As-Salam. Untuk blog jadi popular, ia terlebih dahulu perlu dikenali. Dan untuk blog dikenali ia perlukan promosi. Dah banyak kaedah, cara, tips serta petua dikongsikan ramai blogger untuk membolehkan blogger-blogger lain terutama blogger baru memperkenalkan blog mereka dalam dunia blog Malaysia.

Antara kaedah paling popular ialah dengan sertai kumpulan-kumpulan blogger dan menjadi aktif di satu-satu group blogger tersebut. Kumpulan-kumpulan blogger ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu menerusi Facebook atau di blog-blog tertentu. 

Aktifkan Diri Sebagai Seorang Blogger Di Kumpulan Blogger

Apa maksud menjadi aktif ini? Aktif bermaksud anda berinteraksi sesama rakan blogger di dalam kumpulan tersebut, samada membantu menjawab pertanyaan, atau sekadar bertegur sapa. Lebih afdal jika anda dapat bantu selesaikan masalah tertentu, kerana cara tersebut lebih dihargai.

Aktif Dalam Facebook

Jika anda mahu aktif dalam Facebook, pastikan identiti anda sebagai blogger menyerlah. Buat header akaun Facebook yang ada gambar paling kacak anda, berserta link ke blog. Paling bagus jika letak sedikit informasi mengenai blog anda pada header Facebook anda.

Anda juga boleh memberikan komen menggunakan akaun Facebook Page anda. Setiap komen yang diLIKE akan memberikan impak positif pada Facebook Page blog anda.

Jika anda aktif dalam ruangan komen sesebuah blog, pastikan id serta identiti anda mudah dikenali, dan nampak seragam di mana-mana. Jangan pula, kat bahagian komen muka lain, bila kat blog anda, diletakkan gambar lain. 

Komen Bernas Serta Tegur Sapa

Apabila anda dikenali berdasarkan komen-komen anda yang bernas lagi jitu, serta sering bantu menjawab persoalan yang dilemparkan, tentu akan ada orang lain yang ingin mengenali siapa anda. Keramahan anda menegur sapa di ruangan komen, di ruangan Facebook group-group blogger akan membantu diri anda dikenali sekaligus membawa kepada promosi secara tidak langsung blog anda.

Dah asyik muka anda yang ramah lagi tamah tu je yang layan sana-sini, in Sha Allah, tidak mustahil anda akan mudah dikenali, lalu ... memungkinkan juga untuk blog anda diketahui kewujudan, dikenali dan seterusnya popular.

Dan paling menarik ialah, bukan anda yang mempopularkannya, tetapi orang lain yang suka dengan keramahan, kebijaksanaan anda, serta mungkin wajah anda yang kacak serta jelita .. hehehee...


11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hihihiii.. yang tak manahan tang wajah kacak jelita...pakej! :)

    BalasPadam
  2. nice tips HH.thanks...banyak belajar dari HH..

    BalasPadam
  3. dulu penah masuk grup blogger, skang terpaksa tinggalkan sbb tak ngam ngan ahli dalam tu.


    insya-Allah, sy cuba popularkan diri dengan promote ke sapa2 je huhu

    BalasPadam
  4. assalamualaikum hh...info yang berguna buat semua...:)

    BalasPadam
  5. segan la nak rajin n aktif dlm facebook....terlalu baru dlm dunia blog..

    BalasPadam
  6. saya sangat setuju dengan entri ini.

    walaupun dah lama menulis di ciklaili.com tapi disebabkan kurang publisiti, apatah lagi rajin blogwalking memang tidak ramai yang kenal siapa saya. ramai yang singgah ke blog melalui enjin carian saja.

    terima kasih HH sebab jadi tempat rujukan saya selama ini :)

    BalasPadam
  7. yup..setuju dengan tip2 di atas..sangat2 berguna untuk blogger baru macam saya ni..

    BalasPadam
  8. Hehehe...entri kelakar dan menusuk kalbu ni.

    BalasPadam
  9. Terima kasih untuk tips ni..sangat sesuai untuk blogger baru macam saya.....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement