As-Salam. Ini merupakan antara perdebatan umum yang sering berlaku di dalam dunia blog Malaysia. Untuk menjadi blogger, mana satu platform yang akan dipilih? Adakah memilih Blogspot? Atau mungkin memilih platform Wordpress untuk berblog? Jika anda memilih blogspot .. tentu ada sebab mengapa anda pilih blogspot untuk berblog... kan kan?

Mengapa pilih blogspot untuk berblog? Pertama sekali blogspot adalah platform percuma untuk berblog, dan  ianya telah tersedia mudah SEO (Search Engine Optimization) menerusi Google Search. Anda tidak perlu susah payah untuk mempelajari SEO secara mendalam kerana konsep2 asas dan keperluan SEO anda sudah tersedia dalam platform blogspot ini. Cuma nak guna atau tidak sepenuhnya potensi SEO yang disediakan di dashboard blog anda sahaja.

Menerusi blogspot, hanya dengan satu login id ... anda boleh memiliki sehingga 100 blog pada satu-satu masa. Seandainya anda merupakan seorang blogger yang tegar dalam platform pengiklanan, ia sudah tentu satu kelebihan kerana anda boleh letak banyak iklan di dalam blog-blog anda termasuklah dari medium pengiklanan Nuffnang, Advertlets, Innity serta juga Adsense.

Label di dalam blog anda boleh letak sehingga 2000 label unik, manakala sehingga 20 label unik untuk setiap entri di dalam blog anda. Label di dalam blog anda boleh dijadikan sebagai kata kunci carian yang berkesan untuk enjin carian.

Jumlah entri yang boleh anda terbitkan menerusi blogspot adalah tidakkkkk terhad, anda boleh semahu-mahunya menerbitkan entri sehingga ke sjuta sekalipunn ....

Gambar di dalam entri, di dalam blog disimpan di Picasa yang merupakan juga salah satu kemudahan Google. Ia menyediakan sehingga 1GB storan untuk anda letakkan gambar anda ... perghhh banyakkkk tu. Dan ianya adalah percuma!!

Anda boleh memuatkan gambar berbentuk HD (High Definition) dalam entri blog anda, kerana saiz maksimum untuk gambar di dalam blogspot adalah 1600 pixel. Haaa.... apa ada dalam lubang idung anda pun boleh kelihatan dengan saiz pixel ini ... siyess....

Haa.. ini adalah antra kenapa anda ... errr HH memilih blogspot untuk berblog. Ada banyak lagi sebab, dan paling utama sekali blogspot adalah platform berblog yang membolehkan HH belajar banyak perkara di dalam dunia blog Malaysia secara percuma!!




14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tapi, org kata, selagi pakai blogspot, x nmpak mcm "pro"..

    BalasPadam
  2. wah, sangat menarik rupanya.. saya just tahu ianya free..rupa2 nya macam2 ada

    BalasPadam
  3. blogspot mudah digunakan...free tu lain cerita.hehehe.
    eca sendiri mulakan blogging dengan blogspot....belajar tentang wp & hosting,buat sakit kepala.....ada orang kata tak 'pro' guna blogspot..itu dari diri sendiri..hendak atau tak?!..betul kan?.hehehe.




    btw,suka kotak komen disquss ne..lebih senang nak komen,dulu guna commentluv kan?..eca selalu xdpt nak komen. =(

    BalasPadam
  4. ikut keselesaan.. ada yang selesa dengan wp, ada juga yang selesa dengan blogspot. yang penting, selesa.hehehe..tak ada la pening kepala nak setting tu setting ni..

    BalasPadam
  5. memang terbaik!!!

    BalasPadam
  6. Kongsikan entri ini dengan yang lain ... ok ye ..mekasih banyak2 ....

    BalasPadam
  7. Hmmm ... tapi kalau nak belajar ... HH fikir elok guna blogspot dulu ...

    BalasPadam
  8. Hmmm ..nampak pro ke? HUhuhu... ada je blogger profesional yang guna blogspot ni .... dan terima kasih yer sbb sudi komen ....

    BalasPadam
  9. nak komen pun mudah..yeeaaahhhhh!!!!

    BalasPadam
  10. sebab tu saya pilih blogspot....hihihi..(padahal baru tahu info ni)

    BalasPadam
  11. salam... hrp google kekalkn pnggunaan platform blogspot ni secara percuma, biar la sampai bile2.. kalo buat duit, diorg byk iklan jugak..

    BalasPadam
  12. Hmm ... yang pro tu pun dulu pakai blogspot gak

    BalasPadam
  13. Ya .. macam2 ada ... cuma perlu rajin explore

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement