As-Salam. Mungkin ramai blogger yang dah tahu akan kelebihan sesebuah blog mempunyai pagerank yang baik. Pagerank yang baik adalah yang bernilai besar, berbeza sedikit dengan Alexa Ranking yang menterjemahkan 'kehebatan' sesebuah blog dengan angka yang lebih kecil. 

Penterjemahan mengenai apa itu Pagerank dan juga Alexa Ranking, HH ada tampilkan di entri berikut: Google Pagerank vs Alexa Ranking.

Kelebihan Mendapatkan Pagerank (PR) yang Baik


Adakah penting sesebuah blog itu mendapatkan Google Pagerank yang baik? Secara umum, ia sangat penting jika mahukan blog anda terus-terusan mendapat perhatian enjin carian. Ia penting jika mahu blog anda menerima trafik secara konstan, dan berterusan. HH ada tampilkan entri mengenai kepentingan Pagerank ini di sini: Pentingkah Pagerank Untuk Blog? .... anda juga boleh periksa tahap pagerank blog anda terus melalui entri tersebut.

Buat blog yang punyai Google Pagerank yang bagus, anda seharusnya meletakkan widget yang mempamerkan keupayaan dan keistimewaan blog anda itu, bukan apa ... bagi menyakinkan pengiklan-pengiklan untuk meletakkan iklan. Pengiklan bebas yang ada di dalam platform pengiklanan seperti di dalam Nuffnang, Advertlets dan sebagainya sesekali akan melihat Pagerank dan juga Alexa Ranking ini. Bertujuan sebagai salah satu kriteria bagi memilih blog untuk pengiklanan berbentuk Buffered Earnings mahupun Advertorial.

MyPageRank.net memberikan anda kemudahan untuk meletakkan widget yang menunjukkan tingkatan atau tahap Google Pagerank anda. Tak perlu mendaftar, hanya meleakkan link atau alamat blog anda dan kod akan diberikan berdasarkan pilihan widget mana yang anda mahu letakkan di dalam blog anda.

Google Pagerank Menerusi MyPageRank.net



Untuk meletakkan butang Google Pagerank menggunakan MyPageRank.net ... sila dapatkan di pautan berikut: Google Pagerank (PR) Button for Blogspot. Anda boleh letakkan widget ini di sisi blog atau letak di bahagian ruang pengiklanan, atau mungkin di kaki blog secara tidak langsung.

Tips Untuk Meningkatkan Google Pagerank (PR)


Errr... anda tak berapa nak yakin dengan Google Pagerank anda? Jika anda mahu tingkatkan Pagerank blog anda, anda boleh baca petua dan tips yang telah HH sediakan sebelum ini menerusi entri berikut: Cara Mudah Untuk Meningkatkan Google Pagerank (PR) Blogspot


5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement