As-Salam. Saban hari akan ada banyak blog yang merupakan blog-blog berkandungan duplikasi atau copy-paste, yang terkena tindakan penalti oleh pihak Google. Penalti ini bukan sahaja akan mempengaruhi penyenaraian blog anda di dalam enjin carian, tetapi juga kepada akaun Google Adsense anda (jika ada). Google Adsense sangat menitik-beratkan akan kandungan yang unik. Jadi, dalam entri kali ini, HH berikan satu tips untuk menjadi entri informasi anda unik walaupun ia sebenarnya satu perkongsian daripada sumber luar.

Bagaimana menjadikan entri blog anda unik, di masa yang sama ada blog lain memaparkan kandungan yang serupa? 

Perkara paling penting ialah anda faham bagaimana robot enjin carian itu berfungsi. Tetapi, dalam entri kali ini, HH tak mahulah nak cakap pasal bagaimana robot itu bekerja, cukup bagi tips untuk menjadikan entri blog anda unik dan terhindar dari terkena penalti enjin carian.

Tips Menjadikan Entri Blog Anda Unik


Pertama sekali, kandungan blog anda seharusnya 75 peratus adalah penulisan anda, dan bukan penulisan asal daripada sumber yang anda dapat. Contohnya, anda menulis 100 perkataan di dalam entri blog anda, maka 75 perkataan tersebut mestilah dari idea anda... bukan idea jiran, atau ketua kampung anda.

Pastikan perenggan pertama dalam entri anda adalah milik anda. Bukan ayat yang copy-paste. Itu adalah perlu kerana enjin carian akan melihat perenggan pertama untuk mencari kata kunci bersesuaian dengan tajuk blog atau entri anda.

InsyaAllah, kaedah ini akan dapat mengelakkan blog anda daripada terkena penalti.

Namun, seandainya ada blog atau sumber lain yang terlebih dahulu menggunakan tajuk entri hampir serupa, dan mempunyai info yang sama, maka entri anda itu berkemungkinan besar tidak akan berada di laman utama atau pertama enjin carian. Tetapi, masih lagi boleh disenaraikan sebagai salah satu sumber alternatif dalam pencarian.

Selamat mencuba.


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. assalamualaikum hh...info yg menarik ni...:)

    BalasPadam
  2. good tips...bagus HH..thanx for sharing

    BalasPadam
  3. Terima kasih kerana anda sudi berkongsi tentangnya

    BalasPadam
  4. terima kasih HH kongsikan tip ini. penalti dari google amat mengerunkan. betul ckp hh originaliti tu penting

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement