As-Salam. Tips SEO Blogspot kali ini, HH mahu kongsikan mengenai keperluan menghadkan jumlah link atau permalink dalam paparan utama blog kita. Kesilapan terlalu banyak meletakkan link dalam blog akan menyebabkan blog dianggap sebagai ladang spam link yang akan memudaratkan blog dalam jangkamasa panjang.

100 Link Pada Paparan Utama Blog

Anda harus tahu bahawa jumlah had untuk sesebuah blog pada paparan utama perlu tidak lebih daripada 100. Ini adalah salah satu daripada banyak-banyak algorithma yang digunakan oleh Google sebagai tanda aras sebuah blog - berdasarkan apa yang telah disebutkan oleh Matt Cutts, jurutera enjin carian Google:

Keep the links on a given page to a reasonable number (fewer than 100).
Tetapi, buat blog yang punyai lebih daripada 100 links, ia tidak bermakna bahawa blog tersebut akan dikenakan penalti dan disenarai-hitam dalam enjin carian. Cuma, dari sudut teknikalnya, sesebuah robot enjin carian tentu akan ada had atau limit untuk gelintar keseluruhan laman atau blog anda. Matt Cutts ada berkata pada 2007:

The "keep the number of links to under 100" is in the technical guideline section, not the quality guidelines section. That means we're not going to remove a page if you have 101 or 102 links on the page. Think of this more as a rule of thumb.

Bayangkan anda robot carian tersebut, anda tentu tidak mahu buang masa untuk gelintar dan menyiasat keseluruhan 200 links (contoh) dalam blog anda. Tentu sekali ada arahan yang menyuruh anda hanya untuk melihat 100 links sahaja dalam blog. Jika 100 links itu ada kualiti, maka merit akan diberikan kepada blog anda.

Tips seo blogspot - 100 Links dalam blog

Kenapa 100?

Kenapa 100? Ia telah dianggap satu standard dalam SEO sejak dari 2009 lagi. Pada April 2010, seorang lagi jurutera Google, John Mu pernah berkata:

100 links to a page is a just a suggestion … There are pages out there with more than 100 links, and it isn't an issue. If your page is sufficiently authoritative, Google is going to be interested in the pages that are being recommended by that page.

Kesimpulan yang boleh HH ambil ialah, jika anda baru buat blog, maka jangan gopoh gapah untuk letakkan terlalu banyak links dalam blog anda. Lebihkan pada internal link daripada link atau pautan luaran. Internal link lebih baik untuk menambah flow blog anda, dan menghasilkan entri berkaitan yang mendatangkan lebih banyak kebaikan.

 Sumber: SEOMoz


18 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tips yang sangat baik!!

    http://marinecollagen6575.blogspot.com/2013/04/perhatian-kepada-pengguna-rumpai-laut.html

    BalasPadam
  2. thanks abg HH for the info =D

    BalasPadam
  3. saya ada meletakkan 100 link pada blog..dan selepas itu tidak menambah lagi kecuali ingin mengurangkan kepada jumlah yang munasabah..

    BalasPadam
  4. yap. ramai yang tak tahu pasal 100 link tu.

    BalasPadam
  5. Oh tidak .. bukan pakar .. cuma ada sedikit ilmu mengenainya sahaja.

    BalasPadam
  6. Hmm dah tahu bolehlah dipraktikkan ye @Amirul Faiz Abd. Razak

    BalasPadam
  7. Bagus tu, saya pun sedang cuba untuk perbaiki ..

    BalasPadam
  8. 100 link. maknanya untuk setiap posting @ whole blog?

    BalasPadam
  9. setiap ceruk ... itu ikut kata mereka yang pakar SEO la

    BalasPadam
  10. Assalammualikum...HH,

    pasal 100 link pada paparan utama nie,,,kurang faham lah mselim3.

    pls :baca entry kat atas tp x faham...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jumlah pautan yang ada dalam blog ... yang warna biru, yang boleh klik ... mesti nak ada kurang dari 100.

      Padam
  11. ooo.. paham dah.. tp kalau kita letak pages byk2 kira dlm 100 link tu jugak ke? cth nye blog sy ade home, product, n 3 page lg.. so cane?

    http://senikretifayah.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Page dikira 1 ... cara nak tahu guna SEOWORKERS.com ... situ leh tahu dah.

      Padam
  12. oooo..nice sharing! bagus info nya...nak check jugak!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement