As-Salam. Kadangkala ada blogger yang kering idea, tak tahu nak tulis entri apa pada satu hari. Disebabkan tiada entri baru .... hari ini ... esok .. lusa ... buatkan blognya kurang aktif, kurang trafik dan tentu sekali dah hampir tak ada pembaca. Buat blog-blog baru, kepentingan ada entri baru setiap hari adalah penting agar blog sentiasa segar - yelah, pembaca baru nak ada, pengunjung pun baru nak menyinggah.
Menulis Entri Dari Idea di Laman Sosial
Antara idea untuk tulis entri di dalam blog yang boleh HH kongsikan ialah dengan menulis entri berdasarkan apa yang berlaku menerusi laman sosial anda, contohnya cerita dan kisah yang anda dok seronok tweet-tweet bersama rakan twitter anda.
Anda juga boleh masukkan print screen sembang-sembang status Facebook anda di blog, sambil buat ulasan anda sendiri. Ada banyak status Facebook yang berjela panjang dek kerana satu-satu wall tu, kalau tak ada di laman sosial anda, boleh je jenguk di wall Facebook orang lain, dan buat entri mengenainya, buatlah olahan sedikit agar nampak menarik.
Kadangkala anda bersoal jawab dengan rakan-rakan di Facebook tentang banyak perkara. Haaa ... benda tu pun leh juga dijadikan entri. Macam mungkin anda dengan dia bersembang soal nak tingkatkan trafik blog anda ... sembang punya sembang ... dapat banyak idea, boleh je anda kumpulkan dan jadikan satu entri bertajuk 5 Cara Tingkat Trafik Blog Bersama Rakan Blogger ... dan macam-macam lagilah.
Maka, agak2 kering idea nak tulis, godek2 la laman sosial anda tu yer ... mesti akan ada perkara yang selain dikongsikan di laman sosial tu sendiri, leh je kongsi menerusi blog.... tak gitu?
terbaikk ,,
ReplyDeletesetuju...cari sahaja di laman sosial lain...
ReplyDeleteye ke..nk cuba lh,sbb sy ni selalu kering idea utk menulis
ReplyDeleteHa, good idea. :)
ReplyDeletetrimass bro untuk tips ni.hehehe
ReplyDeletelebih kurang sama la.. hehe :)
ReplyDeletesama-sama ...
ReplyDeleteCubalah .. dapat pelbagaikan lagi entri anda ...
ReplyDeletegood tips..hehehe.....tp selalu sembang kosong je kt fb...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.