As-Salam. Aspek penting untuk blog diindeks oleh enjin carian selain kandungan blog yang baik ialah blog perlu mempunyai kadar kepantasan untuk dipaparkan (loading) di pelayar internet dengan baik. Walaupun ada pendapat mengatakan bahawa kadar kepantasan ini bergantung kepada plan internet yang anda pakai serta konfigurasi komputer anda, namun jangan ambil pusing tentang kaedah lain yang boleh membantu untuk blog anda mempunyai loading yang pantas.

HH sering menggunakan PageSpeed Insights yang disediakan oleh Google menerusi Google Developers Page untuk memastikan blog-blog HH berada di atas paras kadar loading yang baik. Menerusi PageSpeed Insights, seandainya skor yang diberikan adalah kecil, ini bermakna blog anda perlu banyak penambah-baikan. HH secara purata mendapat 85-90/100 skor untuk blog-blog HH.

PageSpeed Insights




Apa yang perlu dilakukan jika skor anda itu kecil? Jangan risau .... PageSpeed Insights bukan sahaja memberikan skor kadar load blog anda, tetapi juga memberikan cadangan-cadangan yang perlu anda lakukan untuk penambah-baikkan.

Cadangan untuk penambah-baikkan akan diberikan di sebelah - di bahagian Overview.

Penambah-baikkan ini pula terbahagi kepada 3 kategori, iaitu High Priority, Medium Priority dan juga Low Priority. Anda boleh lakukan sedikit ubahsuai pada kod hml blog anda bersandarkan apa yang telah dinyatakan menerusi catatan yang diberikan oleh PageSpeed Insights.

Dengan penambah-baikkan yang telah dilakukan, blog anda bukan sahaja akan lebih pantas untuk load, tetapi juga lebih mesra SEO.

Selamat mencuba.


10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement