As-Salam. Masalah gambar dalam blog kena cilok memang jadi kebiasaan, seandainya rakan blogger yang guna gambar itu secara berhemah dan berikan backlink sepatutnya, ia mungkin tiada masalah. Jadi, untuk elakkan gambar ini disalahguna, anda sebagai blogger sebenarnya boleh melindunginya mengikut undang-undang tertentu yang telah ditetapkan.

Anda digalakkan menyebut terma dan syarat penggunaan gambar dalam blog, seandainya ada sesiapa mahu menggunakannya bagi tujuan baik. Contohnya menggunakan gambar dalam blog anda untuk tujuan pembelajaran atau tujuan penyelidikan. HH pernah hadapi situasi ini apabila ada pelajar Master dan PHD mahu menggunakan gambar yang HH ambil yang diletakkan di HASRULPHOTO untuk tujuan kajian.

Malah, ada beberapa gambar yang digunakan untuk penerbitan majalah. HH tiada masalah asalkan ia digunakan untuk tujuan murni dan diberikan kredit tertentu. Tak perlu bayar, kalau nak gambar best berbayar boleh dapat kat Stock Photo - Dreamstime atau Stock Photo - Shutter Stock.

Nyatakan terma dan syarat gambar yang ada di dalam blog anda samada di ruangan penafian blog atau anda boleh terus letakkan teks di bawah setiap post atau entri yang ada gambar.

Contoh terma syarat boleh anda lihat di sini: Contoh Terma Syarat Penggunaan Isi Kandungan Blog atau Laman Web.

Tak salah anda gunakan gambar dari blog lain untuk tujuan informasi asalkan anda tahu cara menggunakan dengan betul. Contoh seperti ini - 

10 Langkah Cara Pakai Hijab Tutup Dada



Samada anda buat link terus pada gambar atau berikan kredit foto. Atau seandainya anda tulis entri yang berkaitan tajuk, anda boleh gunakan sebahagian gambar untuk tunjuk langkah tetapi membuat read more atau link ke entri asal dengan gambar penuh.

Untuk gambar di atas, jika anda mahu tahu langkah seterusnya untuk pakai hijab dengan betul, anda boleh terus ke entri rakan blogger ini: How to Wear Hijab - Tutorial 10 Steps

Ya, mungkin sukar nak lindungi gambar anda daripada dicilok, anda boleh letak watermarks, atau meletakkan back-end tag dalam gambar guna Photoshop, atau guna cara ini: Lindungi Gambar Dengan CSS; namun ia semuanya terhad dengan keupayaan untuk pantau segala aktiviti ini.

*p.s: Sekadar contoh untuk anda lebih hargai apa yang orang lain telah lakukan dan usahakan.

**Photos are use for educational purpose only, please read disclaimer for further info about sharing information.

Kredit Foto: Aishah Amin


6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dlm google byk gambr..memg senang nak cilok...

    ReplyDelete
  2. pinkbubblegumprincessDecember 19, 2012 at 2:32 PM

    bg backlink2 link siapa empunya gambar tu lebih baik :)

    ReplyDelete
  3. biasanya bagi backlink kepada orang yang kita ambil gambar tu jalan yang paling mudah.. tapi kebanyakannya, terus ambil tanpa bagi apa2 kredit pun

    ReplyDelete
  4. Hmmm ya betul, perlu bagi backlinks kepada gambar original

    ReplyDelete
  5. Ya ... memang itu disarankan ramai blogger Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Hahaha.. page di fb contohnya sukan star. selalu edit & letak watermark mereka. Hurm padahal tahu gambarnya sumber dari mana. Sedih !!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Ketahui Cara Menjadi Jutawan PRODUK JENAMA SENDIRI. Diskaun 40% - Terhad!KLIK SINI

Muat Turun 176 Template Copywriting Story-Telling DI SINI. Hanya Copy-Paste Shj.

Advertisement