Ciri Header Blog Sesuai Menarik Simple

As-Salam. Penting sekali buat blogger mempunyai header blog yang menarik. Menarik bukan untuk kita, tetapi untuk pengunjung blog. Ya, mungkin sukar nak dibuat bagi sesetengah blogger. Namun, jalan terbaik adalah dengan membuat header blog paling simple, yang menampakkan url blog atau nama blog dengan jelas.

Sesetengah daripada blogger Malaysia suka menggunakan header yang besar dan sangatlah jelas sampai lubang idung pun leh nampak. Tak salah jika jenama blog anda sudah kuat. Tetapi kalau blog anda masih lagi cuba cari tapak, cuba buat header yang simple tetapi menarik.

Cirian Penting Sesebuah Header Blog


Paling penting cirian dalam header tersebut, mesti ada nama blog, logo (jika ada), tagline untuk lebih catchy serta url blog. Logo jika tidak ada boleh sahaja anda letakkan gambar wajah anda yang kiut miut, ia juga sebagai penjenamaan blog anda terutama buat blog peribadi.

Untuk blogger baru, header simple adalah penting agar blog tak nampak serabut selain tidak menggangu masa loading blog. Jika anda sudah ada pengikut sendiri, tak mengapa kerana mereka sanggup tunggu. Tapi andai blog anda masih baru, HH sarankan elok guna header yang memenuhi aspek yang telah diberikan di atas. Saiz pula janganlah terlalu besar sampai penuh skrin komputer hanya untuk tayang header blog sahaja!

Warna dalam header juga perlu dititik-beratkan terutama header yang tidak disertai dengan gambar. Header simple dan kemas perlu seragam dengan warna-warna yang ada dalam blog. Penting untuk menjenamakan blog selain memudahkan blog anda untuk dipaparkan.

Jika banyak warna digunakan, komputer atau pelayar internet ambil masa untuk mengira pixel warna dan padanan yang ada. Jika kurang, maka masa untuk memuatkan blog anda adalah lebih pantas... malah baik untuk SEO. Header yang kurang dapat perhatian SEO .... adalah dalam entri ini: Flash Header

Amacam? Faham dah? Kalau ok ... praktikkan untuk kemajuan blog anda.... dan lepas tu bolehlah pekena Laksa Kari Maggi Ala Nyonya ... hehehehe...


Post a Comment

22 Comments

  1. logo - gmbr tuan punya blog,is that oke?.sebab rata-rata blog yg eca buatkan,eca letakan gmbr pemilik blog....

    ReplyDelete
  2. Saya bina header mengikut saiz sesuai, ringan dan tidak berat ketika blog loading.

    ReplyDelete
  3. suka dengan header blog HH yg simple (tapi selalu juga berubah2 kan?)

    ReplyDelete
  4. sangat penting header ni.... daya tarikan pertama bila buka blog kita..

    ReplyDelete
  5. Ooo...dah bertahun tak tukar heade4 blog..bolehbupahborg tp buat sendiri puas hati kan.
    Tapi..tu la berkurun tak tukar2..hehe

    ReplyDelete
  6. header saya simple..hehehe

    ReplyDelete
  7. header juga memainkan peranan..kalau header terlalu berserabut, sama juga seperti blog yang penuh dengan kecelaruan..sekadar pendapat :)

    ReplyDelete
  8. Amir Aiman Akashah27 December 2012 at 19:06

    sy pula men tepek je header...janji ada. nak berkreativiti sy x pandai sgt...hihihi...pe pn thank bro HH ats info yg di kongsi

    ReplyDelete
  9. Hajat nak buat header yang Simple tapi catchy...so far tak jadi so guna ajelah yang ready made..harap-harap ok..

    ReplyDelete
  10. HH dulu pun ikut yg dah ada ... :)

    ReplyDelete
  11. Kreativiti tu akan berkembang bila kita kerap blogwalking ..percayalah.

    ReplyDelete
  12. Betul tu .... kalau sarat sangat... ada sesetngah pengunjung akan terus tutup blog tu.

    ReplyDelete
  13. Simple tak semestinya tidak menarik perhatian

    ReplyDelete
  14. Betul tu @twitter-136173626:disqus

    ReplyDelete
  15. Ya, sbb HH mudah jemu ... bila rasa nak tukar ... maka bertukarlah ia ... dan selalunya ikut tema atau musim tertentu .... atau tujuan tertentu

    ReplyDelete
  16. Hmm ... :) kata2 hebat dari pakar ni

    ReplyDelete
  17. Blog itu memang milik peribadi empunya .. tak salah letak gamabr sendiri utk jadi 'logo' malah blog peribadi kena buat camtu

    ReplyDelete
  18. Terima kasih atas sumber ni..macam header pondok kecil dah ok kan?hehe

    ReplyDelete
  19. btw,eca nk tnya..kalau macam kita da berdomain sendiri,tapi nak tukar nama domain lain...ada yg effect x?....ingat nak tukat nama domain,sebab ada yg payah nak sebut @ ingat nama domain blog.

    ReplyDelete
  20. Memang ada effect, hh pernah ceritakan secara santai mengenainya sebelum ini, Ia juga adalah hasil pengalaman HH sendiri bila dulu blog ini nama lain, tetapi url sama. Kalau tukar nama domain sekali dengan url .. memang efek agak besar, terutama dari segi RSS feed, blog2 yang ada letak blog kita dalam bloglist tak 'nampak' blog kita untuk beberapa waktu.

    ReplyDelete
  21. Enjin carian juga akan jadi keliru disebabkan penukaran domain. Nak tukar boleh, cuma perlu kerja keras untuk promosikan balik nama domain baru tu nanti jika blog sendiri ada dah ada pengikut sendiri.

    ReplyDelete
  22. Assalammualaikum.... HH,

    header blog sangat memainkan peranan penting jatuh bangun sebuah blog kan... kalau header menarik dan entry menarik... pasti orang akan datang lagi visit blog kita kan... sebab header ada first impression orang kat kita...

    mselim3

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.