Klik Sini Untuk Tempahan
Jika anda pernah meninggalkan komen di mana-mana blog yang menggunakan Disqus sebagai 'pengurus' ruang komen, maka anda boleh jejaki kembali komen-komen anda sebelum ini. Ia sebenarnya satu kelebihan buat anda untuk mengetahui entri mana yang telah anda komen. Dan juga mengetahui komen mana yang anda tinggalkan telah dibalas!

Bukan itu sahaja, malah anda boleh melihat komen-komen yang pernah ditinggalkan oleh blogger lain di entri-entri lain di dalam sesebuah blog tersebut. Ia cara yang mudah, malah buat pengendali atau pemilik blog, ia boleh semak kembali komen-komen oleh pemberi komen, seandainya ia terlupa mengenai sesuatu komen yang telah diberikan.

Ada lagi, ia juga tidak terhad kepada anda sebagai empunya blog, dan bukan sahaja yang ada daftar dengan Disqus, pengunjung yang lain juga boleh melihat komen-komen anda sebelum ini, yang pernah ditinggalkan, apa perlu dilakukan adalah klik mana-mana nama pengomen yang berwarna biru!. Maka, Disqus adalah satu platform ruang komen yang amat baik untuk bina kredibiliti anda sebagai blogger dan juga sebagai pemberi komen.

Jejaki Komen Disqus di Blog



Kekurangan Menggunakan Disqus


Tapi, kekurangannya satu, hanya pengunjung yang berdaftar atau yang mempunyai akaun dengan Disqus sahaja dapat melihat paparan yang HH maksudkan tadi. Dan hanya pengomen yang berdaftar dengan Disqus sahaja akan kelihatan sebagai top commentator di dalam blog-blog yang menggunakan Disqus sebagai platform komentor blog.



Untuk daftar dan mempunyai akaun dengan Disqus, anda hanya perlu ikuti langkah yang perlu HH tampilkan dalam entri ini: Cara Tinggalkan Komen Menggunakan Disqus. Anda hanya perlu pilih mana-mana yang sesuai untuk anda kongsikan profil anda untuk login dengan Disqus. HH cadangkan Google Profile yang sudah sedia ada ketika anda buat blog.

Kepada yang belum mencuba menggunakan Disqus, cubalah .. anda pasti akan puas hati!


5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. oo..baru tau cemana nak tinggalkan komen kat sini..selalunya kalau blog yang ada tempat komen gini saya cuma taip nama dan email je...hehehe

    ReplyDelete
  2. Rugi buat camtu .. baik daftar je guna login id yang diberikan .. ada Facebook, ada Google .. tak rugi sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. erkk...adakah nama saya yang terdapat di situ...hehe....

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum hh...mcm best jer kan....nak tukar juga la...:)

    ReplyDelete
  5. Hmm @google-b4d8ebbc87b711ec161a79e837f8369d:disqus boleh tukar dengan DISQUS dengan mudah, tak perlu kefahaman tinggi pun, hanya ikut je panduan yang diberikan dalam DISQUS tu ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement