As-Salam. Kerap tulis entri sebenarnya akan menjadikan anda lebih matang dalam menulis sesuatu. Apabila anda kerap update blog, anda sebenarnya mempercepatkan proses mencari identiti buat anda sebagai seorang blogger. Kerap di sini bukanlah bermaksud setiap jam perlu ada entri baru dalam blog, tetapi setidak-tidaknya, apabila seorang pembaca setia singgah dalam satu jangkamasa tertentu, ada entri baru yang boleh dia belek, baca, hadam, komen dan LIKE..... :)

Kekerapan ini bergantung dengan cerita dan kisah yang anda ada dan mahu dikongsikan. Sesetengah dari blogger terutama dari blog-blog kisah peribadi, agak sukar nak mengolah pengalaman semasa untuk dijadikan satu entri menarik di blog. Walaupun, sudah ada deretan perkara menarik yang mahu dikongsi tetapi tersekat kerana tidak tahu mahu bermula di mana.

Ada juga blogger yang tiada cerita menarik, tetapi lebih suka merapu dari memberikan sesuatu yang bermanfaat. Kerap menerbitkan entri, tetapi kalau entri itu kosong ... agak mengecewakan juga, kerana setiap entri itu ada nilainya tersendiri. Jangan persiakan masa anda untuk menulis sesuatu yang tidak memberikan apa-apa kebaikan, buat diri mahupun pembaca blog.

Jelas tak apa yang saya nak sampaikan - antara kerap menulis dengan kurang kerap. Nak kerap terbitkan entri baru, biarlah berbaloi. Tak ada idea, jadi carilah idea. Bagaimana nak cari idea dalam menulis entri ... hmm saya telahpun curahkan 1001 cara dan teknik untuk mendapatkan idea menulis entri ini - tak kiralah anda surirumah, pekerja kerajaan, guru, pelajar mahupun seorang penganggur, anda boleh geledah sendiri blog saya ni, in Sha Allah ... akan ada yang boleh anda gunapakai.

Seperti awal saya beritahu tadi, makin kerap maka makin senang anda tahu cara terbaik menulis entri dalam blog anda. Dan ia juga dapat membolehkan anda cipta sendiri niche atau tema blog anda. Namun, seperti kemudiannya saya berkata, biarlah entri itu yang ada makna, ada kualiti, barulah kekerapan menulis itu berbaloi.

Fikir ehh. Agak-agak tak pasti, drafkan dulu entri tersebut.


17 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul2.. makin byk menulis, makin luas idea. makin kena kena komen, makin suka kita mencari knowledge.

    BalasPadam
  2. setuju !! semakin banyak kita menaip or menulis ,kita dapat kembangkan ilmu pengetahuan dan saling berinteraksi serta saling berkongsi pendapat

    BalasPadam
  3. Betul3...sekarang ni, saya rasa macam dah ada improvement sikit cara penulisan entri saya dari dahulu sebelum mengenali blogger sifu HH. Beberapa perkara juga telah cuba saya praktikkan. Terima kasih semua ilmu yang dicurahkan.

    BalasPadam
  4. cabaran untuk blogger bagi menghasilkan entri yang berkualiti

    BalasPadam
  5. info yang bagus :)

    BalasPadam
  6. ok , HH terbaiklah..terima kasih dengan peringatan ini.

    BalasPadam
  7. Terbaik ke? Biasa je .. kongsi benda yang tahu ... tak tahu diam je .. hehehehe... terima kasih @PakcikLie PCL

    BalasPadam
  8. Betul, malah buat blogger yang dah lama ada blog jugak. Blogger lama pun tak terkecuali ni .... :)

    BalasPadam
  9. Terima kasih kerana sudi ikuti segala petua, nasihat, tips yang dikongsikan dalam blog ini.

    BalasPadam
  10. Betul tu @Carlos Santiago .... :) errr sedap nama .... nama dalam ic ke?

    BalasPadam
  11. Masih mencari identiti...:(

    BalasPadam
  12. assalamualaikum hh...yer betul tu setuju2...;)

    BalasPadam
  13. Cari identiti bukan makan masa sehari, kena berhari berminggu dan mungkin makan tahun, apapun segela usaha murni pasti ada balasan yang baik. In sha Allah.

    BalasPadam
  14. mencari sumber yg kekal paling susah. amat benar bab personal lg payah nk olah...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement