As-Salam. Adakala blogger cuba nak pasang sesuatu widget menerusi HTML blog, atau menambah sesuatu yang berkaitan script di HTML utama blog - bagi tujuan mempercepatkan blog untuk loading. Cara ini adalah cara alternatif untuk anda letakkan widget tertentu selain menggunakan Add HTML di ruangan layout blog.

Kod HTML/Script Tidak Berfungsi

Apabila menambah kod atau script di dalam bahagian body HTML blog, harus tahu bahawa blog anda menggunakan layout blog jenis apa, ada yang guna blogspot theme - xml, ada blogspot yang memang guna pure html. Saya sering hadapi masalah apabila mahu masukkan iklan Adsense dalam post atau entri blog saya, di mana kod Adsense tidak berfungsi, walaupun tiada error dikenalpasti semasa save template dilakukan.

Masalah Template XML

Sebenarnya masalah yang berlaku adalah kerana tatacara koding yang salah dimasukkan ke dalam template blogspot saya - kerana blogspot saya menggunakan *.xml untuk latar layout blog.

Maka, kalau anda masukkan sesuatu kod html dalam blogspot anda, dan kod tersebut seolah tidak berfungsi, cuba anda parse kod tersebut dari HTML menjadi XML. Cara paling mudah untuk dilakukan ialah menerusi BloggerLab - Parse HTML for Blogger XML Template.

Contoh kod atau script asal:

Apabila kod tersebut telah dilakukan proses Parse HTML di BloggerLab:

Ya nampak tak perbezaaan kod yang saya tunjukkan ini. Jadi, apabila anda tetiba masukkan kod HTML ke dalam body HTML blog anda dan ianya tidak berfungsi atau tidak menunjukkan apa yang sepatutnya ditunjukkan, maka lakukan cara dan langkah yang saya berikan ini. In Sha Allah, ia akan membuatkan anda tersenyum kembali selepas pening kepala memikior.....

*p.s: Selalunya blogspot akan guna template *.xml


12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Salam HH,
    Bolehkah saya copy semua code template dan check di BloggerLab utk correction?

    BalasPadam
  2. salam HH, kalau kita convert template web html jadikan xml untuk pasang di blog, boleh dak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blog blogspot memang guna xml ... yang HTML cuma entri2 ...

      Padam
  3. salam, mmg saye ade prob dengan ni.. dah cube dah mcam yg di atas tapi takde perubahan pun.. :( macam mane yee?

    BalasPadam
  4. saya nak masukan lagu tapi x bole . mcm mana ye? dulu bole.

    BalasPadam
  5. saya nak masukkan lagu kat blog nak save kt html x bole.. tak tahu cara nak bole save mcm dulu balik

    BalasPadam
  6. then saya nak buat mcm mana ye nak masukkan lagu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. BUat cara begini ke? - http://www.hasrulhassan.com/2014/05/cara-letak-widget-lagu-dalam-blog.html

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement