog anda sendiri.

Jadi, bagaimana anda nak tahu bahawa blog anda selamat atau tidak? Ada beberapa cara untuk mengetahui blog anda itu selamat dikunjungi baik oleh orang lain, mahupun diri anda sendiri. Antara langkah yang boleh diambil adalah dengan install atau plugin software penilaian yang disertakan bersama browser anda. Anda boleh check dekat plugin pelayar-pelayar yang anda gunakan, misalnya Firefox, anda boleh lihat di tab add on, atau Crome anda boleh lihat di bahagian tools-extension.

Atau cara paling mudah dan berkesan adalah dengan melengkapkan komputer anda dengan perisian antivirus yang dilengkapi dengan tapisan internet atau internet security. Antara yang paling terkenal adalah Kapersky Internet Security dan juga Trend Micro Internet Security. Ia akan secara automatik akan mengesan dan memberitahu kepada anda akan bahaya yang sedang anda hadapi.

Dan satu lagi cara yang boleh anda gunakan adalah dengan menggunakan Google Safe Browsing Advisory. Caranya:

Salin ini di tetapan url di pelayar internet anda.

http://www.google.com/safebrowsing/diagnostic?site=NAMA_BLOG

Contoh:

http://www.google.com/safebrowsing/diagnostic?site=hasrulhassan.com

Hasilnya akan jadi begini:
 

Jadi anda akan tahu hasilnya .... walla ... selamat tu .... nampak!

Apa tunggu lagi? Cubalah dan pastikan blog anda selamat untuk pengunjung singgah dan baca entri di blog anda!

11 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. wah... terima kasih bg info yg berguna BK...

    ,blog http://skytechxtreme.blogspot.com selamat untuk dilawati... heee ~ ^_^

    ReplyDelete
  2. terima kasih tuan....info berguna

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah byk ilmu kite dpt kat blog bro.gara2 minggu lepas blog ada malware hingga kite sdri tak blh access,mmg dah give up.tapi smgt blogger tegar ngee....akhirnya berjaya juga remove malware.wah blog kite dah safe...say no to malware!!!

    ReplyDelete
  4. nak try la check saye nye blog,...
    hehe

    ReplyDelete
  5. saya dah check. selamat. tp google tak visit 90 hari? ruginya...

    ReplyDelete
  6. tips yg sgt berguna..terima kasih..
    http://cik-emma.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. sebelum nak pasang widget tu pastikan daripada sumber sumber yang suci. bila dah kena pening kepala nak selongkar koding. huhu.

    ReplyDelete
  8. tips yg berguna juga ni..sebab selalu sgt blogwalking kan masuk mcm website

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya