As-Salam. Buat mereka yang baru-baru nak kenal dengan blog ini, tentu tak tahu bahawa blog ini dulunya dikenali dalam alam maya sebagai Bangku Kosong. Malah, ada rakan-rakan sekolah HH yang ada blog ... masih lagi gelar HH dengan gelaran Bangku Kosong. Ya, Bangku Kosong adalah jenama untuk blog ini ... satu ketika dahulu.

Ketika guna nama Bangku Kosong, HH banyak paparkan entri-entri perkongsian yang menarik di dalam blog ini, termasuklah Top 10 List, Gambar Pelik, Fakta Menarik dan macam-macam lagi. Semua info itu HH godek serata alam maya ini .... asalnya info itu ditulis dengan bahasa inggeris, tetapi dengan berpandukan kamus kecik dan Google Translate .... HH jadikan ia satu entri untuk dibaca bagi pengunjung blog Bangku Kosong.

Bangku Kosong Nombor Dua Carian Google Dengan Internet Explorer 6




Bangku Kosong Nombor Satu Carian Google Dengan Firefox


Bangku Kosong Nombor Dua Carian Google Dengan Crome





Bukan mudah ... tapi berbaloi. Bangku Kosong mula mendapat tempat, dan mula tersenarai dalam enjin carian kerana keunikkan berkongsikan cerita-cerita yang jarang diketahui. Dek kerana itulah, blog HH satu ketika dahulu .. eerrrr terkeluar dalam satu majalah ni .... kembang kuncup lubang idung ... tapi ia hanya sementara.

Kata orang, dari satu tingkat ke satu tingkat .... banyak HH belajar dengan blog lama .... cara SEO, cara tingkatkan trafik blog, cara baik, cara tak baik .. semua dah buat (hampir semua). Dari kongsi citer artis, gossip, tips petua, gambar menarik dan macam-macamlah .... 

Tapi itu satu ketika dahulu ..... lama kelamaan ... terasa macam ada sesuatu yang tidak cuba diberikan pada blogger lain. Jadi, apa yang HH telah belajar, alami, rasai, trial n error .... HH kongsikan dengan penjenamaan baru. 

Tiada lagi Bangku Kosong. Bangku Kosong ..... dek kata seorang rakan blogger ..... ia sudahpun terisi.


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ooo.. baru tahu.. ^_^. tahniah.. nak dapat tempat dalam carian google bukannya senang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement