Tips Menerima 4 Juta Pageviews

Klik sini untuk TIPS TEMUDUGA
As-Salam. Alhamdulillah, akhirnya blog ini berjaya mencapai jumlah capaian atau klik atau pageviews sebanyak 4 juta hari ini. Terima kasih kepada lebih 4 ribu followers dan pembaca blog ini. Terima kasih kepada Google kerana menyenaraikan beberapa entri di dalam blog ini dalam enjin carian.

Tips Menerima 4 Juta Pageviews

4 Juta Pageviews Mac 2013

Daripada statistik terkini ini, blog ini banyak menerima trafik menerusi enjin carian Google hampir 1500 seminggu. Dan lebih daripada 5000 pageviews terhasil sebulan menerusi enjin carian. Antara kata kunci popular yang disenaraikan ialah Ainan Tasneem, Nazeera Sardi, Beto Khusyairi, Irene Nadia Marcello, Sejarah Kesultanan Sulu, Bahasa Puitis dan Memanjangkan Kaki.

Hampir sejuta trafik diperoleh menerusi beberapa kata kunci popular di carian Google, selain menerima trafik daripada laman Facebook, OhBelog, Busuk.org dan juga menerusi sistem komen Disqus.

HH pernah katakan betapa penting SEO memberikan trafik pada blog, ilmu yang perlu dipelajari oleh blogger Malaysia. Ia berbaloi, kerana di saat anda kekeringan idea untuk tulis entri, trafik tetap menjenguk tanpa sedar.

Trafik Menerusi Sistem Komen Disqus

Dan HH juga sangat galakkan ramai blogger untuk pasang sistem komen Disqus, kerana selain anda boleh menjana pendapatan menerusinya, anda boleh juga 'mencuri' trafik daripada blog-blog lain yang memasang sistem komen yang sama.

Trafik Menerusi Laman Ping Web Agregator

Tidak dinafikan juga, anda masih perlu mempromosikan entri-entri mesra sepanjang zaman di laman web agregator atau laman ping seperti Busuk.org mahupun OhBelog dan seumpamanya yang lain - Getz, Blogged.my, Apesal, Guablog, Kartikel dan banyak lagi. Pilih entri yang umum yang kandungannya bersifat sepanjang zaman atau evergreen.

Apa yang HH paparkan ini bukan sebab mahu menunjuk atau bangga diri, tetapi sebaliknya sebagai satu bukti, apa jua panduan, tips serta petua yang HH kongsikan di dalam blog ini adalah berguna untuk blog anda menerima trafik seperti yang dipaparkan. Tidak mustahil. 

Sekali lagi. Jangan putus asa untuk capai kejayaan bagi blog anda. Lakukan dengan tertib, lakukan dengan sabar, lakukan dengan cara berhemah. Istiqomah penting. Ilmu yang anda dapat akan diberkati andai anda praktikkannya.

In Sha Allah. Blog anda juga boleh capai kedudukan seperti ini kerana HH juga bermula dari bawah seperti anda.

Post a Comment

51 Comments

  1. rozita abd rahman7 March 2013 at 16:36

    wow 4 juta? tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah .. sekrang nak tuju 5 juta pageviews ... jenuh ni.

      Delete
  2. tahniah!!! 4 juta = RM 4 juta best ekkk....!!!!!

    ReplyDelete
  3. tahniah bro...4 juta tu...memang terbaek

    ReplyDelete
  4. otai.. kelip mata bole dapat 10 juta.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Terjawab sudah dalam fikiran saya, perlukah ping entri setiap masa. Terima kasih mr. HH. Selalu je apa sahaja yg bermain diminda pasti terjawab di blog mr. HH ^_^

    ReplyDelete
  6. o ya, tahniah capai 4juta pageviews

    ReplyDelete
  7. tiada yang mustahil kan bro HH :)

    ReplyDelete
  8. Tahniah,pencapaian yang baik.

    ReplyDelete
  9. pinkbubblegumprincess7 March 2013 at 20:29

    wahhh hebatnya HH :)

    http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. nurhafiz2009.blogspot.com7 March 2013 at 20:44

    tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualikum....HH,

      Terima kasih, bebanyak... heheh macam mana nak balas budi nie,,,dah banyak tabur ilmu kat mselim3 . Macam mana nak balas nie,,, x terbalas nie,,, balas ngan pantun aje lah :

      Mencari ilmu di tuntut agama,
      ilmu di cari di blog Hasrul Hassan,
      Apa guna ilmu yang lama,
      Jika hanya jadi hiasan...

      mselim3

      pls: peace ....

      Delete
  11. Tahniah HH..wah dah 4 juta views tu

    ReplyDelete
  12. Terima kasih @google-83d47e0dd74e07e52a1bf555cabc27b8:disqus ...

    ReplyDelete
  13. Ya, pencapaian yang baik untuk diri sendiri .. tapi tak leh lawan ramai blogger lain

    ReplyDelete
  14. @facebook-538537437:disqus pun boleh buat seperti ini .. in Sha Allah.

    ReplyDelete
  15. Benar, tiada yang mustahil ... usaha perlu ada dengan ilmu pengetahuan

    ReplyDelete
  16. :) hmm kalau baca dari A sampai Z pasti akan dapat

    ReplyDelete
  17. Andainya benar @010cd716583250334ec6d3f6dff2ad86:disqus .... saya lompat setempat 2 kali.

    ReplyDelete
  18. @97d8de693b8a4d252e1f76483da0007d:disqus ...hmm bestkan kalau begitu. Tapi realitinya ianya hanyalah angka.

    ReplyDelete
  19. wow..pageview today pun mengancam..gud tips bro tq^_^

    ReplyDelete
  20. hebat bro HH.. banyak lagi nak kena belajar ni..:)

    ReplyDelete
  21. waaaa..tahniah. ^_^ fyna ntah bila lagi. nice tips juga. boleh follow macam nih.

    ReplyDelete
  22. susah betul lah nak buat blog.. bila baca tu mcm senng time bile sndiri buat.. aduii ...

    ReplyDelete
  23. terima kasih HH sangat bermanfaat. utk di apply utk blog saya. www.shahdinar.com . tqtq tuan

    ReplyDelete
  24. tips terbaik.

    p/s: penah buat sekali, tak menjadi. nk cuba naik balik jelah huhu

    ReplyDelete
  25. In Sha Allah, tuan tentu boleh

    ReplyDelete
  26. Cuba, saya sendiri sedang mencuba pelbagai teknik lagi ...

    ReplyDelete
  27. Terima kasih @google-b4d8ebbc87b711ec161a79e837f8369d:disqus

    ReplyDelete
  28. Boleh, semuanya boleh diikuti ... tak mustahil

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum hh...memang terbaik la tahniah2...:)

    ReplyDelete
  30. wah..tahniah HH..sy belum sampai ketahap tu

    ReplyDelete
  31. Wah , tahniah Bro HH .. da sampai tahap pageview ..

    ReplyDelete
  32. tahniah bro , tq for ilmu yang amat berguna dan bermanfaat . semoga bakti anda dipermudahkan olehNya...

    ReplyDelete
  33. Tahniah.... jom tgk blog sy pulak...

    http://vitaminformeandyou.blogspot.com

    ReplyDelete
  34. Tahniah!
    bilangan Pageview banyak, lebih peluang menjana wang melalui pengiklanan.

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum.

    SYabas..Blog yang sangat informative.

    boleh bagi pencerahan..macam mana nak share link dgn Laman Ping dan sistem Discus?

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Share macamana? Laman ping web agregator ke? Sistem Disqus tak leh share.

      Delete
  36. Wow..4 juta.. memamng betul.. HH boleh tak nam tambah lagi satu.. apa yg HH katakan kat atas tu memang betul semuanya. Tapi tahun lepas saya pernah buat kajian.. trafik melalui forum pun boleh tahan juga. Itu pun ada seorang hamba Allah yang copy paste entri saya kemudian dia link kan pada belog saya..itu yang buatkan saya perasan rupanya forum pun boleh jana trafik yang tinggi..tiada yg mustahil kan? kan..kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya pernah tipskan benda tu dalam entri yang lain. Cuma ramai blogger tak banyak guna forum.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.