As-Salam. Apabila anda telah mempunyai sedikit sebanyak ilmu dalam SEO, tentu sekali kontest SEO akan anda sertai bagi menguji sejauh mana pengetahuan dan adaptasi SEO blog anda dalam dunia maya. Kontest SEO memang satu cara dan kaedah untuk menilai tahap keberkesanan blog kita untuk muncul di enjin carian, (SERP).

Kontest SEO pertama di dunia maya sebenarnya telah bermula pada tahun 2002, apabila seorang webmaster dari German telah menganjurkannya di rangkaian usenet.

Namun, kontest SEO pertama yang diperakui oleh ramai pengguna serta pakar SEO ialah pada 7 Mei 2004 yang dianjurkan oleh DarkBlue.com - dinamakan Nigritude Ultramarine Competition.

Dalam kontest SEO tersebut, para peserta perlu tampil pertama dalam enjin carian Google selama 3 bulan dengan menggunakan kata kunci seraphim proudleduck.

Pada tahun 2005, telah berlaku satu kontroversi dalam sebuah kontest SEO menggunakan kata kunci loquine glupe - yang menyebabkan dunia maya serta laman web penuh dengan kata kunci tersebut. Banyak laman web yang menyertai pertandingan tersebut, daripada laman web mengenai sabun sehinggalah ke pakej percutian. Akhirnya, kontest SEO tersebut telah dimenangi oleh sebuah laman web yang pada pandangan ramai ketika itu, amatlah mendukacitakan .... dan ramai yang mengesyaki bahawa pemenang telah menggunakan teknik yang dinamakan keyword stuffing.

Keyword stuffing adalah salah satu cara untuk menjadikan pertama di enjin carian. Namun kaedah ini telah dikecam ramai, malah Google sendiri telah mempertingkatkan algorithma pencariannya untuk memberikan penalti kepada mana-mana laman web mahupun blog yang menggunakan teknik ini.


7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. assalamualaikum hh...bagus la info ini...;)

    BalasPadam
  2. kena tahu sejarah sedikit sedikit ...pandai cakap SEO tapi tak tahu sejarah mengenainya ... apa kes ye tak?

    BalasPadam
  3. tudia.. baru tau sejarah SEO. terbaikkk...

    BalasPadam
  4. menarik juga info pasal contest SEO ni...

    BalasPadam
  5. Hmm terima kasih @donnyien:disqus ....

    BalasPadam
  6. dah 10 tahun lamnya contest itu berlangsung

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement