As-Salam. Awal hari ini, HH diberitahu menerusi email bahawa ada satu cirian terbaru telah diperkenalkan oleh pihak Google Blogger (Blogspot). Memang satu inovasi yang menarik kerana melalui sistem komen terbaharu ini, pengguna blogspot boleh integrasi komen yang ditinggalkan dalam blog dengan profile Google+.

Cirian terbaru sistem komen blogspot ini menggunakan sistem komen Google+ yang memudahkan pengikut (follower) Google+ Profile untuk ulas dan beri komen pada setiap aktiviti, termasuklah di dalam blog anda.

Kebaikan dan Kekurangan Komen Google+ Dalam Blogspot

Sistem Google+ Comments merupakan alternatif kepada sistem mengulas sedia ada pada Blogger. Anda boleh menaik-taraf sistem komen blog anda jika dan hanya jika profile Blogger anda telah dinaik taraf ke profile Google+. 

Dengan fungsian G+ pada setiap post atau entri dalam blog, anda bukan sahaja berkongsi entri blog malah anda berkongsi perbualan, komentar atau sebarang perbincangan mengenai tajuk entri tersebut. Kini, semuanya boleh anda lihat hanya menerusi blog anda, tanpa perlu anda singgah dan lihat pada profile Google+ anda.

3 Kebaikan Guna Komen Google+

  1. Segala perbualan, komen dan perbincangan dikongsi dalam ruangan komen entri blog anda
  2. Komen yang anda tinggalkan dalam sesebuah entri blog.
  3. Kandungan yang dikongsi dalam Google+ yang menghubungkan dengan entri di blog anda.

Kekurangan

  • Anda perlu ada 2 perkara berikut untuk aktifkan komen Google+ dan menggunakan segala kebaikannya - iaitu samada Google+ Profile atau Google+ Page.
  • Anda perlu padam satu persatu komen berbentuk spam samada menerui kotak komen entri blog atau di Google+ anda. Tiada cara (setakat ini) untuk padam komen yang dianggap spam secara pukal. Jenuh weihhh!!.
  • Jika template banyak dah ubah setting dan HTML, sukar nak aplikasikan sistem ini dalam blog.

Nanti entri berikutnya untuk ketahui cara pasang sistem komen Google+ ini. Ada beberapa trik tertentu untuk blogger guna template luar.


14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sabar menanti tips seterusnya psl feature bru blogspot ni broo...
    mcm menarik tp ade beberapa prkara yg xjelas

    BalasPadam
  2. yang ini saya belum periksa lagi untuk blogspot saya

    BalasPadam
  3. saya dah pasang komen google +....

    BalasPadam
  4. Dah try... Masalahnya ruang komen jadi berserabut... Kalau byk kita share entri, xkira dimana...semua akan di listdown. Kalau anda ada banyak komen dari G+ ianya memang membantu...Kalau tidak, mcm menyemak aje. Tapi boleh di delete, lecehlah....

    BalasPadam
  5. Tapi kat template TFB komen sedia ada jadi halimunan bro. Sape2 yang guna template dari galeri blogspot jer dapat guna fungsi ni. dah buat uji kaji dah. tension jer dibuatnya.

    BalasPadam
  6. Ehh tak lah .. saya leh je guna kat satu blog ibiasiswa .... leh je

    BalasPadam
  7. Hmm nanti kita tengok kesan jangka panjangnya .. saya dah pasang kat salah satu blog baru saya

    BalasPadam
  8. menarik ni..tggu next entri la

    BalasPadam
  9. saya pun ada bercadang nak psg komen google+ ni, tapi masih menunggu dan mencari info2 yang berkaitan supaya boleh pertimbangkan..

    BalasPadam
  10. Sorry, jumpe dah entry ni ttg komen google plus..hehehe. Thanks nak try and error dulu..^__^

    BalasPadam
  11. tak selesa nak guna komen google +. lebih senang pakai kaedah lama

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. Hmm ... masing2 ada pilihan sendiri untuk beri impak berkesan pada blog .. :)

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement