As-Salam. Kontest dan giveaway adalah salah satu cara untuk anda hargai pengunjung dan pembaca blog anda. Namun, sepertimana pernah HH tampilkan dalam Panduan Blogger Blogspot ini, anda perlulah menjadi penganjur yang prihatin. Kontest dan giveaway seboleh mungkin dibuat dengan cara paling mudah dan tidak menyusahkan.

Tips Tempoh Masa Kontest

Dan ada satu lagi tips yang ingin HH kongsikan, iaitu dari segi kekangan masa. Bukan semua orang ada masa yang 'cukup', maka hendaklah sebagai penganjur peruntukkan tempoh waktu yang sesuai bagi membolehkan lebih ramai pengunjung dan pembaca blog anda dapat menyertai. Ini adalah sesuatu perkara yang HH belajar apabila melihatkan kurangnya pengunjung blog yang mahu join segmen yang dianjurkan sebelum ini.

HH ambil inisiatif menilai dan melihat kontest yang dianjurkan oleh blogger terkenal lain seperti Denaihati, dan juga OhCikgu. Mereka berikan masa yang cukup panjang bagi membolehkan ramai blogger menyertai sebarang kontest yang mereka anjurkan. Hasilnya beratus orang yang join ... 

Kontest dan giveaway bukan sahaja cara untuk anda hargai pembaca, pengunjung blog, malah ia juga sebagai satu alat mempromosikan blog anda secara berkesan. Penggunaan banner atau badge sangat digalakkan. Dan perlulah disediakan sehingga membuatkan peserta merasa bangga meleleh untuk letakkan dalam blog mereka.

Tips Hadiah Wang Tunai Lumayan

Nak bagi leleh lagi untuk ramai menyertai apa yang dianjurkan, buatlah hadiah yang semua orang suka dan mahu - iaitu wang tunai. Wang tunai sejak berzaman lagi dah terbukti sebagai satu pemangkin paling kuat dalam apa jua strategi pemasaran, pengiklanan, promosi dan juga untuk mempopularkan sesuatu. Siapa yang akan lupa dengan Who Wants To Be A Millionaire yang tawarkan hadiah sejuta ringgit? Betul tak?

Ok, itulah tips dan panduan untuk kali ini. Semoga anda mendapat manfaat berterusan dengan membaca blog ini.



16 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Sy buat GA skang nie. Sy cuba buat terbaik utk GA yg tak seberapa tu.

    Eh. Cmane bleh enable disqus comment dlm mobile?

    BalasPadam
  2. btol..wang tunai atau topup paling senang...xperlu pos pon..bank in je...

    BalasPadam
  3. Jika komen sebelum ini (blogger) boleh papar dengan ok, sepatutnya tiada masalah utk komen Disqus keluar dalam versi mobile.

    BalasPadam
  4. Tips paling mudah adalah:


    - make simple rules and not complicated rules.
    - do not force people to like this..like that laa and what so ever like la.
    - do not force people to follow our social site account.
    - give expensive gift la not give the cheapest give.


    The most important is.....kalau nak orang bagi lebih kitapun kena bagi lebih lah. ni kalau dah kitapun kedekut..orang pun kedekutlah dengan kita. sebab tu "What you give, you'll get back.".


    ada juga yang buat giveaway tapi malas promote. sudahnya tak dak lah yang join. lepas tu kalau nak buat banner pun saiz tu biarlah berpada2. minimum 125x125 or 476x60 ke kan...ni kalau besar gedabak lepas tu hadiah tak seberapa, memang tak done lah orang nak lotak ekau punya contest banner kan.

    BalasPadam
  5. Teringin juga nak buat. tapi modal tak dak lagi. In syaa Allah dah ada modal nanti ingat nak buat contest or giveaway.

    BalasPadam
  6. Modal air liur ... huhuhuhu... kena approach mereka yang berkemungkinan boleh jadi penaja. :)

    BalasPadam
  7. fairus mohamad noor16 April 2013 pada 9:32 PG

    memang seronok kalau dapat buat giveaway/contest ni..tapi kene ade modal lah kan..lagi2 kalau blogger surirumah macam saya ni..bln lepas ada buat giveaway jugak..naseb hubby memahami..dia yang bg modal..heee

    BalasPadam
  8. tapi masih keluar blogger comment dlm mobile. nk wat cmane ya?

    BalasPadam
  9. Terbaekkk ... harap blogger lain ambil perhatian mengenai tips yang diberikan ini.

    BalasPadam
  10. Hmm dapatkan penajaan, kita approach orang ... mesti ada yang sudi ...

    BalasPadam
  11. Cuba reinstall balik comment Disqus ... dan masukkan semula.

    BalasPadam
  12. by the way sila betulkan link promotion banner kontest. link seharusnya link artikel kontest dan bukannya link home page blog. sebab ianya akan menyusahkan visitor untuk mencari artikel tersebut di blog bro dari blog peserta.

    BalasPadam
  13. Hehehe..setuju. Tak payah nak ulas panjang dah ni - semuanya dah diulas oleh Guest di atas.

    BalasPadam
  14. Perbincangan yang hebat tentang Giveaway ni...saya suka.
    Lebih baik limit kan 'penganjur bersama' ni . Soalnya kalau dah terlalu ramai penganjur dan semuanya wajib di LIKE dan kita sebenarnya tak minat nak like pun..hermm terseksa rasanya. 5 - 10 penganjur bersama yang participate dah kira maksimum tapi kalau dah hingga berduyun... tu rasanya MENDERA DAN BUKAN LAGI GIVEAWAY.

    BalasPadam
  15. Sebenarnya yang minta "like" tu semua sebab tu salah satu tool yg buatkan kita senang nak contact orang yang menang giveaway. Dari situ jugak kita boleh tau pemenang tu mmg serius atau nak main-main jek. Ni pendapat saya jek dari pengalaman saya juga. :)

    BalasPadam
  16. sukmawati binti haron8 Jun 2013 pada 3:50 PTG

    yang penting kalau nak share @ like ramai orang tu yang letih sikit kerjanya....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement