As-Salam. Masih ingat dengan konsep MESTI iaitu Mentor, Elmu, Sistem, Tindakan dan Impian jelas? Kalau belum, boleh baca di sini - M.E.S.T.I. Saya dah ulas dan berikan kepada anda apa yang dimaksudkan dengan Mentor dan Elmu (Emosi dan Ilmu) sebagai panduan untuk menjadi blogger berjaya, dan kali ini saya mahu ulas dan singkap apa pula Sistem - perkara yang penting bagi seorang blogger baru dikenali dalam dunia blog Malaysia.

Kenapa perlu Mentor? Baca di sini (klik)
Apa itu Elmu? Baca di sini (klik)
Konsep MESTI - Panduan blogger Malaysia untuk berjaya

Tiru Sistem, Kaedah, Petua Blogger Berjaya

Sistem adalah merupakan sesuatu panduan yang diberikan atau langkah mahupun kaedah yang diberikan oleh blogger-blogger berjaya yang perlu anda ikut. Sistem ini merupakan sistem terbukti yang telah mereka praktikkan. Kalau mereka boleh berjaya dengan sistem yang mereka gunakan, mengapa tidak anda? Jadi, anda sebagai seorang blogger baru yang sedang mencari tapak, maka perlulah ikuti sistem yang diberikan.

Sistem boleh merupakan tips, petua, tatacara, tutorial dan sebagainya. Asalkan ia terbukti berjaya dan dibuktikan berjaya oleh pemberi informasi tersebut, maka jangan segan silu untuk ikut. Inilah antara rahsia blog saya ini boleh berjaya sehingga ke tahap ini (berjayalah sangat ehhh?). Tiru sahaja sistem yang telah digunakan oleh mereka yang berjaya. Mudah je kan?

Mengapa Tidak Copy-Paste Sistem dan Bukan Entri?

Kalau anda boleh buat entri copy-paste, mengapa tidak anda copy-paste sistem yang digunakan - itu lebih baik dari tiru kandungan entri blog ye tak? Dengan konsep copy-paste sistem ini, anda akan menulis entri dengan lebih baik dan menghasilkan blog yang pasti akan menerima habuan yang diidamkan.

Jika mahu blog mesra pembaca, mesra pengunjung, maka carilah sistem yakni tips, panduan, rahsia yang didedahkan oleh blogger terbaik yang telah berjaya pikat pembaca dan pengunjung.

Andai mahu blog mesra SEO (Search Engine Optimization), maka ikutilah tatacara dan langkah yang diberikan oleh blogger yang telah berjaya dalam teknik SEO ini.

Kalau mahu blog menjana income berlipat kali ganda, maka ikutilah nasihat serta pendedahan teknik yang dikongsikan oleh blogger yang berjaya dalam penjanaan pendapatan sampingan menerusi blog.

Ikuti sistem mereka, in Sha Allah akan berjaya.

Contoh Hebat Kejayaan Tiru Sistem

Lihat sahaja bagaimana sistem-sistem kejayaan ditiru seluruh dunia oleh mereka yang telah berjaya dalam bidang mereka. Contoh paling mudah ialah kehebatan dakwah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W .... sahabat-sahabat hanya meniru (mengikut sunnah Rasul) dalam menyampaikan dakwah Islamiah, bukan setakat tutur kata, tetapi sistem yang digunakan menyeluruh - tingkahlaku, adab, cara pemakaian dan macam-macam lagi ....

Hasilnya, Islam itu berkembang mekar - hanya menerusi satu sistem yang telah terbukti. Dan bagaimana segala sistem ini telah dikongsikan menerusi dua benda, iaitu Al Quran dan Sunnah; anugerah Allah S.W.T dan 'pemberian' Nabi Muhammad S.A.W.

Tiru sistem, kaedah, petua blogger berjaya jika mahu berjaya seperti mereka. Ikuti betul-betul, bukan main serkap sini, serkap sana kerana sistem yang lompong takkan bawa anda ke mana-mana.




8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. jemput masuk = http://www.cintacinta4u.com/index.php/en/

    BalasPadam
  2. Nurmujahidah Ismail31 Mei 2013 pada 11:09 PG

    kalau tiru entry memang cari penyakit kot,, kecuali kalau entry fakta,, tu pun kena ada back link la kan,, nanti orang benci,, ni pendapat muja la,, hehe

    BalasPadam
  3. assalamualaikum hh...perkongsian tips yg baik...:)

    BalasPadam
  4. cukup tertarik juga dengan kupasan isu ini..

    BalasPadam
  5. Macam Dr Azizan kata, kalau nak berjaya kita ikut je apa langkah org berjaya tu buat. kalau pagi2 dia makan telur separuh masak why not kita ikut. sebab sistem yang dia buat tu dah terbukti berjaya pada dia. Dan kenapa kita nak nafikan sedangkan kita pun nampak kejayaan yg diperolehi dengan usaha dah langkah yg beliau lakukan tu. Okey, Mentor-Elmu-Sistem -Tindakan & Impian yang jelas. Semua tu adalah satu pelaburan. Terimakasih cikgu

    BalasPadam
  6. Betul. Semua orang perlu tahu untuk meniru yang betul, bukan meniru benda tak betul. Tak salah tiru, tapi kalau tiru untuk buat benda tak elok .... tak usahlah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement