As-Salam. Semua orang boleh ada blog, tidak kiralah anda seorang tukang masak, janator bangunan, surirumah, guru ataupun pelajar. Blog boleh dibuat dengan sangat mudah dan dalam masa yang singkat. Menerusi platfrom blogspot, anda sudah boleh memiliki blog kurang dari 5 minit.

Namun, dalam penghasilan blog, ramai yang tidak berjaya membuat blog yang baik dalam tempoh masa singkat. Ini adalah kerana ramai blogger terutama blogger blogspot sering melakukan kesilapan di awal peringkat menghasilkan blog, terutama ketika memilih reka-bentuk dan pengisian.

Dalam enti ini, HH akan cuba singkap dan ungkap mengenai kesilapan tersebut, yang mungkin boleh dijadikan panduan oleh blogger lain.

5 Kesilapan Awal Dilakukan Blogger Blogspot Ketika Bina Blog

Tujuan Ada Blog

Sebelum anda klik untuk create new blog - anda seharusnya sudah ada tujuan untuk blog itu diwujudkan. Tujuan pula bukan samar-samar, tetapi mestilah jelas dan nyata. Dengan adanya tujuan, anda sudah boleh memikirkan dengan baik mengenai tajuk blog, nama blog, bentuk header, bentuk template, widget penting dan sekaligus pengisian blog anda.

Entri Pertama

Ada blogger, apabila dah ada sebuah template blog tidak tahu pula cara untuk menulis. Entri pertama amat penting kerana ia bakal menjadi satu template kepada entri-entri seterusnya. Di entri pertama, seharusnya anda menyatakan tujuan, misi, pengenalan siapa diri anda yang ingin dikenali dalam dunia blog. Di entri pertama juga, anda bakal mencorakkan bagaimana entri-entri bakal ditulis - dari segi lengok bahasa, penggunaan kata ganti diri, corak penulisan dan sebagainya. Entri pertama seboleh mungkin perlu menepati cirian sebuah entri yang lengkap dan bermutu - ada pengenalan, isi dan penutup, serta penggunaan H1, H2 serta H3 tag bagi setiap tajuk kecil.

Profil Blogger

Ada blog tanpa ada profil blogger yang lengkap adalah satu kerugian. Seharusnya seorang yang telah mempunyai blog perlu melengkapkan profil blogger agar mudah dikenali di samping membina kredibiliti sendiri dalam dunia blog. Blog dan profil blogger akan dibawa ke mana-mana dalam dunia blog khususnya, dan dunia maya secara amnya. Pastikan ia lengkap dengan butiran diperlukan di samping logo (jika boleh) atau paling tidak gambar profil yang sedang tersenyum.

Widget Penting

Ramai di kalangan blogger terutama HH, tidak fikir mengenai kepentingan widget. Apa sahaja widget yang ada atau diketahui, terus pasang walaupun blog baru berusia 30 minit. Pilih widget yang berkenaan sahaja dahulu. Fikirkan - Logik tak letak widget entri paling popular walhal blog baru ada 2 entri yang panjangnya tak sampai 100 perkataan? Ia samalah juga dengan widget seperti entri terbaru, jumlah paparan dan yang lain. Saranan HH, hanya letak widget asas seperti profil blogger anda, sedikit teks dan bloglist.

Label Entri

Label dalam blogspot boleh dianggap sebagai tag atau kategori. Anda perlu memastikan dengan jelas tag dan label apa yang sesuai digunakan untuk blog anda, bagi menunjukkan cirian unik yang ada dalam blog anda. Label-label ini perlu sistematik kerana ia akan membantu anda mengurus entri-entri anda dengan baik. Jika tidak pasti mengenai label ini, cuba buat sehingga 10 entri, dan kemudian lihat balik entri-entri tersebut untuk dilabelkan. Tak perlu label banyak-banyak kerana ia bukan sahaja akan peningkan anda, malah sukarkan pembaca blog anda kelak untuk mencari entri berkaitan.

Ok. Itulah beberapa kesilapan yang dilakukan oleh blogger blogspot - kebanyakkannya mungkin. Semua kesilapan ini akan menyebabkan blog anda tidak dapat berkembang dengan baik, maka penting memastikan kesilapan ini ditanggani jika telah ada blog - atau dielakkan jika belum lagi mempunyai blog (atau blog baru).

Selamat berblog, dan manfaatkan entri ini dengan klik apa-apa yang patut .. :P



50 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nice info. peringatan untuk diri sendiri.

    BalasPadam
  2. info yang patut kita amalkan pada blog kita...

    BalasPadam
  3. tak der yg lahir terus sempurna...termasuk lah blog...

    BalasPadam
  4. Pasal label tu AJ setuju......
    Dulu AJ letak label tak konsisten.....
    Susah nak keep track lepas tu.....

    BalasPadam
  5. Info yang berguna

    BalasPadam
  6. sepanjang menulis blog selama 5 tahun, sy selalu terlepas pandang pada label dan widget penting.

    dulu label letak ikut sesuka hati je. skang kena ikut tema atau tajuk utama dalam entry. widget, bagi saya just memberatkan blog je. sy sgt2 setuju kata-kata tuan.

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas infonya. Sangat2 berguna.

    BalasPadam
  8. good point as a reminder even for those yang dah few years berblog..and of course to new blogger like myself is really valid and boleh cepat-cepat tukar apa yang patut...tq HH

    BalasPadam
  9. Widget tuntuk apa? maaf soalan cam budak-budak.

    BalasPadam
  10. 1 more thing is "Design" and "Learning". Blogger baru sekarang den lihat pemalas. Semua benda nak mudah dan disuap.

    BalasPadam
  11. widget kdg2 xde ape sgt..kdg2 wat menyemak jer.. baik letak skadar yg perlu jer..xyah la nk letak lagu2 bagai..

    BalasPadam
  12. GOOD INFO..tq share..mmg sangat2 berguna untuk blogger baru.

    BalasPadam
  13. Terima kasih kerana terus berada di sini .. :)

    BalasPadam
  14. Hmm betul tu .. ramai yang nak mudah ... .. dan ini adalah DUIT untuk mereka yang ada ilmu ..ehemmmm ... :)

    BalasPadam
  15. Widget itu adalah gadjet/html script yang ada kat dashboard bahagian layout ada add widget/gadjet ...

    BalasPadam
  16. Yes, certainly true ... actually, it's a common thing but many of us take for granted....

    BalasPadam
  17. Ya, kebanyakkan kita tak lihat akan benda-benda ni, lepas tu dok pening kepala mengapa dan kenapa blog tak maju2 ...

    BalasPadam
  18. HAhaha .. samalah kita @AyueJean "AJ" Rejaluddin .... saya main taram letak je dulu, konon SEO la sngat ... :)

    BalasPadam
  19. Sebab itu kita perlu belajar ... kuar2 perut ibu pun kita dah kena diajar dan belajar .. kan kan @xoxo ...

    BalasPadam
  20. Dan untuk diri saya juga @fyna ... kita semua perlu ingat mengingati hatta buat diri sendiri

    BalasPadam
  21. pv sy masih kurang 1000, tapi takpelah, blog sy nie just blog peribadi. takyah nak kesah kejar pv...

    BalasPadam
  22. Blog peribadi yang benar-benar peribadi boleh je capai PV lebih 1000 ... :)

    BalasPadam
  23. hahaha..ehemmmm dipenghujung tu yang tak tahan tu..hehhehe

    BalasPadam
  24. eca mendapat untung dri mereka yg xbelajar nak design blog sendiri..#gelakkuatkuat =D

    BalasPadam
  25. tambah satu lagi...Pemilihan Domain..antara kesilapan eca suatu ketika dulu sehingga kini :)

    BalasPadam
  26. Betul kata HH..byk benda yg harus kita tahu dr awal, bila dh terlajak buat silap nak betul kan blk punya lah pening. Contohnya bila nak delete post lama..bukan main delete je, kisah nya byk jalan kerja yg harus kita ikut. Nasib baik kat blog HH ni byk tips..sehari entah brp byk kali dok ulang alik kat sini...

    BalasPadam
  27. tudia tokei design blog dah mai dah.

    BalasPadam
  28. gelak ... hehehhee... masa nak tulis ni pun gelak gak .. gelak kat diri sendiri ...

    BalasPadam
  29. Itulah pasal ... bila dah jadi ribu2 macam HH ni .... leh pendek jari dibuatnya @Hannyabdullah

    BalasPadam
  30. HMm ...pilih domain kalau mereka yang nak guna domain sendiri ... :) tapi utk blogspot tak apa ... leh main tukar2 ... hehehee

    BalasPadam
  31. Kannn ... dia jadi penyelesai masalah kepada orang lain. Itu sbb kita perlu ada ilmu ... dengan ilmu macam2 leh buat ... duit pun boleh jadi 'hamba' kerana ilmu ..

    BalasPadam
  32. Hahahaa.... design utk yag suka kiut2 leh tanya @Eca Dwinky Asha ... dia memang pandai ....

    BalasPadam
  33. entri pertama saya dalam blog pada tahun 2009 sangat teruk..

    BalasPadam
  34. haha nak gelak..terus teringat label entri wktu mula-mula berblog dulu macam2..

    BalasPadam
  35. tauke kecik2..xble beli keta pun..cukup bayar broadband..kakaka :)

    BalasPadam
  36. aah yg kiut2 je...yg profesional blog,payah nak buat..kikikiki

    BalasPadam
  37. saya minta sangat sesiapa boleh komen blog saya ni hhee...kritik sikit kalau ada yang silap ...
    jom la kritik hehe
    kamianakmelayuterhebatmasakini.blogspot.com

    BalasPadam
  38. 4 tahun yang lepas, kesilapan pertama den, nama blog.. tak terfikir time tu nak letakkan nama yang mudah di ingati sebagai branding. ya la, 4 tahun lepas sapa sangka boleh buat duit sebenarnya di blog, tak banyak testimoni tentang buat duit dengan blog.. kemudian bulan lepas, den ambil langkah kanan dengan rebranding balik blog dari eleventx ke uncle zuan... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaek. Seharusnya kita perlu buat sesuatu bila nampak tiada hasil pada yang pertama ..:)

      Padam
  39. terima kasih.. bab label tu mmg penting ek.. mmg sy lps pndang tu

    BalasPadam
  40. Ooo.. banyaknya kesilapan yang Nia buat.. huhuu.. Terima kasih ingatkan :)

    BalasPadam
  41. teringat 2 tahun lalu masa mula2 nak update entri.. pening kepala nak pikir...


    My recent post : Hanya Di Malaysia Versi Instagram Episode 4

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) Ya, saya pun serupa juga. Tak terkecuali.

      Padam
  42. tq for info...seronok baca sini.. ^^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement