As-Salam. Inilah kita, blogger Malaysia memang terkenal dengan keramahan (saya je kurang ramah). Apabila kita menerapkan nilai yang baik seperti saling bantu, saling edar informasi baik, saling tegur, saling komen, in Sha Allah, bukan blogger Malaysia je yang nampak, malah blogger dari luar juga.

Kerana itulah, saya walaupun tak seramah ramai blogger lain, banyak kali menasihati blogger lain terutama blogger baru yang cergas dan cardas untuk mantapkan blog. Mantapkan blog ini bukan sekadar hanya upate blog dengan informasi terkini, terbaik dan kerap tetapi juga memastikan blog kita tersebut boleh memberikan kebaikan kepada seantero dunia.

Blogger Indonesia Kagumi Blogger Malaysia

Blogger Indonesia Kagumi Blogger Malaysia

Tentu bangga apabila blog dikenali oleh blogger di nusantara ini. Bukan kerana kontroversi tetapi sifat-sifat bertanggungjawab dan baik yang perlu ada dalam seorang blogger.

Tips Jadi Blogger Dikagumi Blogger Nusantara

Perlu rajin komen, dan membalas komen. Dan paling penting, kalau kena kritik, jangan melenting. Mesti banyak bersabar, dan patuh pada agama. Jadilah blogger yang bertanggungjawab, bukan setakat kepada pengunjung dan pembaca setia blog anda, tetapi juga pada diri sendiri dan kepada Tuhan. Ingat misi hidup sebagai hamba Allah S.W.T ini .. jangan sesekali lupakan itu.

Apa guna blog ada trafik tinggi kalau isinya hanya isi yang diingat hari ini, esok akan lupa. Apa guna blog ada trafik tinggi andai blog hanya berisikan fitnat (fitnah dan dengki khianat) dan kata bohong, serta cerita sensasi yang mengaibkan orang lain?

Ya, trafik memang penting tetapi adakah berbaloi untuk jangkamasa panjang jika trafik itu adalah trafik kosong yang banyak hadir menerusi entri copy-paste?

Kita tak bawa blog masuk kubur tetapi ilmu, pengetahuan, cerita yang telah kita terbitkan dalam blog akan kekal berada di dunia maya. Selagi manusia dan internet itu ada, maka kedapatan orang untuk mendapatkan informasi menerusi laman maya akan terus ada, walaupun kita dah tiada. Bayangkan andai kerana satu kata kunci ... blog kita jadi nombor satu penyebaran info berkenaan. Kalau baik ... alhamdulillah. Kalau buruk? ... hmmm ....

Terima kasih kepada blogger Indonesia - Ivan kerana memberikan iktirafan pada blogger Malaysia.

Jenguk blog rakan blogger Indonesia ini yang memang hebat isinya - http://om-ivan.blogspot.com/

OhBlogger Blogspot Tutorial Blogger Indonesia kagumi Blogger Malaysia



12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ada juga kenal blogger dari indonesia, memang diorang pun peramah jugak..

    BalasPadam
  2. tips yang boleh dimanfaatkan bersama ^_^
    bestnya dapat dikenali di negara jiran.

    BalasPadam
  3. Hmm nak kenali di sana, rajin update cerita yang ada kaitan dengan mereka, dan singgahlah di blog mereka dan komen.

    BalasPadam
  4. Ya, ramai blogger sana pun ramah.

    BalasPadam
  5. Hahahaha bangga apa nya .. biasa je, semua orang leh jadi gitu. Ehh ada baca tak entri pasal blog ini dikenali kat Israel? Kena baca tu .. hehehe

    BalasPadam
  6. tahniah yer. semoga persahabat dan perkongsian ilmu sama-sama dapat manfaatnya

    BalasPadam
  7. kita serumpun.. saling eratkan ukuwah dan luaskan kenalan. best berkawan dengan org indonesia, macam macam trick and tips boleh belajar. hehe

    BalasPadam
  8. Wahaha, :) terimakasih tak lupa saya layangkan kepada anda, kita saling belajar dari setiap sisi kehidupan. :)

    BalasPadam
  9. tq for this reminder,,, :D

    BalasPadam
  10. wow..bangga HH jadi famous di indonesia...

    BalasPadam
  11. sayapun selalu tengok baca blog encik meski baru sekali ini komentar selebihnya silent reader je, salam dari blogger Nusantara

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement