As-Salam. Antara berita panas dan menjadi topik hangat media massa arus perdana mahupun media alternatif. Sudah banyak blog yang bercerita dan melaporkan mengenai insiden ceroboh Lahad Datu oleh kumpulan yang dianggap sebagai barisan Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang diterajui dan diketuai oleh Raja Muda Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, yang mendakwa sebagai pewaris Kesultanan Sulu.
Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah melibatkan seramai 180 orang di mana 30 daripada adalah bersenjata. Dan kumpulan bersenjata ini pula dikaitkan dengan serpihan MNLF yang telah dilabel pengganas oleh kerajaan Filipina sebelum termeterai perjanjian damai di selatan Filipina hasil usaha kerajaan sebagai perantara.
Cuba lihat infografik ini yang HH ambil dari sumber INI, ia menceritakan serba sedikit kronologi kejadian atau insiden ini.
Daripada laporan terkini di SINI yang diperoleh sehingga setakat entri ini ditulis, dua wira negara telah terkorban dalam insiden ini manakala pihak penceroboh seramai 12 orang.
Menurut sumber itu juga, pasukan keselamatan mula mengepung Kampung Tanduo pada 11 Februari apabila kira-kira 150 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata menaiki bot pancung menceroboh ke kawasan itu pada 9 Februari dan menjadikan beberapa premis termasuk rumah dan surau di kampung berkenaan sebagai pangkalan mereka.
Kampung Tanduo yang diduduki kumpulan itu terletak di kawasan terpencil, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu.
Persoalan yang bermain adalah adakah percerobohan ini didalangi oleh rakyat Malaysia seperti didakwa beberapa blog politik? Dan menjadi persoalan juga, adakah ini menunjukkan bahawa pihak ATM dan PDRM perlu diberikan kekuatan sepatutnya untuk membolehkan mereka mengawal keselamatan negara dari terus diceroboh dengan lebih baik lagi?
Dipetik dari Wikipedia:
Pada 12 September, 1962, semasa pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal, Wilayah Borneo Utara, telah diserahkan oleh Sultan Sulu yang memerintah ketika itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I, kepada Republik Filipina.
Penyerahan ini telah memberikan kerajaan Filipina kuasa penuh untuk menuntut hak ke atas Sabah di Mahkamah Antarabangsa. Filipina telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Sabah disatukan dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perkara ini telah dibubarkan pada tahun 1989 kerana kerajaan Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas.
Sehingga sekarang, Malaysia terus menolak ajakan Filipina untuk menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro Filipina iaitu Nur Maisuri sebagai bukan isu, maka tuntutan tersebut tidak diendahkan.
Tentu anda mahu tahu siapakah dia - Sultan Jamalul Kiram III yang mahu menuntut Sabah daripada pihak kerajaan.
Dan mungkin, anda mahu tahu mengenai sejarah Kesultanan Sulu ini sehingga 'membolehkan' mereka menuntut Sabah daripada kerajaan Malaysia, tatkala masa semakin hampir dengan PRU13?
Bacaan ini mungkin membantu:
- Filipina Tunjuk Minat Miliki Sabah Setelah Tempoh Pajakan Tamat Mac 2013 [klik]
- Sejarah Sabah dan Kesultanan Mulu - Mengapa 'Sultan Sulu' mahu Sabah? [klik]
- Pencerobohan Lahad Datu Satu Skandal Terancang? [klik]
- North Borneo yang Dituntut oleh Kesultanan Sulu. North Borneo itu Bukan Sabah? [klik]
- Sejarah Sabah [klik]
- Siapakah Jamalul Kiram III yang Mendakwa Sebagai Waris Kesultanan Sulu? [klik]
Sekadar untuk mengingatkan, pembacaan adalah atas risiko sendiri, dan HH tidak bertanggungjawab atas apa jua reaksi dan tindakan anda. Apa yang dikongsi ini adalah untuk memaparkan perkara yang berkaitan dengan insiden ceroboh Lahad Datu.
Pemahaman HH dan anda mungkin berlainan.
Pekerja Sambilan Dirumah Diperlukan. Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan - Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan







Nice bro.. Kajian yg baik. entry berkaitan pencerobohan LD yg terbaik setakat ini yg pena saya jumpa
02 March, 2013 06:01
Terima kasih .. berjaga sepanjang malam kerana mencari info dan sumber mengenai cerita
02 March, 2013 06:05
mudahan tiada lagi melibatkan nyawa dan dapat diselesaikan cara baik.
02 March, 2013 17:31
Dalam diam sebenarnya admin telah memudahkan tugas saya yg sebenarnya ingin researh sendiri sejarah perjalanan pencorobohan LD.
02 March, 2013 17:45
Hanya mampu berdoa agar pasukan keselamatan negara berjaya tewaskan penceroboh tersebut. Risaukan keadaan keluarga Pakcik saya diLahad Datu
03 March, 2013 01:11
Bagus HH kupas berkaitan isu ini, banyak info yg diberikan, tapi kesahihannya belum terbukti. Walaupun dari sumber, belum pasti betul atau tidaknya sumber itu. PM kita berkata" 2/3 penduduk di Sabah bersetuju untuk bergabung di masukkan dlm Malaysia dan diiftiraf oleh PBB"." Maka tidak boleh mana-mana negara untuk menuntut Sabah di dalam kedaulatan negara Malauysia:. ujarnya baru2 ini.
08 March, 2013 21:58
menarik gmbr penghargaan utk anggota keselataman yg terkorban kat blog bro HH..unik!!
09 March, 2013 01:30
Terima kasih . Boleh je nak ambil ... FOC
23 March, 2013 13:35
Post a Comment