As-Salam. Untuk menghasilkan sebuah blog yang baik, anda perlu melihat segala sudut blog anda. Ia dimulai dengan reka bentuk blog anda, isi kandungan yang perlu anda tulis dan interaksi anda dengan pengunjung blog. Interaksi paling mudah anda lakukan ialah menerusi ruangan komen blog anda.

Kredibiliti Dibina Menerusi Komen Pengunjung

Pertama sekali, anda perlu menghargai komen-komen yang ditinggalkan oleh pengunjung blog anda. Tak kiralah komen itu agak memeritkan untuk pembacaan. Dan pastikan anda berinteraksi dengan pengunjung blog menerusi komen. Mungkin, mereka tidak membacanya, tetapi pengunjung lain tentu akan melihat respon yang anda berikan kepada setiap komen.

Panduan Blogger - Kredibiliti Dibina Menerusi Komen Pengunjung

Anda tentu seronok jika komen anda dibalas bukan? Jadi, terapkan keseronokan ini menerusi blog anda. Mereka ambil masa untuk menulis sesuatu di ruangan komen, maka anda juga perlu peruntukan masa untuk membalas komen-komen mereka.

Tulis perkara-perkara yang bersangkutan dengan apa yang mereka komen. Sekiranya ada pertanyaan, maka jawablah pertanyaan tersebut. Jangan dibiarkan komen-komen berbentuk soalan itu tergantung tanpa jawapan.

Anda perlu gunakan bahasa yang sesuai, ayat yang terbaik bagi membalas setiap komen. Jika anda tidak mahu orang lain komen merapu, maka anda juga tidak patut membalas komen yang merapu. Setiap perkataan, setiap ayat, setiap komen balasan yang anda tinggalkan akan menampilkan kredibiliti anda sebagai pemilik blog, dan penulis entri. Jangan jejaskan kredibiliti anda dengan emosi atau membalas komen yang mungkin akan menimbulkan perbalahan yang tidak perlu.

Ruangan komen di blog adalah cara anda untuk berinteraksi secara terus dengan pengunjung blog. Jangan ambil mudah akan fungsinya. Pengomen (errr??) akan tentu rasa seronok apabila kunjungan semula dilakukan melihat komen mereka dibalas dengan baik.

11 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mia pun macam tu juga.... heheheh ;) tak mo sombong2....

    ReplyDelete
  2. entri ini akan saya jadikan ingatan buat saya..HH, macam mana nak install Disquss ni?

    ReplyDelete
  3. fairus mohamad noorMarch 23, 2013 at 1:36 PM

    betul2 saya setuju..

    ReplyDelete
  4. Nurul Aini ZakariaMarch 23, 2013 at 1:36 PM

    Betul..saya pun sedang pratikkan membalas setiap komen di blog saya.

    ReplyDelete
  5. saya rasa apa yang awak tulis ni memang benar..kadang-kadang kita tak sedar komen-komen yg masuk memang berharga kerana bukan semua orang rajin nak menaip dalam blog orang. Hanya entry yg kita suka je kita akan bagi komen kan? Tak pun kita tekan like. Oleh itu mulai sekarang saya akan berusaha balas komen pengunjung w/pun hanya seorang yang sudi jengah! (^___^)v

    ReplyDelete
  6. Hehehe... boleh lak ada gini ehh ... tepat ..padat ...mutakhir ...macam motto lak .. apapun, terima kasih atas komen yang diberikan.

    ReplyDelete
  7. hehe.. sama2 Mr. HH

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah buat masa ni AJ masih pastikan AJ membalas setiap komen yang ditinggalkan pengunjung blog AJ.....

    ReplyDelete
  9. Terima kasih, anda yang menjadikan blog ini seperti yang anda katakan.

    ReplyDelete
  10. tepat.. padat dan mutakhir ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement