As-Salam. Sebenarnya banyak tatacara nak buktikan atau nak periksa samada blog yang kita dok buat berbulan-bulan lamanya ini sudah capai taraf mesra SEO atau belum. Paling mudah ialah dengan taip nama blog kita, dan lihat hasilnya di enjin carian.
Jika ada hasil seperti di bawah ini, yang menunjukkan beberapa entri atau kandungan blog, maka blog anda sudah dikira berjayalah capai taraf blog yang mesra SEO (Search Engine Optimization).
Oh ya, cirian di atas hanya berlaku di enjin carian Google, kalau di Yahoo atau Bing, ia lebih simple, tak ada keluar wajah botak tak berapa manis muka seperti di atas ni. Tapi, cara dan kaedah lebih kurang sama, hanya taip nama blog atau url blog anda di carian seperti contoh hasrulhassan atau hasrulhassan.com atau Panduan Blogger Blogspot.
Seandainya, anda merasakan anda sudah lakukan segala macam benda dalam blog untuk sesuaikan dengan cirian SEO, berikan masa untuk enjin carian gelintar blog anda. Proses untuk mendapatkan sitelink seperti di atas makan masa, namun bergantung juga dengan cara anda promosikan blog anda.
Ingat petua-petua di bawah ini yang sebelum ini pernah HH kongsikan.
4 Petua Untuk Blog Punyai Sitelink Google Search
- Hantar url blog anda ke enjin-enjin carian paling kurang 3 minggu sekali atau sebulan sekali. Bagaimana nak hantar url blog anda ke enjin carian? Sila baca entri ini - 8 Cara SEO Mudah.
- Ping setiap kali blog anda telah terbitkan entri baru. Anda boleh ping ke banyak laman agregator dan ping menerusi Google Ping - Ping Guna Google Ping.
- Ping seminggu sekali secara rawak walaupun blog anda belum lagi terbitkan entri baru.
- Rajinkan diri anda untuk singgah di laman-laman yang tawarkan beberapa perkhidmatan web atau blog, seperti Periksa Pagerank, Alexa, Periksa SEO dan macam-macam lagi supaya anda boleh hantar url blog anda secara tidak langsung.
Semakin rajin anda update blog, dan lakukan 4 petua di atas, semakin singkat masa yang anda perlu tunggu untuk membolehkan blog anda punyai sitelink di enjin carian terutama Google.
gus tips ni..
ReplyDeleteMacamana google search encik boleh keluar katagori2 di bawah sehingga menjadi 6 katogari? boleh tunjuk ajar? terima kasih
ReplyDeletetips yg sgt berguna
ReplyDeleteTip-tip yang bagus untuk mendapatkan sitelink, tapi kenapa yang saya sekejap ada dfan sekejap tak ada sitelink seperti HH. Kenapa boleh jadi begitu ya?
ReplyDeleteBagus tips2 camni. Senang nak praktik. Cuma tinggal rajin atau tak jer..hehe
ReplyDeletethanks bro berkongsi =)
Terima kasih sifu
ReplyDeletetq share tip yg bagus ni..
ReplyDeletethanx share.. amat berguna ..
ReplyDeleteSama-sama .... semoga blog anda dapat sitelink atau snippets macam di atas.
ReplyDeleteTerima kasih.
ReplyDeletesama-sama @hafizmd:disqus .... kalau rajin, hasilnya tentulah best
ReplyDeleteItu bergantung dengan pelayar internet ...jangan bimbang soal tu sangat .... dan ia juga bergantung dengan jumlah connectivity dengan FB serta G+ ..
ReplyDeleteSama-sama @twitter-628470735:disqus
ReplyDeleteTerima kasih .. blog bicara mak dara dah ada sitelink kan? @facebook-100000017755028:disqus
ReplyDeleteBuat je seperti di atas ... ikuti panduan yang diberikan tu, dan banyak bersabar dan pastikan blog update ...
ReplyDeleteIa tidak ada sitelink, cuma secara ke bawah, rasanya tak perlu difikirkan sangat, ia akan muncul semula bila tiba waktunya. Insya Allah...itulah harapan saya.
ReplyDeleteterima kasih. semua dah selesai..atas tunjuk ajar dalam blog encik :)
ReplyDeleteassalamualaikum hh...tadi baru cek ada juga n3 mama dicarian teratas dlm google adakah itu tandanya dah dpt SEO yer...:)
ReplyDeleteTQVM HH..info yang sangat berguna...
ReplyDeleteTips yang bagus HH.. Memang blog ini menjadi pilihan buat saya untuk belajar sedikit ilmu dari tuan.. Terima kasih..
ReplyDeletewww.irwanalessatyme.com
Ya... berada di dalam enjin carian adalah blog-blog yang hebat dan menepati keperluan SERP dan SEO.
ReplyDeleteBoleh mempraktikan lagi supaya dapat di index google
ReplyDeleteCantik tersusun macam tu.
ReplyDeleteWahh..bagus tips nie..maceh Bro HH..insyaAllah akn di praktikkan.. :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.