As-Salam. Bertindak gila-gila, bukan menjadi gila. Blogger yang mahu berjaya perlu memanfaatkan masa dengan tindakan yang melebihi daripada orang lain, perlu cepat, perlu pantas, jangan menunggu sehingga orang lain dah hisap madu, baru mahu mencari bunga. Kalau lambat, akan ketinggalan.

Ya, konsep bertindak gila-gila ini adalah salah satu daripada 5 konsep M.E.S.T.I yang saya dok promosikan untuk blogger baru berjaya dalam dunia blog Malaysia ni. Mentor, Elmu, Sistem dan sekarang Tindakan, tindakan yang bukan biasa, tetapi luar biasa.

Nak Berjaya Sebagai Blogger? Kena Bertindak Gila!


Contoh mudah, kita lihat sahaja Ben Ashaari. Dia memang gila. Gila segmen ... ada sahaja segmen setiap minggu yang dianjurkan (mungkin sekarang dah kurang). Gila promosi, promosi yang dilakukan bukan mempromosikan blognya tetapi mempromosikan blog orang lain. Dalam seminggu, akan ada blog-blog yang dipromosikan tanpa disuruh pun.

Banyak Lagi Kegilaan Blogger

Ada lagi gilanya. Ben Ashaari gila update, ada masa sehari sampai berpuluh entri diterbitkan. Menakjubkan? Tak .. itu gila namanya. Tapi tindakan yang menggila ini telah menaikkan namanya sebagai salah seorang blogger terbaik di Malaysia. Dan menjadi kegilaan (gila jugak) ramai blogger terutama blogger baru macam anda yang sedang membaca entri ini. Tak gitu?

Angguk sahaja tak kemana kawan, anda perlu bertindak supaya apa yang anda hajati menerusi blog akan tercapai.

Bertindak Gila-Gila Untuk Blog Jana Pendapatan

Ada tanya saya, macamana saya boleh buat duit walaupun sesen ... dengan affiliate, dengan blog walhal mereka pun melakukan perkara yang sama? Inilah jawapannya, kena bertindak pantas. Apabila orang lain sedang mencari peluang, saya rebut peluang itu walaupun peluang itu nampak tak lumayan pada mata mereka.

Yelah, siapa yang mahu lihat komisen bernilai RM2 ye tak? Tapi menerusi komisen kecil itulah, saya boleh juga belikan topup untuk ibu saya di kampung. Kecil pada kita, tapi ... haa .. fikirkan.

Oh ya, dah daftar dengan Jomniaga yang berikan komisen PPL RM2 tu tak? Kalau belum, klik pautan ini - Bisnes Online Sendiri di Blogspot untuk menyertainya secara percuma.


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Haruslah Giorgio mula menggila... bukan gila tp gila-gila dlm berblogging.. (^_^)

    BalasPadam
  2. jangan cakap! bertindak!

    Senarai Blogger Malaysia Yang Cantik 2013

    http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/06/senarai-blogger-malaysia-yang-cantik.html

    BalasPadam
  3. Memang kena gila...utk berjaya, gila bertempat. Ya gili di sini bermaksud buat sesuatu melebihi org lain buat. Ini saya setuju...sangat2.

    BalasPadam
  4. sukmawati binti haron12 Jun 2013 pada 8:50 PG

    gila membaca statement HH....gila berblog....pagi-pagi dah buka blog......

    BalasPadam
  5. jangan sampai gila kuasa dah la haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement