As-Salam. Sebenarnya jika kita sudah ada blog yang baik, ada pengunjung, ada pembaca ... blog sudah boleh menjana pendapatan. Mungkin awalnya tidaklah begitu lumayan, namun dengan teknik yang betul dan kaedah yang berkesan, sebuah blog boleh menjadi satu mesin duit yang memberikan anda income sewaktu anda sedang tidur!

Ada blogger yang mungkin tidak tahu, bahawa sebuah blog boleh gunakan pelbagai kaedah untuk menjana pendapatan. Ia bukan setakat meletakkan iklan Innity, atau Nuffnang atau Advertlets ... mahupun Adsense. Ia sebenarnya boleh jadi satu 'kawasan' untuk anda promosikan apa sahaja yang boleh menjana pendapatan.

Berikut HH kongsikan kepada anda beberapa cara untuk sebuah blog menjana pendapatan untuk empunya blog. Tidaklah sampai beribu (yang tidak mustahil), namun siapa nak bagi RM1 atau RM2 hanya semata anda melakukan benda yang anda suka - iaitu menulis blog.

8 Cara Sebuah Blog Jana Pendapatan

  1. Meletakkan iklan daripada syarikat pengiklanan. Perkara yang hampir semua blogger tahu lakukan, hanya daftarkan diri antara 3 syarikat pengiklanan terkenal - Innity, Nuffnang, Advertlets di Malaysia ini, dan walla .. blog anda sudah tersedia memberikan anda income.
  2. Meletakkan iklan atau kod Google Adsense dalam blog. Google Adsense membayar kepada anda dalam bentuk USD untuk blog anda memaparkan iklan Adsense. Jika blog anda berada di tahap trafik tertinggi, seharusnya kod iklan Adsense menjadi satu pilihan utama untuk pengiklanan dalam blog.
  3. Sewa tapak iklan dalam blog anda. Cara ini semakin ramai yang guna, namun perlulah anda adil dan saksama apabila menawarkan khidmat letak iklan dalam blog ini kepada mereka yang nak beriklan. Blog anda perlu dan mesti punyai trafik yang lebat hebat sepanjang hari, sepanjang minggu dan bulan. Barulah berbaloi untuk pengiklan menawarkan iklan untuk diletakkan dalam blog anda.
  4. Promosi produk anda. Tak semestinya anda buat blog niaga untuk mempromosikan produk bisnes anda. Anda boleh berkongsi cerita atau artikel mengenai perkara yang boleh menyelesaikan masalah, yang sebenarnya merujuk kepada produk anda.
  5. Letak iklan daripada syarikat pengiklanan dalam media sosial lain seperti Twitter atau Facebook. Anda boleh gunakan platform pengilanan seperti GoushCloud, SAYS, ataupun Churp Churp untuk mendapatkan pautan ke satu-satu iklan. Atau anda boleh sahaja pasang widget Twitter dan Facebook yang menunjukkan perkongsian iklan tersebut di saluran berkenaan. Ada beberapa widget Twitter dan Facebook yang boleh diitegrasikan dalam blog anda.
  6. Letak iklan affiliate produk yang berkaitan dengan blog anda. Contohnya, jika blog anda bercerita pasal anak-anak, suami isteri, boleh cari produk affiliate yang promosikan produk-produk berkaitan pembesaran anak-anak, petua tips rumahtangga dan sebagainya.
  7. Letak iklan dropship. Satu lagi cabang membuat duit online yang boleh anda gunakan dalam blog anda. Ia bukan produk anda, tetapi anda mengiklan dan bercerita mengenai produk tersebut yang sebenarnya boleh anda jual menggunakan kaedah dropship ini.
  8. Cerita, kongsi mengenai kepakaran anda dalam sesuatu bidang yang boleh menarik minat orang untuk dapatkannya dari anda. Dan kepakaran anda itu perlu mereka bayar untuk mendapatkannya. Mudah. Ini adalah kerana anda dibayar atas sebab anda tahu dan mereka tidak tahu. Cara paling mudah ialah anda bercerita tentang bagaimana anda buat header blog anda yang cantik lagi menawan, di masa yang sama, anda tawarkan khidmat secara tak langsung apa yang anda boleh lakukan itu.

Itulah dia beberapa panduan, petua dan tips bagi sebuah blog menjana pendapatan. Banyakkan cabang, lorong dan lurah boleh anda guna untuk blog anda jana pendapatan. Anda boleh pilih mana yang sesuai dan praktikkan sebaik mungkin.

Harus anda faham ... walaupun anda hanya mendapat 10 sen sekalipun dari blog anda .. itu sudah dikira blog boleh jana pendapatan. Jangan terkeliru dengan blog menjapa pendapatan lumayan, kerna untuk menjana pendapatan lumayan, ada tips dan petua lain pula yang harus dan perlu anda ikut.

Selamat mencuba.


6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. good info utk blogger br mcm saya..tq

    ReplyDelete
  2. Setakat ni, saya dgn Nuffnang je. Google adsense dh beberapa kali cuba tp tak berjaya. Tak taulah kenapa. Yg lain2 tu belum boleh dibuat lg. Jom niaga pun masih terkapai2

    ReplyDelete
  3. saya suka entri ini..satu panduan yang sangat berguna..

    ReplyDelete
  4. good info broo...setuju dengan 8 cadangan anda itu..menarik dan mudah di praktikkan rasanya

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Panduan Bisnes di Shopee

Advertisement


Rahsia Bisnes Tudung

CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement



Panduan Ternak Kambing