As-Salam. Bagaimana seorang blogger baru mahu berjaya dalam dunia blog Malaysia? Sebenarnya perkara ini dah jelas, dan ramai blogger ternama, berjaya dan hebat melakukannya. Ya, mungkin ada sesetengah blogger popular tak gunakan pendekatan ini tetapi secara umumnya, di saat dan ketika apabila banyak blog baru tumbuh macam cendawan, adalah lebih baik cuba ikuti panduan ini - Panduan Blogger Baru untuk Berjaya dalam Dunia Blog Malaysia.

Setiap Hobi Mesti Ada Matlamat

Setiap blogger mahu capai kejayaan, tak kiralah apa matlamat yang cuba dicapai - mahu jadi blogger popular, mahu jadi blogger ramai pengikut, mahu jadi blogger yang jana duit ribu-ribu atau apa sahaja, asalkan ia telah jelas ... walaupun ada kata blog ini hanyalah sebagai hobi. Hobi pun ada matlamat jelas ... tak percaya? Cuba tanya seorang lelaki yang hobinya kumpul setem, akan dia kata, tujuan dia kumpul setem adalah hobi dan mahu dapatkan banyak setem yang eksklusif dan ada ciri istimewa .... haaa .. nampak tak matlamatnya walaupun dia berkata kumpul setem hanya hobi. Maka, anda tak perlu sangkal, walaupun berblog hanya suka-suka, hanya untuk hobi tentu ada matlamat tertentu yang anda ingin capai bukan?
MESTI - Panduan Blogger Baru Buru Kejayaan Dalam Dunia Blog Malaysia

Nak berjaya dalam dunia blog Malaysia, maka anda perlu berpandu kepada perkara-perkara yang akan saya kongsikan ini. 

Panduan Blogger Baru Untuk Berjaya Dalam Dunia Blog Malaysia

  • Mempunyai mentor (M).
  • Menguasai emosi dan ilmu (E).
  • Meniru sistem yang sudah berkesan berkali-kali (S).
  • Bertindak secara gila-gila (T).
  • Mempunyai impian yang jelas dan padat (I).

Jadikan MESTI Panduan Untuk Berjaya

MESTI - panduan dan teknik untuk sesiapa sahaja mahu berjaya, apatah lagi anda seorang blogger yang cuba menapak dalam dunia blog Malaysia ini. Anda boleh jika MESTI dilakukan dengan betul.

Sesiapa pun boleh berjaya. Ramai blogger yang hebat pun bermula macam anda. Mereka tak mudah mengalah dan putus asa, mereka ada passion yang mendalam sehingga apa yang mereka inginkan, mereka dapat tunaikan dengan usaha berterusan.

Apa Guna Kagumi Blogger Lain

Anda mungkin kagum, tetapi apa guna hanya mengagumi sedangkan sudah ada jalan dan panduan yang boleh anda gunakan untuk menjadi seorang blogger berjaya. Hari ini mungkin hari blogger A, esok lusa ... tak siapa yang tahu. Ingat, benda yang berada di atas akan kelak berada di bawah, persoalannya ialah .. adakah anda yang akan berada di atas kelak setelah lama berada di bawah?

Maka, lakukan MESTI supaya anda boleh juga kecapi kejayaan. Tak mudah, tetapi tidak juga mustahil .. kan?

14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ya..betul..tp macamana ya? hihihihi

    BalasPadam
  2. fairus mohamad noor15 Mei 2013 pada 2:47 PTG

    mesti berubah dr skrg..thanks bro atas perkongsian hebat ni..byk ilmu m3h dapat dr cini

    BalasPadam
  3. Sama-sama... jangan lupa praktikkan MESTI tu .. :)

    BalasPadam
  4. Ya, kena pantas ... moga jadi blogger berjaya dan kaya!

    BalasPadam
  5. Hmm gunakan MESTI tu tadi ... ke nak saya elaborate lagi mengenainya @eryati

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas tips HH; kejayaan bermula dari bawah, mempunyai kesungguhan & sentiasa berusaha.

    BalasPadam
  7. ya...bertindak mengikut peraturan bukan mengikut perasaan...

    BalasPadam
  8. assalamualaikum hh...betul-betul tu kena perlu ada mentor ni utk kita menimba ilmu yg ada pada mereka...;)

    BalasPadam
  9. Assalammualaikum HH.

    Urmm..point pertama, M, mempunyai mentor..macamna nak memilih mentor..pa kriteria yg bleh kita tgk, utk jadikan dia mentor kita.

    BalasPadam
  10. terima kasih atas tips..MESTI guna ni!

    BalasPadam
  11. Fast action, fast result. Okey, mulakan hari ni

    BalasPadam
  12. Terima kasih atas tips HH; kejayaan bermula dari bawah, mempunyai kesungguhan & sentiasa berusaha.

    BalasPadam
  13. Susah sebenarnya nak titipkan kriteria mentor ni. Sebab masing-masing ada pilihan di hati. Apapun, tentulah mereka itu lebih berjaya dari kita.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement