As-Salam. Entri suka-suka untuk melihatkan kepada anda semua apakah yang blogger baru suka letak dalam blog. Mungkin ada yang tak berapa betul, tapi itulah ... hanya entri suka-suka berpandukan apa yang telah saya perhatikan.

Jika anda seorang blogger baru, mungkin boleh sahkan apa yang dinyatakan ni. Kalau tak betul, sila marah saya dengan marahnya ...hehehehe.. kalau betul, dipersilakan untuk LIKE dan Share entri ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
top 5 widget blogger baru suka letak

Top 5 Widget Blogger Baru Suka Letak

  1. Widget Follower (Google Friends Connect) - Antara widget pertama yang akan diletakkan oleh para blogger yang baru buat blog. Saya optimis, kebanyakkan dari mereka letak benda ni sebab 'jeles' dengan blogger-blogger lain yang ada ramai follower, lalu mereka juga teringin nak tonjolkan pengikut mereka menerusi widget ini.
  2. Chat Box - Selalunya blogger baru sukakan interaksi, untuk menunjukkan bahawa blog mereka ada tetamu. Lebih ramai yang tinggalkan 'nota' atau mesej di chat box, blogger baru akan terasa teruja, kerana ada pengunjung yang singgah di blog.
  3. Nuffnang - Benda ni memang banyak pengaruh dalam dunia blog Malaysia ni. Sesiapa sahaja (hampir) akan letak Nuffnang dalam blog. Macam satu benda wajib lak.
  4. Linkwithin - Satu widget yang juga popular di kalangan blogger, baik baru mahupun lama. Widget yang membolehkan entri-entri lama dipaparkan secara visual dan memudahkan flow dalam blog.
  5. Pageviews - Tentu teruja kalau benda ni akan berdetik setiap waktu. Salah satu widget yang sangat disukai walaupun blog diwujudkan hanya dalam beberapa minit.

Widget Ada Fungsi Ada Relevan

Ok, begitulah top 5 widget yang menjadi antara pilihan utama (paling dulu diletakkan dalam blog) oleh blogger-blogger baru di Malaysia. Ada yang punyai fungsi yang bagus untuk sesebuah blog; ada yang sebaliknya. Erkkk .. dan mungkin ada lagi widget lain yang lebih popular tidak saya sebutkan ... maafkan saya ye adik2 blogger sayammmm.... :)

Bukan Semua Widget Sesuai Buat Blog Baru

Pendapat saya; bukan semua widget ini harus dan perlu diletakkan sebaik sahaja blog anda diwujudkan. Anda perlu fikir rasional untuk letak; dan kepentingannya untuk blog anda. Saya dah buat banyak entri-entri mengenai widget-widget di atas, mengenai kebaikan dan keburukannya. Apakah kesan langsung dan tidak langsung, bahaya yang ada bila letak widget berkenaan dan juga beberapa entri lain yang menjelaskan kewajaran untuk letak widget tersebut.

In Sha Allah, lain waktu saya akan ceritakan lagi dan tambahkan informasi lagi buat anda terutama blogger baru mengenai widget-widget ini.


12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ada widget yang hanya memberatkan blog je sebenarnya..

    ReplyDelete
  2. Berminat dgn yg dikatakan Boni... Boleh HH dapatkan apakah widget yang memberatkan blog dan bagaimana kita tahu yg ianya berat?
    Bagi saya apa2 witget pun terpulanglah kpd empunya utk meletakkannya. Bila sudah lama berbelog...sendiri akan faham keperluan widget tersebut dan akhirnya hanya meletakkan yg perlu.

    ReplyDelete
  3. Tidak dinafikan HH, biasalah orang baru belajar, excited nak cuba. Bila rasa tak sesuai remove saja.

    ReplyDelete
  4. sebenarnya, boleh je letak sebab baru buat blog...masih mencari rentak mencari mood...benda2 ni utk diri sendiri.


    masalahnya bila blog ditargetkan kepada pengunjung... masa tu kita kena fikirkan keselesaan pengunjung bukan lagi kepuasan diri sendiri.


    level kita berblog pun akan berubah dari masa ke semasa , menjadi lebih matang mengikut edaran masa.

    ReplyDelete
  5. kdg tu, terlalu banyak widget. blog jadi berat. aku paling xsuka baca blog banyak widget. blurp

    ReplyDelete
  6. saya pageview segan nak bubuh kot beratus pengunjung sehari berani.la juga bubuh

    ReplyDelete
  7. follower widget wajib letak..hehe..mudah

    ReplyDelete
  8. betul tu..

    ReplyDelete
  9. Rasanya saya pernah terbitkan entri mengenainya. Cuba cari ye. Mekasih @Bin Muhammad

    ReplyDelete
  10. Hmm benar, segalanya yang masih tak tahu, pasti mahu tahu .. ye tak? tak cuba takkan tahu

    ReplyDelete
  11. Hmm betul, terserah pada mereka yang buat blog.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Panduan Bisnes di Shopee

Advertisement


Rahsia Bisnes Tudung

CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement



Panduan Ternak Kambing