Antara Google Profile dan Google Page

Bisnes di Shopee
As-Salam. Baru-baru ini, pihak Google telah menerapkan Google Profile sebagai salah satu widget untuk Follower G+. Ianya merupakan satu gadget untuk blog bagi membolehkan rakan-rakan blogger menambah jaringan dan rangkaian sesama blogger, sesama pengguna Google.

Konsep Google Profile adalah sama dengan konsep Facebook. Di Google Profile, anda bukan sekadar berkongsi info mengenai diri anda - gambar, cerita dan sebagainya, malah ia juga salah satu cara untuk anda dan blog mendapat trafik apabila anda klik +1 pada entri di blog anda, atau rakan serta pengunjung blog klik +1.

Tambah Google+ Dalam Blog


Google cuba menerapkan budaya +1 bagi bersaing dengan Facebook Like. Itulah yang dilakukan oleh Denaihati menerusi kontes SEO iPhone 5 Gadget Impian.

Selain Google Profile, anda sebenarnya boleh juga mencipta Google Page yang sama konsepnya dengan Facebook Fanpage atau Facebook Page. HH pernah tampilkan kaedah dan cara untuk mencipta Google Page ini. Anda boleh baca entri ini: Bagaimana Meletakkan Google+ di Blogspot dan juga entri ini: 2 Langkah Untuk Promo Blog Dengan Google+

Jangan terkeliru antara Google Profile dan Google Page. Seperti yang anda nampak di sidebar blog di halaman utama, anda akan nampak ada 3 fungsi G+ ini; iaitu Google Page - hasrulhassan.com, +1 Google untuk blog ini, dan Google+ Follower.

Google Page


Ketiga-tiganya ada fungsi berbeza, namun menggunakan platform yang sama - Google. Dan fungsinya sama juga dengan Facebook LIKE - untuk Like blog anda, Like Fanpage anda dan juga untuk Like entri di dalam blog anda.

Moga sedikit penjelasan ringkas ini buat anda faham apa itu Google+ dan memaksima budaya G+ atau +1 ini di dalam blog atau semasa anda sedang blogwalking. Anda bukan sahaja memberikan trafik tetapi juga akan menerima trafik daripada jaringan Google.


Post a Comment

4 Comments

  1. salam, sebelum ni saya pun guna juga google + ni, tapi saya tak suka bila click link blog dia akan link ke google plus....ada cara lain x nak letak gadget ni tanpa ubah link blog...hoho

    ReplyDelete
  2. Betul...aku sokong !!! Tapi ada tak ia ambil kira dalam SEO..Ramai kata macam tu..hehehe

    ReplyDelete
  3. SEO dengan Google .... G+ akan naikkan kredibiliti blog itu dalam enjin carian

    ReplyDelete
  4. baru dya tahu pasal google profile.ni

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.