Apakah cara blog terima trafik? Kadangkala hairan juga melihat blog-blog yang ntah apa-apa mendapat trafik yang tinggi, sedangkan blog-blog yang ada kualiti terbaik kurang menerima trafik. Apakah sebabnya? Haa ...ada banyak sebab untuk sesebuah blog tersebut terima trafik, cuma antara rajin dengan tidak je untuk melakukannya. Katakunci di sini adalah kerajinan, dan kerajinan ini sebenarnya tak ambil banyak masa anda pun, paling lama pun sejam dua je. Dan paling tak rajin pun kurang dalam 30 minit.

Jadi, dari mana sumber trafik blog ini dijana? Ini adalah perkara asas yang perlu anda tahu, dan perlu anda ambil kesempatan. Jika tidak, blog anda mungkin kehilangan trafik mudah dek kerana ketidakprihatinan anda mengenai aspek ini.

Mari lihat sumber-sumber trafik yang boleh diberikan kepada blog anda.
26 Cara Blog Menerima Trafik

26 Cara Blog Menerima Trafik

  1. Bloglist rakan blogger yang lain.
  2. Banner blog anda.
  3. Segmen yang dianjurkan.
  4. Kontes yang dianjurkan.
  5. Menjadi penaja kontes.
  6. Laman ping web agregator.
  7. Forum yang ramai ahli.
  8. Laman komuniti.
  9. Email.
  10. Facebook peribadi.
  11. Fanpage di Facebook.
  12. Google Page.
  13. Twitter.
  14. Instagram.
  15. Yahoogroup.
  16. Ruangan komen blog lain.
  17. Facebook Group.
  18. Ebook yang anda hasilkan.
  19. Kad Bisnes.
  20. Sticker, Kain rentang dan promosi fizikal yang lain.
  21. Review dari rakan blogger.
  22. RSS.
  23. Enjin carian menerusi SEO.
  24. Iklan berbayar di Adwords.
  25. Iklan berbayar di Facebook.
  26. Komentar di akhbar online.
Perghhh .. tu dia, saya dapat senaraikan 26 cara dan kaedah yang boleh anda gunapakai untuk membolehkan blog anda terima trafik. Kalau saya dah terfikir tulis tu, ini bermakna saya dah buat semua-semua yang dikatakan di atas itulah.

Saya nak ulas satu-satu rasanya sebahagiannya saya dah pun cerita dalam blog ini. Anda hanya perlu isi kotak SEARCH je. Kalau rajin, anda buat untuk dapatkan ilmu dan pengetahuan yang dikongsikan. Kalau tak rajin .... beli sahaja ebook yang akan saya pasarkan berharga RM400 .. haaa sanggup bayar RM400?

Harga Si Malas Cari Ilmu

Mahal? Ilmu dan pengalaman memang mahal buat mereka yang malas mencari ... kalau anda rajin, segala ilmu tu boleh dapat percuma. Jangan salahkan guru kalau anda tak jadi pandai, tapi salahkan diri sendiri sebab tak berusaha nak jadi pandai ... ada faham?

Ada 26 cara blog anda menerima trafik, anda pilihlah mana yang dirasakan sesuai dan boleh anda buat. Saya pasti cukup 2-3 cara anda praktikkan, blog anda dah boleh terima trafik sehingga 1000 uv sebulan. Ia perlu dilakukan dengan konsisten sebab konsisten inilah yang sebenarnya akan terus-terusan berikan trafik ke blog walaupun tiada update terbaharu.

Selamat mencuba.

27 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. memang banyak kan HH.... ;) pilih je lah nak yang mana satu... atau kesemuanya... hehehehe

    ReplyDelete
  2. Farisya AnastasyiaJune 10, 2013 at 8:07 AM

    maklumat yg bguna abg HH :)
    tq

    ReplyDelete
  3. Hai blogger semua, nak coklat tak? jom join GA ni..

    http://www.nabilabiela.com/2013/06/giveaway-i-love-u-chocolate.html

    Good luck ya!

    ReplyDelete
  4. sukmawati binti haronJune 10, 2013 at 10:11 AM

    tak tercapai kesemuanya lagi.......slow & smart....

    ReplyDelete
  5. boleh digunapakai untuk blog sendiri ^_^

    ReplyDelete
  6. kalau bab malas tu berpihak pada dkna..hehehehe :)

    ReplyDelete
  7. kebanyakan blog yang sudah establish sering menjana trafik pasif dari Facebook Fanpage dan follower di Twitter

    ReplyDelete
  8. Ya, yang penting kena aktif di kedua-duanya. Kalau tak ... tak jalan gak.

    ReplyDelete
  9. Hmmm ... pilih semuanya tu .. uhh tak mampu tu ..byk masa pula nak dihabiskan.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih @Farisya Anastasyia .... harap dapat bantu trafik dinaikkan.

    ReplyDelete
  11. issshhh,, 1k pv sehari pun susah cemano,, uwaaaa

    ReplyDelete
  12. Kena sabaq untuk dapat traffik. :)

    http://pemudattbc.blogspot.com/2013/06/mereka-mahu-kita-lupa.html

    ReplyDelete
  13. RM400?? mahal tu..total buat duit dengan blog pun tak cecah RM100 lagik...huhuhuhu...


    Saya dah praktikkan beberapa cara dari 26 tu..memang ada kesannye..

    ReplyDelete
  14. Ada satu jer yg belum disebut lagi... Nak tahu? Hehehe... Exchange Link Bro...

    ReplyDelete
  15. terima kasih cikgu (^_^)
    byk lg yg sy blum praktikkan dn bru thu ..
    inshaa Allah sy akn lbih berusaha ..

    ReplyDelete
  16. sy x kreatif utk explore sumer ..
    tp sy msh intai2 tips2 berguna dr blogger2 y punya umpph! tersendiri .. kdg2 korg kan ad rhsia tersendiri .. hehhehe

    ReplyDelete
  17. Kalau dpt 100 trafik dlm sehari, ini bermakna kita dpt 30,000 trafik dlmsebulan. Adakah ini boleh dikatakan rendah, sederhana atau bagus.?

    ReplyDelete
  18. Adakah bloglist dikira trafik jugak?

    ReplyDelete
  19. Sebenarnya ada lagi .. YOUTUBE atau daripada video yang dimuat naik ke laman sosial tertentu.

    ReplyDelete
  20. Redmummy dalam satu pertanyaan kepadanya, bagi Nuffnang, trafik sebulan yang bagus adalah 100K sebulan. Itu kategori baik.

    ReplyDelete
  21. Hmm .. boleh buat .. in Sha Allah.

    ReplyDelete
  22. Tu macam bloglist gak la tu ... L:)

    ReplyDelete
  23. Hahahaha... @Alin Marlini nak beli ke? Saya sendiri tak syorkan anda beli .. hahahaha

    ReplyDelete
  24. Sama-sama @diarisakura ....saya pun blum katam semuanya .. dah cuba tapi tak mampu nak buat semua sekali.

    ReplyDelete
  25. Memang banyak, tak dapat nak buat semuanya.. haha..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement