Klik Sini Untuk Tempahan Rujukan
As-Salam. Ada blog yang memang ceria dengan pelbagai warna. Ada warna merah, biru, hijau, kuning, kelabu asap, hitam dan macam-macam lagi. Kepentingan warna dalam blog memang tidak disangkalkan ada kesan tersendiri buat pengunjung pertama kali.

Jika anda pembaca setia sesebuah blog, memang anda sudah biasa dengan permainan warna dalam blog tersebut. Namun, jika anda merupakan pengunjung baru, andai terlalu banyak warna ia kadangkala boleh mengelirukan.

Kepentingan Warna Navigasi Blog

Apa fungsi warna dalam blog? Warna dalam blog selain menjadikan blog itu nampak indah, cantik dan ceria, ia sebenarnya boleh membawa fungsi tertentu terutama dari segi navigasi blog.

Warna biru selalu dan sudah menjadi standard dalam sesebuah laman maya yang bermaksud ia menandakan bahawa perkataan, ayat yang diwakili dengan warna biru merupakan satu pautan - permalink - link ke satu capaian yang lain. Contohnya seperti ini - Blog Nazim Hassan. (kalau tak keluar warna biru, anda kena tukar skrin komputer).

Warna biru gelap atau kelabu menjadi standard bahawa perkataan dengan permalink tersebut sudah dilawati sebelum ini.

Warna hitam untuk warna asas segala bagai teks dalam blog, dan putih atau tanpa warna sebagai warna asas bagi latar belakang.

Anda boleh bermain dengan pelbagai warna lain, tidak salah untuk nampak kelainan, cuma pastikan ia berbeza dengan warna-warna asas supaya dapat memberitahu secara visual bahawa perkataan itu ada 'benda' lain yang disisipkan. Ia penting supaya pengunjung pertama kali tahu bahawa perkataan dengan warna berlainan itu ada benda tersirat di sebalik tersurat.

Untuk lebih kesan menarik, anda boleh menambah kesan warna 'hover' berlainan buat sesuatu permalink. Secara asasnya anda boleh setting warna permalink dan efek hover ini dengan melihat kepada kod HTML dalam blog anda.


Dalam contoh di atas, HH guna 3 kaedah warna. Satu adalah penggunaan warna asas dalam blog yang telah diselaraskan menjadi $linkcolor (deklarasi di head html blog), keduanya menggunakan kod warna selamat, dan ketiganya ialah penggunaan warna asas blog yang bersifat warna dalam keadaan biasa (mode normal).

Pertama tu, ia menandakan semua link atau permalink dalam blog anda menggunakan warna sama yang dibawakan oleh $linkcolor, kemudian warna untuk link yang telah dilawati menggunakan warna berbeza atau sedikit kontra dengan warna tadi. Dan sedikit efek hover berbaris dengan menggunakan warna asas untuk tajuk.

Anda boleh ubah mengikut kesukaan dan keserasian warna blog anda supaya nampak secocok sepadan tanpa mengorbankan fungsi.


8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tapi kebiasaanya kan apabila kita meletakan link warna standard dia kan biru

    ReplyDelete
  2. fairus mohamad noorApril 26, 2013 at 9:46 AM

    baru tau kepentingan warna dalam blog..so tak boleh lah nk letak warnawarni ..nanti akn memeningkan pembaca..

    ReplyDelete
  3. fyna setuju. gunakan seminimum warna yang mungkin. pilih warna yang standard. kalau bercampur banyak sangat, agak memeningkan kepala.

    ReplyDelete
  4. sedang mencuba =D

    ReplyDelete
  5. Ya, kalau kita guna template blog standard, ia akan biru, malah ia warna standard pun dalam dunia maya ni ... boleh je cuba kelainan .. cuba guna konsep tona warna.

    ReplyDelete
  6. betul..kadang2 ade warna dan tulisan yang tidak sesuai lalu menyukarkan para pembaca untuk membaca..

    Regards,
    M-Nec

    ReplyDelete
  7. Akan cuba membuat apa yang disarankan oleh HH, supaya ia lebih nampak menarik.

    ReplyDelete
  8. Nak tanya tuan HH, kalau warna pink dan purple sesuai untuk apa pula??

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement