Kerana itulah, saya walaupun tak seramah ramai blogger lain, banyak kali menasihati blogger lain terutama blogger baru yang cergas dan cardas untuk mantapkan blog. Mantapkan blog ini bukan sekadar hanya upate blog dengan informasi terkini, terbaik dan kerap tetapi juga memastikan blog kita tersebut boleh memberikan kebaikan kepada seantero dunia.
Blogger Indonesia Kagumi Blogger Malaysia
Tentu bangga apabila blog dikenali oleh blogger di nusantara ini. Bukan kerana kontroversi tetapi sifat-sifat bertanggungjawab dan baik yang perlu ada dalam seorang blogger.
Tips Jadi Blogger Dikagumi Blogger Nusantara
Perlu rajin komen, dan membalas komen. Dan paling penting, kalau kena kritik, jangan melenting. Mesti banyak bersabar, dan patuh pada agama. Jadilah blogger yang bertanggungjawab, bukan setakat kepada pengunjung dan pembaca setia blog anda, tetapi juga pada diri sendiri dan kepada Tuhan. Ingat misi hidup sebagai hamba Allah S.W.T ini .. jangan sesekali lupakan itu.Apa guna blog ada trafik tinggi kalau isinya hanya isi yang diingat hari ini, esok akan lupa. Apa guna blog ada trafik tinggi andai blog hanya berisikan fitnat (fitnah dan dengki khianat) dan kata bohong, serta cerita sensasi yang mengaibkan orang lain?
Ya, trafik memang penting tetapi adakah berbaloi untuk jangkamasa panjang jika trafik itu adalah trafik kosong yang banyak hadir menerusi entri copy-paste?
Kita tak bawa blog masuk kubur tetapi ilmu, pengetahuan, cerita yang telah kita terbitkan dalam blog akan kekal berada di dunia maya. Selagi manusia dan internet itu ada, maka kedapatan orang untuk mendapatkan informasi menerusi laman maya akan terus ada, walaupun kita dah tiada. Bayangkan andai kerana satu kata kunci ... blog kita jadi nombor satu penyebaran info berkenaan. Kalau baik ... alhamdulillah. Kalau buruk? ... hmmm ....
Terima kasih kepada blogger Indonesia - Ivan kerana memberikan iktirafan pada blogger Malaysia.
Jenguk blog rakan blogger Indonesia ini yang memang hebat isinya - http://om-ivan.blogspot.com/
ada juga kenal blogger dari indonesia, memang diorang pun peramah jugak..
ReplyDeletetips yang boleh dimanfaatkan bersama ^_^
ReplyDeletebestnya dapat dikenali di negara jiran.
Hmm nak kenali di sana, rajin update cerita yang ada kaitan dengan mereka, dan singgahlah di blog mereka dan komen.
ReplyDeleteYa, ramai blogger sana pun ramah.
ReplyDeleteHahahaha bangga apa nya .. biasa je, semua orang leh jadi gitu. Ehh ada baca tak entri pasal blog ini dikenali kat Israel? Kena baca tu .. hehehe
ReplyDeletetahniah yer. semoga persahabat dan perkongsian ilmu sama-sama dapat manfaatnya
ReplyDeletekita serumpun.. saling eratkan ukuwah dan luaskan kenalan. best berkawan dengan org indonesia, macam macam trick and tips boleh belajar. hehe
ReplyDeleteIn Sha Allah.
ReplyDeleteWahaha, :) terimakasih tak lupa saya layangkan kepada anda, kita saling belajar dari setiap sisi kehidupan. :)
ReplyDeletetq for this reminder,,, :D
ReplyDeletewow..bangga HH jadi famous di indonesia...
ReplyDeletesayapun selalu tengok baca blog encik meski baru sekali ini komentar selebihnya silent reader je, salam dari blogger Nusantara
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.