Sitemaps, bagi sesetengah blogger mungkin tidak faham. Jadi secara mudahnya, ia seperti satu sinopsis kandungan blog anda. Ia ibarat Isi Kandungan yang terdapat di bahagian hadapan sesebuah buku. Ada tajuk, ada tarikh terbitan dan sebagainya. Nampak ia seakan seperti arkib blog. Sitemap atau Peta Laman adalah ringkasan kepada isi kandungan blog anda.
Sitemap lengkap perlu anda hantar ke serata laman yang mengumpul informasi di dunia maya. Maka, untuk langkah tersebut, anda perlu satu agen bagi memastikan setiap entri anda disedari dan diketahui. Dengan menggunakan cirian dan aplikasi yang ada di Google Webmaster Tools, tugas anda sudah jadi mudah.
Cara Hantar Sitemap Menerusi Google Webmaster Tools
Saya akan tunjukkan cara hantar sitemap blog anda menerusi Google Webmaster Tools seringkas mungkin, supaya boleh anda manfaatkan bagi membolehkan lebih banyak entri anda berada di enjin carian.- Pertama sekali, anda perlu daftarkan blog anda seperti yang pernah saya tampilkan di entri ini - Cara Daftar Blog Google Webmaster Tools.
- Kemudian, anda perlu pastikan bahawa blog anda sudah tersenarai seperti ini:
- Klik pada blog yang anda mahu hantarkan sitemap (pada bahagian nama blog berwarna biru). Paparan di bawah akan kelihatan. Pastikan penjuru atas dipaparkan URL blog anda.
- Anda boleh lihat bahagian Sitemaps, jika entri-entri atau post dalam blog telah diindeks, anda akan lihat jumlah URL yang disertakan. Klik bahagian tertulis Sitemaps tersebut, dan anda akan dapat saksikan butiran seperti di bawah ini.
- Bandingkan jumlah entri blog anda dengan jumlah entri (URL) yang telah dihantar dan juga yang telah terindeks. Seandainya ia jauh daripada angka sebenar, maka anda perlu klik butang berwarna merah - Add/Test Sitemap. Apabila anda klik, anda akan diminta untuk memasukkan URL bagi sitemap blog anda.
Secara default, anda boleh memasukkan URL sitemap blogspot anda seperti berikut:
http://www.hasrulhassan.com/feeds/posts/default?orderby=updated
atau dengan cara berikut:
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
cara kedua ini membolehkan entri 1-500 disenaraikan. Anda boleh ulang hantar URL sitemap menggunakan cara kedua jika entri blog anda melebihi daripada 500, contohnya seperti sitemap blog ini dengan jumlah keseluruhan entri yang telah diterbitkan sebanyak 4555 (semasa entri ini ditulis).
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=501&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1001&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1501&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=2001&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=2501&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=3001&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=3501&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=4001&max-results=500
Saya menggunakan cara kedua agar semua entri saya terindeks. Namun, ada blogger yang lebih suka hanya jumlah tertentu entri terkini sahaja yang mahu diindeks. Oleh itu, cara pertama adalah disyorkan untuk anda gunakan.
Anda dinasihatkan supaya sentiasa melihat keadaan Google Webmaster Tools ini bagi memantau keadaan trafik blog anda. Jika ada sebilangan besar entri yang tidak diindeks, maka lakukan langkah-langkah di atas.
Selamat mencuba.
Denaihati pun ada bincang pasal google web master gak nanti nak try google x faham sangat binatang ni.
ReplyDeleteBenda ni untuk bantu blogger macam kita ni .... :) yelah, nak kata popular idak la pula, jadi dengan guna webmaster toools ni sedikit sebanyak boleh dapatkan trafik untuk blog.
Deleteterima kasih.sy mmg tgh cari tutorial ni.Semoga segala urusan HH juga dipermudahkanNya.
ReplyDeletesaya dah buat tapi kena verify blog saya dulu..masalahnya saya tak reti nak verify la HH..mohon bantuan
ReplyDeleteUntuk verify mudah je, ikut langkah yang ada diberikan tu.
DeleteTrafik blog saya meningkat setelah mendaftar dengan Google Webmaster. Satu info yang sgt saya perlukan iaitu url utk entri melebihi 500, ianya terjawab kini. Terima kasih HH.
ReplyDeleteSelain itu byk informasi boleh kita perolehi tentang blog kita dari webmaster ini.
Betul tu. Kalau kita pandai guna, tak mustahil semua blogger akan berjaya capai sesuatu, matlamat kita semua berbeza, jadi pandai-pandailah guna kelebihan yang diberikan ini.
Deletetips yang berguna bro...dah gua praktikkan pun ilmu ini
ReplyDeleteAssalamualaikum :)
ReplyDeleteSinggah Pagi :)
alhamdulillah..semalam ada mengikuti satu tuto dari HH..cari jugak pasal nie.thanks for this tuto HH..
ReplyDeleteHmmm ... godek2 je dalam blog ini, mesti akan jumpa benda yang boleh anda gunakan... in Sha Allah.
Deletethanks for the tutorial...diharap lebih banyak lagi perkongsian ilmu pd masa akan datang
ReplyDeletedah berjaya melakukannya...thanks HH
ReplyDeleteTerima kasih sbbb dah buat .... in Sha Allah akan ada hasilnya nanti
Deleteterima kasih kepada saudara Hasrul..Blog yang penuh informasi..
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah di sini ... :)
Deletewah sangat membantu! dah lama cari... baru jumpa^^
ReplyDeleteSeronok saya apabila apa yang saya tulis ni memberikan kelegaan buat orang lain. :)
Deleteterima kasih. sy baru je siap mencuba
ReplyDeleteDia akan pending dulu kan bro baru ter indexed?
ReplyDeleteYa betul. Dia akan pending ... dan kemudian baru terindeks, kena selalu check
Deleteterima kasih HH .. berjaya !! ^^
ReplyDeleteterima kasih atas panduan ini...baru paham... like
ReplyDeleteTips yang berguna..thanks sifu ;)
ReplyDeleteBaru lepas submit tadi.. heheheheheheh
ReplyDeletemaceh ye abam..hehe..
ReplyDeleteArigato sensei
ReplyDeleteAssalam..maaf mengganggu..sy da cuba byk kali u hantar sitemap ikut step y dberi,tp appear error..mintk tnjuk ajar..
ReplyDeleteError yg mcmana?
DeleteSy wt cmni
Deletehttp://www.honeyh.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
Pastu appear 1 error, General HTTP error: 404 not found
HTTP Error: 404
Blog ni wujud ke tak? Kenapa saya gi ke link honeyh.com tak ada apa2 pun?
DeleteKalau blog tak wujud lagi, memanglah error sbb memang tak ada ...
DeleteMintk maaf..salah typo error..honeyhanahijab.blogspot.com
ReplyDeleteSitemap blog anda - http://honeyhanahijab.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
DeleteIni yang betul.
Mmg serupa sy wt cmni..
Deletehttp://honeyhanahijab.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
Y dgn www pn sy wt
http://www.honeyhanahijab.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
HH sy da ble dftr sitemap! Sy juz kne fill up dengan " atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500 " je rupenye..owh,malunye..trime kasih byk2..Smoga HH sentiasa dimurahkn rezeki..Amin..
ReplyDeleteBanyak info yang dapat dari blog ini. Terima kasih HH.
ReplyDeletesaya pun baru saja submit.
alhamdulillah. berjaya jugak submit sitemap hari ni setelah beberapa kali di reject oleh google web master. sebelum ni asyik keluar error bab html je. webmaster arahkan tukar ke xml. mujur jumpa artikel ni. cut n paste je. terima kasih atas perkongsian ini
ReplyDeleteentri ini sangat membantu..terima kasih HH :)
ReplyDeletetapi kalau entri masih sikit tapi letak semua sitemap tu boleh ke? hehe...
ReplyDeletejom jenguk sini ya.. hehe
sangat membantu!
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.