As-Salam. Dalam usia remaja, memang banyak yang boleh diceritakan di dalam blog. Masa ni, macam-macam aktiviti dibuat .... dan pada waktu inilah diri sedang nak berkembang. HH pasti ramai dah remaja yang sudah ada blog, dan mereka menulis macam-macam di dalam blog mereka tu. Tapi, seperti yang pernah diperkatakan ramai blogger yang lebih senior, bukan semua perkara boleh diceritakan.

Anda seorang remaja, dan anda ada blog ..... apa yang perlu tak tak perlu anda ceritakan dalam blog anda tu, bukan apa .... sekadar mengingatkan agar nanti tak ada yang naik meluat, al maklumlah ... remaja lebih terdorong menulis terlalu ikhlas, terlalu terbuka, terlalu berserah ... sehinggakan ada waktu tak sedar, apa yang diceritakan itu boleh mengaibkan diri mereka di kemudian hari.

12 Panduan Menulis Blog Untuk Seorang Remaja


  1. Selalunya blog remaja akan berwarna-warni, meriah dengan widget pelbagai. Cuba minimakan widget yang kadangkala boleh membuatkan blog jadi sarat dan sukar nak akses secara pantas.
  2. Gunakan bahasa yang mudah difahami ramai. Biasalah, kadangkala remaja ni menggunakan bahasa pasar yang sukar nak difahami oleh pengunjung lain. Kalau nak selitkan juga, pastikan ada nota kaki beritahu maksud ayat atau perkataan yang digunakan.
  3. Jenis tulisan pun perlu yang senang dibaca. Elakkan penggunaan saiz font yang terlalu pelbagai. Jika teringin nak tampilkan keremajaan tu, boleh buat saiz font berbeza berdasarkan perenggan. Perenggan pertama saiz font lain, perenggan lain .. lain lak. HH fikir macam tu ok sikit.
  4. Penggunaan warna yang terang selalu digunakan oleh remaja perempuan, manakala lelaki lebih suka warna pastel dan gelap .... boleh pelbagaikan warna dalam blog tetapi cuba pastikan ada dua atau tiga warna dominan sahaja agar nampak lebih kemas (yang paling banyak guna).
  5. Elakkan letak gambar yang tidak seharusnya dilihat secara umum. Contohnya gambar anda sedang berbaring atas katil dengan baju yang memang dipakai untuk waktu tidur .... uhhhh tak sesuai. Atau gambar anda yang tidak sesuai ditontoni oleh orang bukan muhrim.
  6. Nak letak gambar bersama awek atau bersama teman lelaki .... hmm, fikir byak kali takut nanti sebab gambar tu nanti anda akan menangis di kemudian hari....
  7. Buat blog anda mudah untuk orang klik sana-sini, jangan suka main sorok-sorok. Biar blog mudah dibaca oleh pengunjung ... kan ke buat blog tu untuk dibaca oleh pengunjung lain? Tak mahu kalu .. sila privatekan blog anda!
  8. Nak meluahkan rasa hati dan perasaan di dalam blog, kalau boleh jangan terlalu berlebihan. Apabila anda menulis sesuatu yang kurang positif, hati anda akan jadi lemah .... tambah lagi ia akan jadi satu catatan dalam blog, yang mungkin kemudian hari anda baca kembali dan buat kenangan silam buat anda menangis. Maka, nak luah juga ...biar berpada dan buatlah entri yang seumum boleh.
  9. Tidak menulis perkara-perkara yang terlalu peribadi, kerana tabiat manusia iaitu pengunjung blog akan mudah menilai orang berdasarkan perkara-perkara ini.
  10. Lebih baik tulis perkara menggembirakan dari tulis perkara yang sakitkan hati dan lemahkan jiwa anda. Anda tulis, anda akan ingat... dan insyaAllah ... anda akan buat.
  11. Buatlah entri yang boleh memberikan anda keceriaan sebagai seorang remaja, dan terbitkan cerita yang boleh dijadikan teladan buat remaja lain sebaya anda.
  12. Jadikan blog sebagai salah satu motivasi diri untuk menjadi lebih baik. Lebih baik buat diri sendiri, buat ibu bapa ... baik untuk bangsa, baik untuk negara ..... dan baik untuk Agama anda kerana agama yang akan mencorakkan diri anda sebenar-benarnya.


Moga bermanfaat buat adik-adik blogger remaja semua....muachhhsss ...hehehehehe





10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. good info dan perkongsian...

    BalasPadam
  2. betul tu..zaman remaja dah lepas, skrng dah masuk belia..huhuhu

    BalasPadam
  3. sangat bermanfaat buat bloger remaja

    BalasPadam
  4. sangat2 bermanfaat entri ni..thanks bro :)

    BalasPadam
  5. hmmmm ...blogger tua pun leh guna pakai

    BalasPadam
  6. zaman remaja ... hmm zaman belia .... lebih kurang gak tu ... cuma had umur tu je kena tgk balik

    BalasPadam
  7. HMMM moga dipraktikkan oleh mereka yang remaja ... kan kacak kan?

    BalasPadam
  8. Saya dah tak remaja, sebab dah ada anak. :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement